Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BAB 8,9,10

Total questions: 60

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan pilihan raya yang terawal sekali dilaksanakan di negara kita?

a)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

b)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town

c)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Melaka

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Klang

2.

*Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 266 kerusi yang dipertandingkan.


Apakah kesimpulan yang boleh anda buat tentang keputusan tersebut?

a)

Peningkatan dalam kesedaran politik rakyat

b)

Penerimaan rakyat terhadap kerjasama antara kaum dan politik

c)

Peningkatan dalam penyokong Parti Perikatan

d)

Peningkatan dalam jumlah pengundi Cina

3.

Antara berikut yang manakah fungsi Jawatankuasa Pilihan Raya ditubuhkan?


I memilih calon untuk bertanding

II menentukan sempadan kawasan pilihan raya

III menjalankan pendaftaran pengundi

IV memilih ahli kabinet

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan dengan Oliver Lyttelton, Setiausaha Tanah Jajahan British di London pada 14 Mei 1954.


Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

a)

Pelantikan dua orang ahli rasmi

b)

Perlantikan ahli MPP seramai 52 orang

c)

Pertambahan empat orang melalui pilihan raya

d)

Penglibatan tiga orang yang mewakili golongan minoriti

5.

Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya Persekutuan?


I Berumur 21 tahun dan ke atas

II Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

III Berkelakuan baik

IV Lelaki sahaja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah parti-parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952?


I Parti IMP

II Parti Buruh

III Parti Radikal

IV Parti Perikatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Siapakah yang bertanggungjawab mengumumkan pembentukan Jemaah Menteri pertama di Tanah Melayu pada 4 Ogos 1955?

a)

Sir Donald MacGillivray

b)

Sir Mac Donald Colluster

c)

Sir Gerald Templer

d)

Sir Lord Reid

8.

*Rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil yang berintegriti dan mempunyai jati diri.


Apakah yang ingin disampaikan dalam mesej di atas?

a)

Memudahkan proses pilihan raya

b)

Melaksanakan amalan demokrasi

c)

Memastikan penerusan berkerajaan sendiri

d)

Menjamin kelancaran proses pilihan raya

9.

Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?


I Membincangkan soal kewangan dan perkhidmatan awam

II Membincangkan isu berkaitan keselamatan dan pertahanan dalam negeri

III Menghapuskan kuasa pemerintahan British

IV Menggubal undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah peranan utama yang perlu dilakukan oleh V. T. Sambantan selepas memegang jawatan Menteri Buruh?

a)

Meningkatan mutu perkhidmatan perubatan

b)

Menggantikan pegawai British dengan pegawai tempatan

c)

Meningkatkan taraf pendidikan

d)

Membangunkan kawasan luar bandar

11.

Apakah yang menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Rundingan London

b)

Pilihan Raya Umum 1955

c)

Memorandum parti politik

d)

Perundingan antara Raja-raja Melayu dengan Perikatan

12.

Rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan telah menjelaskan keperluan misi rundingan ke London.


Apakah isu yang dibincangkan dalam rundingan tersebut?

I Kerakyatan Jus Soli

II Keselamatan negara

III Hubungan British dan Tanah Melayu

IV Mewujudkan pakatan murni

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah kepentingan misi rundingan di London?

I Membentuk suruhanjaya

II Mempercepat kemerdekaan

III Hubungan British-Tanah Melayu

IV Membincangkan hal keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut?

a)

Menjimatkan kos

b)

Mendapatkan kata sepakat rundingan

c)

Mendapatkan strategi bagi menjayakan misi

d)

Menggunakan masa pelayaran untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu

15.

Apakah yang berkaitan dengan maklumat berikut?


*Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan dan digantikan dengan Menteri Kewangan

*Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat daripada 31 Ogos 1957

a)

Memorandum parti politik

b)

Inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London

16.

Apakah perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956?

a)

Taraf Kerakyatan

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Kedudukan bahasa Melayu

d)

Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan

17.

Mengapakah Suruhanjaya Reid dibentuk pada 8 Mac 1956?

a)

Langkah penubuhan negara merdeka

b)

Membuat rundingan kemerdekaan

c)

Lanjutan rundingan kemerdekaan

d)

Menyusun perlembagaan

18.

Siapakah yang menanggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?


I Hakim B. Malik

II Gerald Templer

III Sir Edward Gent

IV Sir William Ivor Jening

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mendapatkan pandangan penduduk pelbagai kaum dalam usaha merangka Perlembagaan Persekutuan?


I Menjalankan kaji selidik

II Membuat lawatan ke setiap komuniti

III Mengadakan persidangan tentang pelbagai isu

IV Menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah yang terkandung dalam memorandum daripada parti politik dan pihak awam dari segi kewarganegaran?


I Raja-raja Melayu melindungi kepentingan sah kaum lain

II Masyarakat Cina menuntut kewarganegaraan diteliti

III Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan

IV Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan kewarganegaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah perkara yang terkandung dalam draf perlembagaan?


I Hanya Majlis Mesyuarat dibentuk

II Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan

III Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

IV Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

*Raja-raja Melayu

*Parti politik


Apakah isu yang timbul daripada memorandum Parti Perikatan?

a)

Jus Soli

b)

Pendidikan

c)

Agama Islam

d)

Bahasa Melayu

23.

Mengapakah terdapat ahli UMNO yag tidak bersetuju dengan konsep jus soli?

a)

Campur tangan kaum lain

b)

Bahasa Melayu tidak diutamakan

c)

Kepentingan orang Melayu dipinggirkan

d)

Bimbang kedudukan istimewa orang Melayu akan tergugat

24.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 5 Ogos 1957. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah


I hak bumiputera

II kebebasan beragama

III sistem demokrasi Berparlimen

IV pengamalan Raja Berperlembagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Antara berikut, yang manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu1957?


I Permohonan

II Kuat kuasa Undnag-undang

III Perkenan Raja-raja Melayu

IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Antara inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah

I kewarganegaraan

II kedudukan agama Islam

III pemansuhan Sistem Ahli

IV pemilihan dalam pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 5 Ogos 1957.


Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Meneruskan kuasa British

b)

Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk

c)

Mendapat hak untuk memerintah sendiri

d)

Menamatkan sistem pemerintahan monarki

28.

Apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada negara Malaysia?

a)

Memajukan penduduk tempatan

b)

Membentuk perlembagaan negara

c)

Memperoleh kerakyatan yang sama

d)

Memberikan hak pentadbiran sendiri

29.

*Kemerdekaan bukan hanya pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, malah merupakan satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas*


Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Soekarno

c)

Mahatma Gandhi

d)

Nelson Mandela

30.

Apakah pengertian kemerdekaan mengikut Tun Dr. Mahathir Mohamad?


I Bebas daripada penjajah

II Menyayangi negara sepenuh hati

III Pertempuran terhadap penindasan

IV Membentuk masyarakat demokratik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Mengapakah peristiwa pemasyhuran kemerdekaan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menandakan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Menandakan pembebasan negara daripada penjajah buat selama-lamanya

c)

Menunjukkan semangat cinta akan negara

d)

Menandakan perpaduan rakyat yang berbilang kaum

32.

Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal?

a)

Menonjolkan identiti negara

b)

Membuktikan atur cara lancar

c)

Menghias ibu kota dan negeri

d)

Mempromosi majlis sambutan

33.

Antara berikut jawatankuasa yang manakah ditubuhkan khas untuk membuat persediaan bagi sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan Negara?


I Jawatankuasa Induk

II Jawatankuasa Persediaan Fizikal

III Jawatankuasa Sambutan

IV Jawatankuasa Persediaan Mental

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

*Lagu Negaraku

*Jalur Gemilang

*Bunga kebangsaan


Mengapakah lambang-lambang tersebut penting untuk sebuah negara yang merdeka?

I Sebagai simbol perpaduan rakyat

II Melambangkan jati diri dan identiti negara

III Sebagai lambang kekuatan

IV Menunjukkan kemasyhuran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Pakaian menteri dan pegawai tinggi diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman daripada pakaian negeri Kedah iaitu

a)

Baju kurung

b)

Baju Melayu

c)

Muskat

d)

Baju Telok Belanga

36.

*Bangunan ini telah dibina khas untuk meraikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Bangunan ini dapat menonjolkan identiti negara baru yang merdeka.


Bangunan yang dimaksudkan ialah

a)

Tugu Negara

b)

Muzium Negara

c)

Stadium Merdeka

d)

Parlimen

37.

Mengapakah Pasukan Pemuda Perikatan mengkalungkan Pingat Emas kepada Tunku Abdul Rahman?

a)

Menghargai jasa

b)

Menghormati ketua parti

c)

Mematuhi protokol sambutan

d)

Membuktikan kekayaan hasil bumi

38.

Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Kemerdekaan di Stadium Merdeka?

a)

Meraikan kedatangan Duke of Gloucester

b)

Memberitahu syarat-syarat kemerdekaan

c)

Membuktikan penyerahan kuasa British

d)

Mengisytiharkan kemerdekaan negara

39.

*Beliau merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya, Johor. Beliau juga pereka bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu.


Siapakah beliau?

a)

Mohamad Said

b)

Mohammad Zain

c)

Mohamad Ali

d)

Mohamed Hamzah

40.

Di manakah berlangsungnya upacara Pemasyhuran Kemerdekaan Negara pada malam 30 Ogos 1957?

a)

Padang Banda hilir Melaka

b)

Padang Kelab Selangor

c)

Padang Kelab Kuala Lumpur

d)

Padang Kelab Perak

41.

Siapakah wakil Ratu Elizabeth II semasa upacara pemasyhuran di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur?

a)

Duke of Washington

b)

Duke of Wellington

c)

Duke of Mornington

d)

Duke of Gloucester

42.

*Peristiwa menurunkan bendera Union Jack amat penting dan bermakna kepada Persekutuan Tanah Melayu.


Mengapakah peristiwa itu begitu penting dan bermakna?

a)

Menandakan British menyerah diri

b)

Menandakan pengunduran tentera British

c)

Menandakan tamatnya penjajahan British

d)

Menandakan pertukaran bendera baru

43.

Apakah kesan kemerdekaan dari aspek politik?

I Pemerintahan republik

II Sistem Raja Berperlembagaan

III Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

IV Pembentukan parti politik berbilang kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Apakah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai selepas Tanah Melayu Merdeka?

a)

NATO

b)

Komanwel

c)

Kuasa Paksi

d)

Liga Bangsa-Bangsa

45.

Apakah corak pemerintahan yang diamalkan oleh Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?

a)

Sistem pemerintahan monarki

b)

Sistem pemerintahan republik

c)

Sistem pemerintahan demokrasi dengan raja berperlembagaan

d)

Sistem pemerintahan demokrasi dengan raja berautokratik

46.

Antara berikut merupakan kesan kemerdekaan dari segi sosial terhadap negara kita, KECUALI

a)

Jabatan Penerangan dimajukan

b)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Perkhidmatan kesihatan ditingkatkan

d)

Pendidikan Inggeris diutamakan

47.

Kemerdekaan negara telah memberi kesan terhadap dasar luar negara kita.

Antara berikut yang manakah merupakan kesan-kesan yang dimaksudkan?


I Menjalin hubungan baik dengan Britain, New Zealand dan Australia

II Berbaik-baik dengan negara komunis

III Menghantar pegawai ke China untuk mendapat latihan

IV Menandatangani perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu(AMDA)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

48.

*Kemerdekaan negara telah memberi kesan kepada negara dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.


Antara berikut yang manakah merupakan kesan terhadap ekonomi?

I Pengenalan Rancangan Buku Merah

II Penubuhan Lemabaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

III Pengenalan Rancangan Buku Hijau

IV Pembangunan bandar dipergiat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Antara berikut yang manakah aspek kedaulatan negara?

I Lambang Kebangsaan

II Wilayah Pengaruh

III Raja

IV Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Kerajaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Badan Kehakiman, _____________ dan ________________

I Badan Kabinet

II Badan Eksekutif

III Badan Perundangan

IV Badan Majistret

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

51.

Kamus Dewan mentakrifkan kemerdekaan sebagai

a)

naungan kebebasan

b)

bebas daripada penjajah

c)

kuasa menentukan hala tuju

d)

bersatu menentang kuasa luar

52.

Mengapakah lambang berikut penting kepada negara kita?

*jata negara

*lagu kebangsaan

*bendera kebangsaan

a)

menunjukkan kegigihan

b)

menyatupadukan rakyat

c)

menggalakkan kemajuan

d)

melambangkan keagungan

53.

Identiti negara ->> X


Apakah X?

a)

Institusi beraja

b)

Tulisan Jawi

c)

Jata Negara

d)

Bahasa Kebangsaan

54.

*Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu


Apakah tujuan pengiktirafan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan?

a)

Mengukuhkan perpaduan

b)

Pengenalan kurikulum baru

c)

Melicinkan pentadbiran negara

d)

Pemantapan sistem demokrasi

55.

Badan Perundangan terdiri daripada

I Dewan Negara

II Dewan Negeri

III Dewan Parlimen

IV Dewan Rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

Ia merujuk kepada kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanaah Melayu.

Apakah ia?

a)

Kerajaan

b)

Raja

c)

Wilayah Pengaruh

d)

Kedaulatan undang-undang

57.

Antara berikut, pernyataan manakah yang BETUL?

a)

Yang diPertuan Agong dilantik 5 tahun sekali dipilih daripada 9 raja-raja negeri melayu

b)

Yang diPertuan Agong dilantik 5 tahun sekali dipilih daripada 11 raja-raja negeri melayu

c)

Yang diPertuan Agong dilantik 3 tahun sekali dipilih daripada 9 raja-raja negeri melayu

d)

Yang diPertuan Agong dilantik 3 tahun sekali dipilih daripada 11 raja-raja negeri melayu

58.

Apakah perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan 8 Februari 1956?

a)

Pemansuhan Sistem Ahli

b)

Penubuhan Majlis Raja-raja

c)

Pengisytiharan Pembentukan Malaysia

d)

Pembentukan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan

59.

Siapakah yang mengatakan "Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Dengan kemerdekaan juga dapat mengatasi ancaman komunis."

a)

Soekarno

b)

Tun Fuad Stephens

c)

Tun Temunggong Jugah

d)

Tun Dr Mahathir

60.

Berikut merupakan Jawatankuasa Sambutan KECUALI

a)

Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka

b)

Jawatankuasa Derma Perayaan Kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Pusat Keprihatinan Merdeka

d)

Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka