Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV F3: ULANGKAJI 2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan jika mempelajari tentang pakaian tradisional kaum-kaum lain ?

a)

memahami Identiti budaya kaum lain

b)

Status individu mengikut kaum dan etnik

c)

Sikap dan watak dipengaruhi pemakai

d)

Personaliti pemakai mengikut jenis pakaian

2.

Apakah penutup kepala yang sesuai bagi pelengkap pakaian tradisional lelaki Melayu ?

a)

Topi atau songkok

b)

Songkok atau Semutar

c)

Tengkolok atau kopiah

d)

Tengkolok atau songkok

3.

Gambar di atas menunjukkan perhiasan diri bagi bagi wanita melayu . Di manakah perhiasan tersebut di pakai ?

a)

Bahagian dahi

b)

Bahagian bahu

c)

Cuping telinga

d)

Bahagian pinggang

4.

Apakah definisi yang paling tepat tentang teknik hibrid dalam Seni Catan ?

a)

Karya menggunakan teknik digital

b)

Karya seni yang bersifat tiga dimensi

c)

Kepelbagaian media atau teknik dalam karya

d)

Gabungan aliran dalam menghasilkan karya

5.

Senarai di bawah merupakan bahan bagi Seni Catan .


Jenis permukaan :

Kanvas, papan lapis dan kadbod

Teknik :

Glazing dan impasto


Apakah jenis media catan bagi maklumat di atas ?

a)

Akrilik

b)

Cat air

c)

Tempera

d)

Cat minyak

6.

Apakah kelebihan Seni Arca berbanding Seni Halus yang lain ?

a)

Mudah dihasilkan

b)

Mudah diperbanyakkan

c)

Produk seni tiga dimensi

d)

Penggunaan bahan media murah

7.

Namakan dua orang tokoh yang terlibat dalam bidang Seni Arca .

a)

Abdullah Ariff

b)

Yong Mun Seng

c)

Raja Shahriman

d)

Ramlan Abdullah

8.

Kerjaya yang melibatkan merancang, mereka bentuk dan menguruskan landskap dikenali

sebagai __________ .

a)

Penghias taman

b)

Pereka Landskap

c)

Kodinator Landskap

d)

Juru Teknik Landskap

9.

Apakah proses paling awal dalam menghasilkan reka bentuk landskap ?

a)

Menentukan jenis bahan

b)

Menghasilkan pelan landskap

c)

Menentukan tema dan fungsi Landskap

d)

Menghasilkan modul reka bentuk landskap

10.

Prinsip asas dalam seni tekat merupakan satu proses bersuji. Apakah yang dimaksudkan dengan proses bersuji?

a)

Menjahit dengan menggunakan benang putih

b)

Menjahit secara berulang-ulang

c)

Menekat dengan menggunakan benang emas

d)

Menjahit di atas kain putih

11.

Apakah benang yang digunakan untuk tekat gubah?

a)

Emas

b)

Sutera merah

c)

Perak

d)

Sutera

12.

Apakah nama alatan ini?

a)

Kain irasan

b)

Papan tebuk

c)

Mempulur

d)

Ram pemidang

13.

Apakah cara untuk menghargai dan menyanjungi karya seni tempatan?

a)

Kaitkan seni dengan teknologi

b)

Membanding beza tokoh seni visual

c)

Mengkaji bahan dan media seni visual

d)

Menambah pengetahuan tentang seni visual

14.

Seni Visual merangkumi 3 bidang utama

a)

Lukisan, catan dan cetakan

b)

Seni kraf, seni halus dan seni reka

c)

Seni halus, seni reka dan teknologi seni

d)

Seni halus, seni reka dan seni persembahan

15.

Pilih di antara berikut yang dapat menunjukkan rupa organik

a)
b)
c)
d)
16.

Pilih aktiviti di bawah yang dapat menghasilkan bentuk konkrit

a)

Mencanting batik

b)

Menampal gambar

c)

Mengukir pada kayu

d)

Melukis bentuk kotak

17.

Rockwell termasuk dalam klasifikasi muka taip?

a)

Script

b)

Old style

c)

Slab serif

d)

Sans serif

18.

Apakah fungsi tipografi?

a)

Menyampaikan maklumat, idea dan konsep

b)

Menggabungkan simbol-simbol taip

c)

Menghasilkan pelbagai variasi fon

d)

Memberi penekanan kepada teks

19.

Bagaimanakah jenis taip upper lower case terbentuk?

a)

Hanya menggunakan huruf besar sahaja

b)

Menggabungkan simbol-simbol dalam tipografi

c)

Gabungan huruf besar dan huruf kecil dalam satu baris.

d)

Penggunaan huruf besar pertama lebih tinggi berbanding huruf besar yang lain

20.

Lukisan yang dihasilkan oleh Hasnul Jamal Saidon ialah ___________ .

a)

Four Friends (1984).

b)

Siri Pago-pago (1964).

c)

Tea Room at Carcosa (1992).

d)

Proclaim Series (1991).

21.

Maklumat di bawah tentang satu teknik dalam Seni Catan.


· Menggunakan pisau palet

· Menggunakan warna terus dari tiub


Apakah teknik tersebut ?

a)

Pointilisme.

b)

Impasto.

c)

Hard-edge.

d)

Glazing.

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

a)

Corak bunga seni ukiran

b)

Corak atau motif flora pada seni batik

c)

Corak atau motif fauna pada seni tekat

d)

Corak yang terbentuk daripada proses anyaman

23.

Lagang dalam proses menganyam bermaksud...

a)

membentuk kelarai

b)

menyediakan tulang anyaman

c)

mematikan tepi anyaman tikar

d)

mengukur panjang daun anyaman

24.

Apakah fungsi pelurut dalam proses seni anyaman?

a)

Untuk melembutkan helaian daun mengkuang

b)

Untuk menyisip lebihan helaian daun mengkuang

c)

Untuk memotong daun mengkuang dari pokoknya

d)

Untuk membuang mempulur dan duri daun mengkuang

25.

Apakah proses yang ditunjukkan dalam gambar tersebut?

a)

Menyisip daun mengkuang

b)

Membuang duri mengkuang

c)

Membelah daun mengkuang

d)

Melembutkan daun mengkuang

26.

Apakah tujuan baki hujung daun dalam proses anyaman dikerat?

a)

Ketegangan anyaman sama rata

b)

Hujung daun tepi anyaman tidak terburai

c)

Hasil anyaman kelihatan kemas dan menarik

d)

Bahagian sambungan hujung daun tidak kelihatan

27.

Berikut merupakan prinsip asas seni anyaman, kecuali ...

a)

Mementingkan ketegangan semasa menganyam

b)

Pemilihan warna yang tepat untuk kecantikan seni anyaman

c)

Menjalin secara silang-menyilang helaian demi helaian daun mengkuang dan lain-lain

d)

Pemilihan bahan asas seni anyaman yang betul untuk kekemasan seni anyaman

28.

Terdapat banyak fungsi seni anyaman, contohnya nyiru. Apakah fungsi nyiru?

a)

Menampi padi

b)

Menutup sajian

c)

Tirai

d)

Bakul alas

29.

Bidai diperbuat daripada apa?

a)

Pandan

b)

Lidi

c)

Daun mengkuang

d)

Bilah rotan

30.

Berikut merupakan ciri-ciri rupa bentuk tikar, kecuali ....

a)

Bucu tikar

b)

Tepi tikar

c)

Kepala tikar

d)

Sudut tikar