wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan tatabahasa tingkatan 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Gaya hidup pada zaman baru yang serba-serbi pantas ini secara tidak langsung turut mengubah amalan dan gaya pemakanan masyarakt khususnya golongan-golongan remaja.


Betulkan kesalahan ayat di atas.

a)

baru - moden

b)

baru - canggih

c)

golongan-golongan - antara golongan

d)

golongan-golongan - golongan

2.

Sila pilih tiga ayat yang menggunakan Kata Adjektif yang betul.

a)

Soalan inilah yang paling sukar sekali.

b)

Asmah mendapat markah yang terbaik.

c)

Kami benci sikapnya itu.

d)

Kami benci akan sikapnya itu.

e)

Baju itu sungguh cantik sekali.

3.

Masnah semakin curiga apabila suaminya masih belum pulang dari menangkap ikan di laut sedangkan hujan semakin lebat dan kilat sabung-menyabung.


Senaraikan kesalahan ayat di atas.

a)

curiga

b)

dari

c)

hujan semakin lebat

d)

kilat sabung-menyabung

4.

Pokok pisang yang ditebang oleh saya mempunyai buah yang banyak.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

ditebang oleh saya

b)

saya ditebang oleh

c)

saya tebang

d)

menebang oleh saya

5.

Semua-semua peserta kursus perkhemahan itu bergerak ke lokasi masing-masing berpandukan pada peta yang diberi oleh ketua komando kursus.


Senaraikan tiga kesalahan ayat di atas.

a)

Semua-semua peserta

b)

berpandukan pada peta

c)

diberi oleh

d)

ketua komando

e)

kursus

6.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.


1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

a)

keledek goreng

b)

menghidang

7.

Pilih jawapan yang tepat

a)

ke pengirimnya

b)

kepada pengirimnya

8.

Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi

(a)  

9.

Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.

(a)  

10.

Seluar yang bergantung-gantungan ditepi tingkap itu diambil olehEncik Baba agar penghuni asrama itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan bilik mereka

(a)  

11.

Kita sesama manusia perlu saling hormat -menghormati antara satu sama lain.

(a)  

12.

Kelima-lima murid sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan reka cipta itu

(a)  

13.

Pelacong dari negara Taiwan sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

(a)  

14.

Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selsema burung pihak berkuasa musnahkan.

(a)  

15.

Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas akan dapat mengurangkan terjadi tanah runtuh.

(a)  

16.

Kerajaan mengalakkan rakyatnya yang berbilang kaum supaya menjayakan program kemasyarakatan agar hubungan antara mereka dapat dipereratkan.

(a)  

17.

Ibu pejabat kontinjen polis di Jalan Bendahara itu dilengkap kemudahan komputer yang canggih.

(a)  

18.

Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor.

(a)  

19.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Bahasa Melayu dapat dijadikan teras penumbuhan kebudayaan  nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
a)
pertumbuhan...di 
b)
penubuhan...dalam
20.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperoleh  hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi  Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
a)
sepuluh tahun setengah... anugerah
b)
setengah puluh tahun...anugerah
21.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
a)
permohonan...faxs
b)
Permohonan...faks
22.

"Masyarakat berfikir" ______ asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada ______ ke-21.

a)

adalah...zaman

b)

ialah...abad

23.

Ketua kampung akan ______ masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak ______ pada minggu depan.

a)

membincangkan tentang...mukimnya

b)

membincangkan...buahnya

24.

Sebahagian besar ______ di kawasan utara tanah air mengalami kerugian yang besar akibat banjir yang melanda ______ ini.

a)

para petani...baharu-baharu

b)

petani...baru-baru

25.

Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ______ orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala ______nya.

a)

adalah...amanah

b)

ialah...impian

26.

PASIFKAN AYAT INI:

Mereka membersihkan surau sekolah pada hujung minggu

a)

Surau sekolah mereka bersihkan pada hujung minggu

b)

Surau sekolah dibersihkan oleh mereka pada hujung minggu

27.

PASIFKAN AYAT BERIKUT:

Kalian harus menyiapkan kerja rumah Cikgu Samsuh

a)

Kerja rumah Cikgu Samsuh harus kalian siapkan

b)

Kerja rumah Cikgu Samsuh harus disiapkan oleh kalian

28.

Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.


Perkataan pendapat perlu digantikan dengan perkataan (a)  

29.

“Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan

memasak yang disediakan oleh hotel tersebut.


Perkataan adakah perlu diganti dengan perkataan (a)  

30.

Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.


Perkataan memalapkan perlu diganti dengan perkataan (a)  

31.

Terdapat satu kesalahan penggunaan bahasa atau istilah atau atau imbuhan. Sila berikan jawapan yang betul di ruangan kosong yang disediakan.


Mawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggungnya.

(a)  

32.

Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.

(a)  

33.

Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu atas sebab-sebab keselamatan

(a)  

34.

Kejadian gempa bumi yang meranapkan tapak sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia

(a)  

35.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ibu mengirimkan abang surat tawaran itu.

b)

Ibu mengirimi abang surat tawaran itu.

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pengurus menyerahkan Encik Ali tugasan itu.

b)

Pengurus menyerahi Encik Ali tugasan itu.

37.

Ibu itu memeluk anak gadisnya yang baru diumumkan sebagai juara pendeklamasi sajak sementara tersenyum.

a)

Kesalahan : sebagai

Pembetulan : oleh

b)

Kesalahan : sementara

Pembetulan : sambil

c)

Kesalahan : pendeklamasi

Pembetulan : pemuisi

38.

Cita-citanya sejak kecil lagi tidak menjadi pegawai tentera tetapi pegawai polis berpangkat sarjan.

a)

Kesalahan : tidak

Pembetulan : bukan

b)

Kesalahan : tetapi

Pembetulan : atau

c)

Kesalahan : sejak

Pembetulan : semenjak

39.

Pemain kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan tersebut kerana persiapan awal telah dilakukan oleh kami.

a)

Kesalahan : tidak

Pembetulan : bukan

b)

Kesalahan : kerana

Pembetulan : oleh sebab

c)

Kesalahan : dilakukan oleh kami

Pembetulan : kami lakukan

40.

4. Pilih ayat-ayat yang betul.

I Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah semalam sila pergi ke bilik guru.

II Semua lukisan-lukisan yang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik.

III Novel kanak-kanak yang popular itu kamu karang.

IV Pelajar sekolah perlu sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.


A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D