wayground logo

Тегін басып шығаруға болатын жұмыс парақтары

ЖАҢА

Қаріп өлшемі

S
M
L
XL
Жұмыс парақтары

SINONIM (KATA SEERTI)

Total сұрақ: 20

Worksheet time: 10mins

Аты
Сынып
Күн
1.

Encik Nordin memelihara dua puluh ekor kambing di ladang kelapa sawitnya.


Pilih perkataan seerti bagi memelihara.

a)

menjaga

b)

menternak

c)

menghidupkan

2.

Tiap-tiap hari Roslina pergi balik dari rumahnya di Sungai Petani ke pejabatnya di Alor Setar.


Pilih perkataan seerti bagi pergi balik.

a)

berulang-alik

b)

berkejar-kejar

c)

berpindah-randah

3.

Dengan hadiah cabutan bertuah itu, Vikcy berpeluang melancong ke Pulang Langkawi selama tiga hari.


Pilih perkataan seerti bagi berpeluang.

a)

berjaya

b)

berkesempatan

c)

bertuah

4.

"Saya akan terangkan sekali sahaja. Tolong beri perhatian sepenuhnya," kata jurulatih.


Pilih perkataan seerti bagi sepenuhnya.

a)

semuanya

b)

secukupnya

c)

seandainya

5.

Semua peserta kursus itu ditempatkan dalam sebuah khemah besar.


Pilih perkataan seerti bagi ditempatkan.

a)

disimpan

b)

dimasukkan

c)

disumbatkan

6.

Puan Zalina menukar langsir rumahnya yang telah lusuh itu dengan langsir yang baharu.


Pilih perkataan seerti bagi lusuh.

a)

luntur

b)

lapuk

c)

lama

d)

buruk

7.

Cikgu Azman mendesak Nabil supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.


Pilih perkataan seerti bagi mendesak.

a)

merayu

b)

merungut

c)

memaksa

d)

menyuruh

8.

Encik Kasim telah menyangkal berita yang mengatakan bahawa beliau akan ditukarkan ke sekolah lain.


Pilih perkataan seerti bagi menyangkal.

a)

menafi

b)

melawan

c)

mengakui

d)

menerima

9.

Pekerja itu telah dikenakan tindakan kerana malas ketika menjalankan tugas.


Pilih perkataan seerti bagi malas.

a)

cuai

b)

lemah

c)

gagal

d)

culas

10.

Setelah mengikuti Klinik UPSR anjuran Berita Harian, prestasi pelajaran Amin semakin cemerlang.


Pilih perkataan seerti bagi prestasi.

a)

akademik

b)

kemajuan

c)

pencapaian

d)

peningkatan

11.

Pak Cik Sudin menggali lubang di belakang rumahnya untuk menanam tin-tin kosong bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.


Pilih perkataan seerti bagi menggali.

a)

mengorek

b)

menimbus

c)

meratakan

d)

menambak

12.

Nenek akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji untuk kali kedua.


Pilih perkataan seerti bagi berangkat.

a)

berlalu

b)

berjalan

c)

bertolak

d)

bergerak

13.

Makan makanan seimbang dan bersenam secara tetap sangat penting untuk kekal sihat dan cergas.


Pilih perkataan seerti bagi penting.

a)

mustahak

b)

patut

c)

elok

d)

baik

14.

Puan Zarina tabah dalam mengharungi ujian walaupun suaminya telah meninggal dunia.


Pilih perkataan seerti bagi ujian.

a)

dugaan

b)

cabaran

c)

halangan

d)

rintangan

15.

Pada masa senggang kakak selalu menolong ibu menggosok dan melipat baju.


Pilih perkataan seerti bagi senggang.

a)

terluang

b)

terbuka

c)

terbiar

d)

terisi

16.

Abang kelihatan bergaya sekali apabila memakai pakaian seragam tenteram.


Pilih perkataan seerti bagi bergaya.

a)

segak

b)

tegap

c)

kemas

d)

molek

17.

Anak sungai di belakang rumah nenek agak cetek.


Pilih perkataan seerti bagi cetek.

a)

sempit

b)

tohor

c)

surut

d)

sesak

18.

Harta peninggalan datuknya telah dibeli oleh Datuk Zamri.


Pilih perkataan seerti bagi peninggalan.

a)

sisa

b)

baka

c)

waris

d)

pusaka

19.

Kakak menyisir rambut adik supaya nampak kemas dan rapi.


Pilih perkataan seerti bagi menyisir.

a)

menyikat

b)

mengelus

c)

membelai

d)

mendandan

20.

Sampah sarap bertaburan di atas jalan raya itu kerana ditiup angin.


Pilih perkataan seerti bagi bertaburan.

a)

berlonggok

b)

bersepah

c)

bertonjol

d)

bergolek