Font size
WorksheetsJOM IMBAS KEMBALI!!!
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
"Kerja ini tidak akan siap sekiranya kamu bersikap _____________________", kata ibu kepada abang.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
harapkan pegar, pegar makan padi
bagai melepaskan batuk ditangga
mulut murai
Apabila kami tiba di pulau peranginan itu, barulah kami tahu bahawa apa-apa yang diperkatakan dengan Kamal itu hanyalah __________________.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi penyataan di atas?
bagai melepaskan batuk ditangga
indah khabar daripada rupa
seperti rusa masuk kampung
Pekerja baharu itu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Bak kata orang _____________________.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi peribahasa di atas?
ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
rambut sama hitam, hati lain-lain
Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi penyataan di atas?
alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan
ringan tulang
sikit-sikit lama-lama menjadi bukit
Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih.(Situasi 1) Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. (Situasi 2)
Pilih dua peribahasa yang sesuai dengan situasi 1 dan 2.
menangguk di air yang keruh / meninggi diri
biar putih tulang jangan putih mata / kera sumbang
bagai duri dalam daging / meninggi diri
Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. (Situasi 1) Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha dengan tekun. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan. (Situasi 2)
Pilih dua peribahasa yang sesuai dengan situasi 1 dan 2.
ada udang disebalik batu / ada bakat
ada padi, semua kerja jadi / durian runtuh
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya / alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan
Soalan ini berdasarkan Cerpen Oren.
Mengapakah ayah membawa Oren pulang ke rumah sedangkan ayah tidak menyukai kucing?
Ayah berasa simpati dan bersalah kerana telah melanggar ibu Oren sewaktu memandu untuk pulang ke rumah.
Ayah ingin merawat Oren yang telah dilanggar dan akan menghantar semula Oren ke tempat tersebut.
Soalan ini berdasarkan Cerpen Oren.
Apakah perbezaan sikap antara Oren dan Kelabu?
Oren ialah seekor kucing yang pasif dan tidak pandai bermanja manakala Kelabu merupakan seekor kucing yang aktif dan pandai mengambil perhatian
Oren ialah seekor kucing yang aktif dan berdisiplin manakala Kelabu merupakan seekor kucing yang pasif dan suka bersendirian.
Soalan ini berdasarkan Cerpen Oren.
Anis telah menjumpai bangkai Oren setelah sekian lama Oreng menghilangkan diri. Di manakah Oren menjumpai bangkai Oren tersebut?
Di dalam semak berdekatan rumahnya
Di celah pokok tua yang tumbang di taman permainan
Soalan ini berdasarkan Cerpen Hadiah.
Apakah perkara yang telah merunsingkan pemikiran Azizah?
Azizah ingin memberikan hadiah sempena Hari Guru kepada Cikgu Zaleha namun dia tidak mempunyai wang.
Azizah bimbangkan masa depan keluarganya yang hidup susah dan melarat.
Soalan ini berdasarkan Cerpen Hadiah.
Azizah telah meminta wang daripada ibunya bagi tujuan membelikan hadiah untuk Cikgu Zaleha namun ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya. Mengapakah ibunya bertindak demikian?
Ibu Azizah ingin menggunakannya untuk membeli keperluan harian
Ibu Azizah ingin mengirimkan duit tersebut kepada Azman yang sedang belajar di UiTM
Soalan ini berdasarkan Cerpen Hadiah
Cikgu Zaleha telah berjaya mencungkil bakat Azizah dalam Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Apakah anugerah yang diterima Azizah dalam pertandingan tersebut?
Anugerah Karya Inovatif
Anugerah Karya Inovatif dan Kreatif
Soalan ini berdasarkan Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin.
Mengapakah Lim Pooi tidak menyukai Lim Meng sedangkan Lim Meng ialah anak kandungnya?
Kelahiran Lim Meng dianggap membawa sial kerana banyak kesusahan yang menimpa mereka sekeluarga sejak Lim Meng dilahirkan.
Lim Meng telah membunuh abangmya, Lim Foong sehingga ayahnya jatuh sakit.
Soalan ini berdasarkan Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin.
Apakah sikap buruk Lim Foong?
Suka berjudi dan berhutang
Suka mencuri dan keluar waktu malam
Mengganggu penduduk kampung terutamanya anak gadis kampung
Soalan ini berdasarkan Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin
Mengapakah Lim Meng dihalau dari rumah oleh ayahnya, Lim Pooi?
Kerana ayahnya, Lim Pooi menganggap Lim Meng yang telah menyebabkan Lim Foong mati lemas.
Kerana Lim Meng telah memalukan ayahnya, Lim Foong sehingga dipulaukan penduduk kampung.
Soalan ini berdasarkan Prosa Tradisional Asal Padi.
Si Bongsu telah mengikuti tujuh orang perempuan ke kayangan. Apakah anggapan Si Bongsu apabila pertama kali melihat benda berwarna kuning keemasan yang terdapat di dusun di kayangan?
Longgokan emas
Sebidang sawah padi
Soalan ini berdasarkan Prosa Tradisional Asal Padi.
Si Bongsu telah mencuri padi untuk dibawa turun ke bumi dengan memasukkan segenggam padi ke dalam mulutnya. Apakah yang dilakukan oleh penjaga padi apabila mengetahuinya?
Mengusir Si Bongsu turun ke bumi
Mengejar dan memukul Si Bongsu yang menyebabkan tumitnya luka
Soalan ini berdasarkan Prosa Tradisional Asal Padi.
Si Bongsu akhirnya berjaya membawa turun padi dari kayangan ke bumi. Apakah yang berlaku di kayangan apabila Si Bongsu menanam padi tersebut di bumi?
Padi di kayangan telah di makan serangga
Padi di kayangan tidak lagi menjadi dan tidak subur
Soalan ini berdasarkan Drama Hadiah.
Apakah masalah yang dihadapi oleh Pak Mail?
Masalah perbelanjaan harian yang tidak cukup dan masalah persekolahan Hayati.
Masalah perniagaannya yang semakin merosot dan tidak memberangsangkan.
Soalan ini berdasarkan Drama Hadiah.
Mengapakah Hayati perlu pulang sementara ke kampung?
Kerana terlalu rindukan datuk dan ibunya
Kerana masih berhutang yuran asrama sebanyak empat puluh ringgit
Soalan ini berdasarkan Drama Hadiah.
Mengapakah Pak Mail sekeluarga diberikan cek bernilai RM10 000?
Sebagai tanda penghargaan atas jasa Sarjan Akhbar yang telah bertarung nyawa mempertahan negara.
Sebagai bantuan daripada penduduk kampung yang prihatin dengan kesusahan keluarga Pak Mail.
Pilih ejaan yang betul.
RESEPI
RESIPI
Pilih ejaan yang betul.
KOLESTROL
KOLESTEROL
Pilih ejaan yang betul.
E-MEL
EMEL
Pilih ejaan yang betul.
KUBIS
KOBIS
Pilih ejaan yang betul.
MEE
MI
Pilih ejaan yang betul.
PENSIL
PENSEL
Pilih istilah yang betul.
75% daripada kadar sebenar
75% dari kadar sebenar
Pilih istilah yang betul.
Pada masa-masa
Di masa-masa
Pilih istilah yang betul.
Oleh sebab
Oleh kerana
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Siapakah 3 remaja yang menjadi tunjang dalam novel ini?
Azlina
Mazlinda
Saleem
Firdaus
Johari
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Ke manakah destinasi yang ingin dituju oleh mereka dalam ekspedisi berbasikal ini?
Pantai Desaru
Pantai Morib Baru
Pantai Batu Hitam
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Tandakan 3 tujuan ekspedisi tersebut.
Untuk berkhemah bersama-sama rakan
Untuk menyiapkan kerja khusus Geografi
Untuk menyahut cabaran datuk
Untuk melihat tanah air yang merdeka secara lebih dekat
Untuk menjadikan Firdaus seorang lelaki sejati
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Ketika perjalanan, pelbagai pertanyaan yang telah menghantui Firdaus sehingga dia menganggap datuknya yang mencetuskan idea perjalanan gila ini. Apakah yang diperkatakan oleh datuk?
Datuk ingin melihat cucu-cucunya aktif dan sihat serta mahu mereka melakukan aktiviti berbasikal tersebut
Orang muda sekarang lemah dan tidak tahan lasak. Datuknya juga pernah berbasikal ke Pantai Morib Baru
Datuknya ingin cucu-cucunya luaskan pengalaman dengan aktiviti berbasikal
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Siapakah gadis sekelas yang diminati oleh Firdaus?
Maria
Mazlinda
Azharina
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Firdaus ialah orang pertama yang tiba di Pantai Morib Baru. Setelah tiba di situ, apakah peristiwa yang mengejutkan Firdaus?
Dia melihat kawan-kawannya menyambut ketibaannya
Dia melihat emak, ayah dan datuknya menyambut ketibaannya
Dia melihat seorang pelancong lemas di laut
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Apakah tema novel ini?
Kasih sayang dan tolong-menolong antara sahabat handai
Masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup
Kepentingan kesabaran dalam menjalani kehidupan
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Pilih 3 persoalan yang terdapat dalam novel ini.
Keberanian mengharungi rintangan
Kesusahan hidup yang perlu dibantu
Kesedihan seorang sahabat yang mengharapkan kejujuran dalam persahabatan
Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Pilih tiga nilai yang terkandung dalam Destinasi Impian.
Cinta akan bahasa kebangsaan
Keberanian
Penghargaan
Dermawan
Bertanggungjawab
Soalan ini berdasarkan Novel Destinasi Impian.
Pilih tiga pengajaran yang dapat diteladani daripada novel ini.
Kira perlulah menyayangi ibu dan bapa yang telah membesarkan kita
Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
Kita wajarlah menghargai masa dengan mengulangkaji pelajaran
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
Terdapat lima bentuk/ciri sajak. Pilih tiga daripada lima bentuk/ciri sajak.
Bilangan rangkap
Bilangan huruf konsonan bagi setiap baris
Rima akhir bagi setiap rangkap
Bilangan perkataan bagi setiap baris dalam setiap rangkap
Bilangan kata nama dalam setiap rangkap
Ibu,
Syurga kami ditapak kakimu,
Tiada yang pedih dan juga sayu,
Selain dibakar api itu,
Di dunia akhirat berteman pilu.
Berikan rima akhir bagi rangkap sajak di atas.
u, u, u, u, u
a, a, a, a, a
b, b, b, b, b
Ayah,
Terima kasih kami ucapkan,
Di atas segala kasih didikan,
Hanya itu yang mampu dilafazkan,
Diharap ayah dalam kedamaian.
Berdasarkan sajak di atas, berapakah bilangan suku kata dalam baris "Di atas segala kasih didikan"
sebelas
dua belas
sepuluh
Pilih ayat yang betul.
Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.
Ayah tidak bersetuju dengan kedua-dua orang peguam yang
mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.
Pilih ayat yang betul.
Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.
Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.
Pilih ayat yang betul.
Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung dimusnahkan oleh pihak berkuasa.
Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak berkuasa musnahkan.
Pilih ayat yang betul.
Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas akan dapat mengurangkan terjadi tanah runtuh.
Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas akan dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh.
Pilih ayat yang betul.
Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkualiti dan diminati ramai.
Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu lama yang berkuanliti dan diminati ramai.
Apakah maksud akil baligh? (muka surat 4 buku teks)
orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih serta sudah banyak pengalaman dan pengetahuan
sudah berakal dan cukup umur (biasanya 12-15 tahun bagi lelaki dan 9-12 tahun bagi perempuan) dan sudah wajib menunaikan perintah Allah.
Apakah maksud terampil? (muka surat 4 buku teks)
cekap dalam melaksanakan sesuatu dan menyelesaikan masalah
kemahuan untuk melakukan sesuatu
Apakah maksud berdaulat? (muka surat 55 buku teks)
mempunyai kuasa atau hak yang tertinggi atas sesuatu hal (seperti pemerintahan)
kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan lain-lain)
Apakah maksud keperluan? (muka surat 99 buku teks)
apa-apa yang diperlukan, apa-apa yang berguna atau yang penting
hajat, keinginan, kemahuan
Apakah maksud wahana? (muka surat 108 buku teks)
Rancangan yang tersusun dalam fikiran
Alat untuk melahirkan atau menyampaikan fikiran, perasaan dan sebagainya
Apakah maksud tembaga? (muka surat 125 buku teks)
Logam berwarna merah dan digunakan untuk membuat dawai, periuk dan sebagainya
Logam berwarna kuning yang sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan seperti cincin).
Kosa kata menarik bagi perkataan 'silap'.
Khilaf
Prejudis
Optimis
Kosa kata menarik bagi perkataan 'kejayaan/kemenangan'.
Ironi
Falah
Obses
Kosa kata menarik 'global' bermaksud _____________.
Sejagat
Dunia tanpa sempadan
Kekuasaan
Kosa kata menarik 'simbiosis' bermaksud ___________________.
Dua benda yang saling berkaitan
Kedudukan yang terbaik
Kelebihan kepada satu pihak sahaja
Kosa kata menarik yang bermaksud pemerintahan secara zalim.
Diktator
Demokrasi
Monarki
Kosa kata menarik yang bermaksud suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan.
Privasi
Optimis
Obses
