wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV T1 (Bab 1 hingga 17)

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar tentang lukisan

a)

karya yang bersifat 3D

b)

karya yang menggunakan media kering

c)

karya yang menggunakan media basah

d)

karya yang dihasilkan dengan teknik terapan

2.

Pilih tokoh tanah air yang terkenal dengan arca bertajuk Ayam Jantan.

a)

Anthony Lau

b)

Ramlan Abdullah

c)

Syed Ahmad Jamal

d)

Bayu Otomo Radjikin

3.

Pilih institut pendidikan negara yang pertama menawarkan kursus dalam bidang seni seperti seni lakon dan seni muzik.

a)

ITM

b)

UPM

c)

UKM

d)

USM

4.

Bidang seni kraf terdiri daripada


I Anyaman

II Sulaman

III Catan

IV Cetakan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Urat-urat pada daun adalah garisan yang membentuk _____________ daun.

a)

ton

b)

rupa

c)

warna

d)

struktur

6.

Rupa geometri mempunyai _______.

a)

sudut

b)

corak

c)

bentuk

d)

jalinan

7.

Rupa bunga dan daun adalah contoh rupa

a)

positif

b)

negatif

c)

organik

d)

geometri

8.

Olahan motif yang berulang-ulang akan mewujudkan

a)

rupa

b)

corak

c)

bentuk

d)

muka taip

9.

Berikut bentuk konkrit, kecuali

a)

catan pemandangan

b)

arca

c)

guli

d)

kerusi

10.

Pilih bahan yang dapat digunakan untuk menghasilkan bentuk ilusi.

a)

cat air

b)

simen

c)

buluh

d)

bongkah kayu

11.

Berikut adalah objek alam yang mempunyai jalinan tampak, kecuali

a)
b)
c)
d)
12.

Berikut teknik yang menghasilkan jalinan sentuh, kecuali

a)

teknik kolaj

b)

teknik ukiran

c)

teknik anyaman

d)

teknik pualaman

13.

Pemandangan di tepi sawah ialah contoh

a)

ruang rata

b)

ruang dalam

c)

ruang terbuka

d)

ruang tertutup

14.

Apakah jenis ruang dalam gambar di atas?

a)

ruang tertutup

b)

ruang terbuka

c)

ruang dalam

d)

ruang cetek

15.

Apakah warna X yang terhasil daripada campuran warna di atas?

a)

hijau

b)

ungu

c)

jingga

d)

kuning

16.

Campuran warna asas dengan warna sekunder akan menghasilkan

a)

warna tertier

b)

warna sewarna

c)

warna harmoni

d)

warna penggenap

17.

Warna yang bersebelahan di dalam roda warna dipanggil

a)

warna natural

b)

warna sewarna

c)

warna harmoni

d)

warna penggenap

18.

Apakah kepentingan unsur harmoni dalam kehidupan manusia ?

a)

keselesaan dan ketenangan

b)

lebih bertanggungjawab

c)

mengeratkan perpaduan

d)

berasa tidak selesa

19.

Gambar di atas menggambarkan keadaan harmoni dalam aspek penyamaran

a)

rupa

b)

bentuk

c)

warna

d)

ruang

20.

Apakah aspek unsur seni yang menjadikan contoh tersebut harmoni?

a)

keseragaman jalinan

b)

keseragaman bentuk

c)

keseragaman warna

d)

keseragaman rupa

21.

Gubahan warna yang manakah mewujudkan kesan kontra?

a)

warna natural

b)

warna sewarna

c)

warna harmoni

d)

warna penggenap

22.

Antara berikut, prinsip rekaan manakah yang dapat membantu dan menambah jelas prinsip penegasan dalam sesebuah karya?

a)

kontra

b)

kesatuan

c)

imbangan

d)

kepelbagaian

23.

Sekiranya warna latar belakang kain batik sarung berwarna gelap, maka warna yang sesuai untuk motif batik sarung tersebut ialah warna _________.

a)

sejuk

b)

cerah

c)

panas

d)

gelap

24.

Kewujudan satu unsur yang berbeza dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu gubahan dikenali sebagai__________.

a)

kesatuan

b)

penegasan

c)

imbangan

d)

kepelbagaian

25.

Dalam sebuah taman bunga, prinsip penegasan dapat diperhatikan pada objek ___________.

a)

daun

b)

bunga

c)

batang

d)

rumput

26.

Prinsip penegasan dapat diwujudkan dalam sesuatu hasil karya melalui ___________, tema, objek dan gaya.

a)

rupa

b)

ruang

c)

warna

d)

bentuk

27.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

kesatuan

b)

imbangan

c)

harmoni

d)

penegasan

28.

Kesatuan dalam seni grafik dapat dihasilkan melalui gabungan muka taip, ruang, warna dan ___________.

a)

kontra

b)

harmoni

c)

imbangan

d)

irama dan pergerakan

29.

Antara berikut, hasil kraftangan tradisional yang manakah mempunyai prinsip pergerakan yang paling ketara?

a)

kraf tekat

b)

kraf anyaman

c)

kraf ukiran

d)

kraf seni tembikar

30.

Susunan rupa motif berulang akan memberikan kesan


I penegasan

II harmoni

III kepelbagaian

IV kesatuan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

31.

Mengapakah pengkarya menggunakan mesej dalam sesebuah karyanya?

a)

melariskan jualan

b)

menimbulkan kelainan

c)

berinteraksi dengan khalayak

d)

menyampaikan pandangan umum

32.

Terdapat pelbagai kaedah dalam membentuk motif, idea dan konsep dalam sesebuah penghasilan karya. Antaranya ialah


I peniruan

II membaca

III membuat kajian dari pelbagai sumber

IV menghasilkan produk

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

33.

Apakah motif yang sering kali terdapat pada badan wau?

a)

flora

b)

fauna

c)

pucuk ubi

d)

awan larat

34.

Terdapat pelbagai kaedah untuk meningkatkan pemasaran sesuatu produk. Pilih kaedah yang paling berkesan untuk memasarkan produk tersebut.

a)

memberi percuma kepada orang ramai

b)

membuat promosi berkenaan produk

c)

menjajakan ke kampung-kampung

d)

menjaja di pasar awam

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik konvensional dalam penghasilan produk?

a)

menghasilkan produk dengan ICT

b)

menghasilkan produk secara manual atau biasa

c)

menghasilkan produk dengan penggunaan alat mesin moden

d)

menghasilkan produk dengan penggunaan jentera yang canggih