wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pend.Kesihatan Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan perubahan yang berlaku kepada murid lelaki semasa perkembangan seksual skunder KECUALI

a)

ketinggian meningkat

b)

saiz otot membesar

c)

suara bertambah lunak

d)

misai dan janggut mula tumbuh

2.

Berikut merupakan tiga bahan utama yang boleh disalahguna KECUALI?

a)

rokok

b)

ubatan herba

c)

alkohol

d)

dadah

3.

Tingkah laku seksual merujuk kepada

a)

perubahan fizikal individu

b)

tiada berlaku perubahan fizikal

c)

sebarang perlakuan individu yang mendorong kepada isu seksual

d)

perubahan ketinggian

4.

Cara-cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder adalah??

a)

Tenang membuat keputusan

b)

Bijak membahagikan masa terluang

c)

Membuat perkara yang negatif

d)

Sentiasa patuh pada ajaran agama

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga tunggal?

a)

Beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah.

b)

Keluarga yang tiada ibu atau bapa akibat penceraian atau kematian

c)

Keluarga yang terdiri daripada suami isteri tanpa anak kandung atau anak angkat.

d)

Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, anak kandung atau anak angkatdan tinggal serumah.

6.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan tips penjagaan muka berjerawat?

a)

Memicit jerawat kecil

b)

Makan makanan seimbang

c)

Guna pencuci muka yang sesuai

d)

Mendapatkan rawatan doktor

7.

· Obesiti

· Sakit jantung

· Kolesterol tinggi

· Penyempitan pembuluh darah

Maklumat di atas menunjukkan kesan-kesan berlebihan

a)

lemak

b)

protein

c)

vitamin

d)

mineral

8.

Seksual sekunder ialah perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh yang melibatkan perkembangan dan perubahan aspek fizikal dan ___________

a)

rohani

b)

emosi

c)

jasmani

9.

Apakah risiko seks sebelum nikah terhadap remaja?

a)

Anak tidak sah taraf

b)

Hamil selepas nikah

c)

Mencemarkan maruah keluarga

d)

Menggugurkan kandungan

10.

Pernyataan yang manakah menunjukkan langkah

untuk menangani tingkah laku seksual berisiko?

a)

Mengisi masa lapang dengan aktiviti fizikal

b)

Melayari laman web pornografi

c)

Memiliki bahan seperti majalah lucah

d)

Berdua-duaan di tempat sunyi

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran positif?

a)

Sentiasa mengalah dan memberi ruang kepada orang lain untuk menang

b)

Kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang situasi

c)

sesuatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada dalam diri seseorang

d)

Keupayaan untuk sentiasa gembira sepanjang hari


12.

Perkahwinan membolehkan seseorang lelaki dan perempuan tinggal bersama.

Apakah kategori keluarga apabila suami dan isteri telah berpisah?

a)

Keluarga nukleus

b)

Keluarga tunggal

c)

Keluarga extend

d)

Keluarga Kembangan

13.

Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi masalah senggugut kecuali

a)

amalkan senaman rutin

b)

elakkan pengambilan minuman beralkohol

c)

mengamalkan pengambilan vitamin tertentu

d)

kerap mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari

14.

Berikut merupakan kesan ketagihan alkohol, KECUALI

a)

Kabur penglihatan

b)

Degupan jantung tidak berkala

c)

Menguatkan otot

d)

Mati pucuk


15.

Antara berikut, yang manakah merupakan kata-kata pemikiran positif?

a)

Saya tidak mahu melawan cakap guru

b)

Mulai tahun ini, saya tidak akan lewat ke sekolah

c)

Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi

d)

Saya akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru

16.

Makronutrien terdiri daripada …

a)

karbohidrat

b)

protein

c)

lemak

d)

mineral

17.

Mikronutrien berperanan untuk …………….

a)

membekalkan tenaga

b)

mengawal fungsi tubuh badan

c)

membantu pembinaan tulang

d)

membina sel tubuh badan

18.

Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?

a)

Minum petang

b)

Sarapan pagi

c)

Makan malam

d)

Makan tengah hari

19.

Seseorang yang mengalami masalah Obesiti, dia perlu mengelak untuk mengambil makanan yang

a)

bergula tinggi

b)

tinggi vitamin

c)

berkhasiat

20.

Adakah ciri-ciri perubahan fizikal semasa perkembangan seksual sekunder di antara murid lelaki dan murid perempuan adalah sama?

a)

Sama

b)

Tidak Sama

c)

Sama Kot

d)

Eh Sama Lah!