wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Total questions: 21

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti ayat pasif bagi ayat di bawah.


Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

a)

Menaiki bas mereka ke sekolah.

b)

Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

c)

Ke sekolah mereka menaiki bas.

d)

Bas mereka naiki ke sekolah.

2.

Kenal pasti ayat pasif bagi ayat di bawah.


Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi.

a)

Nilai-nilai murni perlu diterapkan kepada anak sejak kecil lagi oleh ibu bapa.

b)

Ibu bapa perlu terapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

c)

Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.

d)

Ibu bapa perlu terapkan nilai-nilai murni sejak kecil lagi kepada anak.

3.

Berikut merupakan ayat aktif kecuali....

a)

Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

b)

Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

c)

Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

d)

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4.

Berikut merupakan ayat pasif kecuali...

a)

Sabrina membaca novel "Harry Potter" di kantin sekolah.

b)

Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.

c)

Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

d)

Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.

5.

Tukar ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Penduduk Medan Maju.

a)

Persatuan Penduduk Medan Maju akan digemaprkan oleh mesyuarat.

b)

Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar persatuan.

c)

Persatuan Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar.

d)

Penduduk menggemparkan Persatuan Medan Maju semasa mesyuarat.

6.

Tukar ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Air milo ini dibancuh oleh Puan Fatimah pagi tadi.

a)

Puan Fatimah bancuh pagi tadi air milo ini.

b)

Puan Fatimah pagi tadi bancuh air milo ini.

c)

Air milo ini membancuh Puan Fatimah pagi tadi.

d)

Puan Fatimah membancuh air milo ini pagi tadi.

7.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.

a)

Datuk Bandar merasmikan Makmal Sains itu.

b)

Datuk merasmikan Makmal Sains itu di bandar.

c)

Datuk merasmikan Makmal Sains bandar itu.

d)

Persatuan Sains merasmikan Makmal Datuk Bandar itu.

8.

Tukar ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Cadangan itu kami sokong.

a)

Cadangan itu menyokong kami.

b)

Cadangan kami mendapat sokongan.

c)

Kami menyokong cadangan itu.

d)

Para penyokong menyokong cadangan kami.

9.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Bola itu ditendang oleh Syafiq Rahim.

a)

Syafiq Rahim menendang bola itu.

b)

Syafiq Rahim menendang bolanya itu.

c)

Syafiq Rahim yang menendang itu bola.

d)

Yang menendang bolanya ialah Syafiq Rahim.

10.

Tukar ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul.


Kita mendengar nasihat ibu bapa.

a)

Ibu bapa kita mesti mendengar nasihat.

b)

Nasihat ibu bapa mesti kita dengari.

c)

Nasihat ibu bapa mesti didengari oleh kita.

d)

Mesti didengari oleh kita nasihat ibu bapa.

11.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul.


Encik Rahman sekeluarga mendiami rumah itu sejak tujuh tahun yang lalu.

a)

Rumah yang berusia tujuh tahun itu didiami oleh Encik Rahman sekeluarga.

b)

Rumah itu didiami Encik Rahman sekeluarga sejak tujuh tahun lalu.

c)

Rumah itu didiami Encik Rahman sekeluarga sejak dia berumur tujuh tahun.

d)

Rumah yang didiami Encik Rahman sekeluarga itu sudah berusia tujuh tahun.

12.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul.


Perompak memasuki kedai emas itu awal pagi semalam.

a)

Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam.

b)

Perompak kena masuk ke kedai emas itu awal pagi semalam.

c)

Kedai emas itu dimasuki perompak awal pagi semalam.

d)

Kedai emas itu dirompak awal pagi semalam.

13.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul.


Kedai itu menjual barang-barang runcit.

a)

Barang-barang runcit dijual di kedai itu.

b)

Kedai runcit menjual barang-barang runcit.

c)

Kedai itu dijual oleh barang-barang runcit.

d)

Barang-barang runcit kena jual oleh kedai itu.

14.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif yang betul.


Ibu mengisar kacang tanah itu sehingga hancur.

a)

Kisaran kacang tanah itu menghancurkan ibu.

b)

Sehingga hancur kacang tanah itu ibu mengisar.

c)

Kacang tanah itu dihancurkan oleh ibu dengan pengisar.

d)

Kacang tanah itu dikisar oleh ibu sehingga hancur.

15.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.


Kakak memberitahu bahawa esok masih cuti.

a)

Bahawa esok masih cuti beritahu oleh kakak.

b)

Bahawa esok masih cuti diberikan oleh kakak.

c)

Esok masih cuti diberitahukan oleh kakak.

d)

Esok masih cuti diberitahu oleh kakak.

16.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.


Ibu mengirimi saya sepucuk surat.

a)

Sepucuk surat dikirimi oleh ibu kepada saya.

b)

Saya dikirimi sepucuk surat oleh ibu.

c)

Saya dikirimkan sepucuk surat oleh ibu.

d)

Sepucuk surat dikirimkan oleh ibu kepada saya.

17.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.


Ibu mengirimi saya sepucuk surat.

a)

Sepucuk surat dikirimi oleh ibu kepada saya.

b)

Saya dikirimi sepucuk surat oleh ibu.

c)

Saya dikirimkan sepucuk surat oleh ibu.

d)

Sepucuk surat dikirimkan oleh ibu kepada saya.

18.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.


Sultan menganugerahi laksamana pingat kebesaran.

a)

Laksamana dianugerahi pingat kebesaran oleh sultan.

b)

Lasamana sultan anugerahi pingat kebesaran.

c)

Pingat kebesaran dianugerahi oleh sultan kepada laksamana.

d)

Laksamana dianugerahkan pingat kebesaran oleh sultan.

19.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif.


Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman berat.

a)

Hukuman berat dijatuhi oleh hakim terhadap pesalah itu.

b)

Hukuman berat dijatuhkan oleh hakim kepada pesalah itu.

c)

Pesalah itu dijatuhkan hukuman berat oleh hakim.

d)

Pesalah itu dijatuhi hukuman berat oleh hakim.

20.

Berikut merupakan ayat aktif kecuali...

a)

Aisyah meminjam novel "13 Jam A380" itu di perpustakaan sekolah.

b)

Tun Sri Lanang telah berjaya menyusun Sejarah Melayu yang menjadi sumber sejarah kerajaan Melayu.

c)

Taju'l Muluk mencari bunga bakawali untuk menyambuhkan mata ayahandanya yang buta.

d)

Artikel tentang Hikayat Anggun Cik Tunggal itu dicetak oleh kakak untuk menyiapkan tugasan Sejarahnya.

21.

Berikut merupakan ayat pasif kecuali....

a)

Buku "Hikayat Hang Tuah" itu dikarang oleh Tun Sri Lanang.

b)

Gigi Awang Sulung Merah Muda telah diasah oleh Cuti, tukang asah gigi.

c)

Kain layang Puteri Bongsu telah dicuri oleh Si Pengail tua.

d)

Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari daripada Hang Jebat.