Font size
WorksheetsBAB 2
Total questions: 60
Worksheet time: 3hrs 0mins
Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
Perasaan yang membenci penjajah
Semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai matlamat
Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara
Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18
Tahun : 1688
Revolusi : Revolusi Keagungan di England
Tahun 1789 : Revolusi Perancis
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah
Kuasa rakyat terjejas
Ideologi komunis terlarang
Kuasa raja mutlak diperkukuh
Kerajaan berpelembagaan ditegakkan
Peristiwa X merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.
Peristiwa X ialah
Satyagraha
Semangat Bushido
Dahagi India 1857
Gerakan Islah
Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanggup menanggung risiko,bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggunggjawab terhadap ketua dan negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Satyagraha
Kamikaze
al-Urwah al-Wuthqa
Semangat Bushido
Nasionalisme di Vietnam di Burma
( Myanmar ) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan Pendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.
Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan nasionalisme?
Isu kesihatan
Isu kapitalisme
Isu kasut
Isu baju
Maklumat berikut berkaitan dengan tafsiran maksud nasionalisme oleh Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid.
Sifat X
↕
Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme
Melayu ketika itu.
Apakah sifat X yang dikaitkan dengan tafsiran tersebut?
Satu bangsa
Daulat tuanku
Cintai negaraku
Tanah Melayuan
Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.
Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?
Mengutip cukai
Melantik penasihat
Mengawal kerajaan
Menolak penjajahan
Jean Jacques Rousseau
Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.
Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?
Kata sepakat
Hasrat umum
Tuntutan rakyat
Impian bersama
Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.
Liga Muslim
Kongres Kebangsaan India (INC )
Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?
Menggerakkan perang gerila
Melancarkan gerakan dakyah
Merangka pembahagian India
Melakukan penentangan militan
Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.
SEMANGAT BUSHIDO
Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?
Menjadi negara perindustrian
Mencapai kemajuan pendidikan
Menghalang gerakan anti Barat
Mengatasi kelemahan pemerintahan
Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?
Katipunan di Filipina
Parti Komunis di Indonesia
Viet Nam Quoc Dang Dang
I Bertindak secara revolusi
II Pertubuhan bersifat radikal
III Bekerjasama dengan penjajah
IV Pemimpinnya berhaluan sederhana
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
Memperkenalkan semangat jihad
Mendorong gerakan radikal
Mencetus idea revolusi
Menyindir sikap penjajah
Jadual berikut berkaitan dengan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu
Pejabat Karang Mengarang
Za'ba
Apakah kepentingan penubuhan pejabat tersebut?
I Mengasah bakat pelajar
II Melatih ramai penterjemah
III Menyatukan rumpun Melayu
IV Menghasilkan buku berkualiti
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?
Melancarkan gerakan bersenjata
Membentuk Katipunan
Menjalankan rundingan damai
Menubuhkan Liga Filipina
Dialog berikut diucapkan oleh golongan nasionalis.
Rakyat X : Kami menuntut kebebasan bersuara.
Rakyat Y : Kami inginkan hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.
Ia merupakan tuntutan gerakan nasionalisme tahap di
Indonesia
IndoChina
Burma
Filipina
Antara berikut, padanan yang manakah benar?
I British - IndoCina
II British - Filipina
III Belanda- Indonesia
IV British - Burma
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjen Kartini.
Habis Gelap Terbitlah Terang
Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas
Pengembalian kuasa raja
Kemunduran rakyat
Hak bersuara
Kemerdekaan mutlak
Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.
Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?
I Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar
II Melahirkan nasionalis bersikap sederhana
III Memperjuangkan pembelaan terhadap kemerdekaan sahaja
IV Menegakkan perjuangan melalui akbar La Solidaridad
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.
- Nasionalisme di India
- Nasionalisme di China
- Nasionalisme di Jepun
Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?
Membentuk negara bangsa
Menjadi kuasa Imperialisme
Menamatkan penjajahan kuasa asing
Memulihkan kuasa golongan bangsawan
Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?
Perjuangan melalui penulisan.
Perjuangan bercorak radikal.
Perjuangan berpendidikan agama.
Perjuangan terawal di Tanah Melayu.
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap.........( pilih 2 jawapan yang betul)
bangsa
negara
agama
pemerintah
Hans Kohn merupakan seorang sejarawan Barat yang memberi pandangan tentang maksud nasionalisme. Apakah pandangan yang dikemukakan oleh beliau?
Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat
Timbul akibat kebimbangan masyarakat terhaap sekularisme
Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan yang unggul
Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya
Maklumat berikut merupakan pandangan seorang tokoh berkaitan nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Siapakah tokoh tesebut?
Hans Kohn
Dato' Onn Jaafar
Dr. R. Suntharalingam
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Maklumat berikut berkaitan perubahan politik di Barat. Apakah punca berlakunya revolusi tersebut?
menghalang penguasaan ekonomi
Memperjuangkan kedaulatan negara
Menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak
mempertahankan negara daripada dijajah kuasa asing
Revolusi Amerika (1776) merupakan reaksi orang Amerika menentanf penjajahan British. Mengapakah orang Amerika bertindak sedemikian?
British tidak melindungi hak penduduk Amerika
British mengisytiharkan perang terhadap Amerika
British menghalang pengamalan memiliki golongan hamba
British menguasai perdagangan dan perusahaan Amerika
Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalis India pada awal abad ke-20. Apakah sumbangan tokoh-tokoh tersebut?
menentang pendidikan Barat
Membangkitkan isu sosioagama
Menggerakkan perjuangan militan
Mempertahankan pemerintahan beraja
Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?
Tan Jiak Kim
Ho Chi Minh
Dr. Sun Yat Sen
Tan Cheng Lock
Maklumat berikut berkaitan asas pembinaan nasionalisme Jepun. Apakah maksud semangat tersebut?
Taat setia
Bertolak ansur
Tolong-menolong
Sanggup berkorban
Maklumat berikut berkaitan isu nasionalisme di Burma (Myanmar) pada tahun 1906. Mengapakah isu tersebut telah membangkitkan semangat nasionalisme orang Burma?
Merupakan satu penghinaan terhadap agama dan budaya orang Burma
Menunjukkan kemiskinan dan kemunduran negara Burma
Membuktikan penguasaan British terhadap Burma
Melambangkan kekuasaan dan kekuatan British
Tindakan berikut telah diambil oleh Thailand semasa Perang Dunia Kedua. Apakah implikasi terhadap negara tersebut?
Pengurangan kuasa raja
Pengekalan kemerdekaan
Pengukuhan kuasa politik Barat
Penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat
Senarai berikut berkaitan tokoh-tokoh pejuang nasionalisme tempatan. Apakah nilai yang boleh kita pelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh tersebut?
Semangat cinta akan negara
kesabaran menempuh dugaan
Kebijaksanaan menyusun strategi
Sentiasa berwaspada terhadap kuasa asing
Bagaimanakah kemunculan golongan intelektual mempengaruhi nasionalisme di negara kita?
memimpin rakyat menentang penjajahan Barat
Menggunakan ideologi komunis sebagai alat menentang penjanjah
Menyatupadukan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah
Menggerakkan idea pembaharuan dan menyedarkan masyarakat tentang nasionalisme
Maklumat berikut berkaitan persatuan di Tanah Melayu. Apakah bukti keberkesanan perjuangan kesatuan tersebut?
Mendorong penubuhan persatuan negeri
Menganjurkan Kongres Melayu di Kuala Lumpur
Menentang Jepun dengan pembentukan tentera semut
Menyuarakan hak untuk mendapatkan pendidikan bagi orang Melayu
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) ialah pejuang nasionalisme di negara kita. Apakah sumbangan beliau?
Menggerakkan perjuangan bercorak radikal
Membangkitkan semangat kebangsaan melalui penulisan
Merupakan golongan pejuang pendidikan agama
Memperjuangkan kemerdekaan melalui kerjasama dengan British
E.E.C Thuraisingham ialah Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association. Apakah sumbangan beliau?
Memberi bantuan modal kepada penduduk kampung untuk mengusahakan tanaman getah
Membantu meningkatkan perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi
Membantu meningkatkan harga getah di pasaran antarabangsa
Membantu memasarkan getah ke peringkat antarabangsa
apakah konsep nasionalisme? pilih dua yang berkenaan.
perpaduan rakyat
perjuangan untuk menegakkan keadilan
perjuangan menentang penjajah
perasaan cinta kepada negara bangsa
Faktor berikuta yang tidak berkenaan dengan faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme adalah?
pengaruh kerabat diraja
sistem pendidikan
peranan agama
golongan intelektual
"PERJUANGAN UNTUK MEMAJUKAN PENDIDIKAN KAUM WANITA"
tokoh tersebut adalah?
apakah tindakan yang dilakukannya?
memodenkan kehidupan
mengusir kuasa penjajah
memelihara kesucian agama
mengisytiharkan kemerdekaan
yang manakah tokoh berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sultan Mahmud Shah
Ibrahim Haji Yaakob
Mat Salleh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dato’ Maharajalela
apakah kesan usaha British berikut terhadap masyarakat Melayu?
"Dasar Desentralisasi"
menuntut kemerdekaan
maju dalam sosioekonomi
peka tentang masa depan
aktif dalam perkhidmatan awam
apakah faktor utama yang menyebabkan orang THAI tidak berpuas hati dengan Kapitalis Barat dan orang cina?
penguasaan ekonomi
kemelesetan ekonomi
Dasar penjajahan Barat
kemunduran masyarakat
senarai berikut berkaitan dengan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
"sarekat Islam, Partai Komunis Indonesia, Partai Nasional Indonesia"
Apakah persamaan dalam perjuangan mereka?
Bersifat radikal
Akhbar sebagai wadah
Memajukan sosioekonomi
Berfokus kepada agama Islam
Apakah matlamat yang hendak dicapai dalam gerakan nasionalisme Thailand pada awal abad ke-20?
kemerdekaan negara
pengunduran kuasa penjajah
mempertahankan kedudukan raja
Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
Apakah sumbangan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam perkembangan nasionalisme tanah air ?
membina sekolah Melayu
memajukan pendidikan masyarakat Melayu
menambahkan bilangan orang Melayu dalam jabatan kerajaan
menyediakan dana untuk anak Melayu melanjutkan pelajaran
Revolusi Keagungan (1688)
Revolusi Amerika (1776)
Revolusi Perancis (1789)
Apakah persamaan dalam perjuangan ketiga-tiga revolusi di atas?
Memperjuangkan kedaulatan negara
Memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat
Menentang hak dan kuasa mutlak raja
Menentang penindasan oleh penjajah
Mahatma Gandhi menjadikan konsep satyagraha sebagai asas perjuangan nasionalisme di India. Antara berikut yang manakah perjuangan berlandaskan Satyagraha?
Perjuangan bersenjata
Perjuangan berasakan sabotaj dan mogok
Perjuangan tanpa keganasan
Perjuangan berdasarkan pemulauan barangan British
Kegagalan nasionalisme peringkat awal di Filipina telah melahirkan Katipunan yang bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Filipina secara revolusi. Siapakah pengasas katipunan?
Jose Rizal
Andres Bonifacio
Emilio Aguinaldo
Sergio Osmena
Revolusi Pelajar
Kebangkitan nasionalisme di Burma turut di pengaruhi oleh revolusi pelajar. Apakah faktor tercetusnya revolusi ini?
Membebaskan tanah air
Mempertahankan agama buddha
Menentang pengaruh barat
Menuntut penubuhan sebuah universiti
Nama asal Thailand adalah Siam. Pada tahun 1939, siam ditukarkan kepada Thailand yang bermaksud
Tanah tumpah darah
Tanah padi
Tanah Bebas
Tanah air
Isu kasut dikaitkan dengan perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha. Perbuatan ini dianggap mencemari kesucian agama buddha.
Isu tersebut terjadi sewaktu perjuangan nasionalisme di negara mana?
Filipina
Indonesia
Burma
Sepanyol
Akhbar Jawi peranakan menegur campur tangan British dalam urusan
urusan ekonomi dan politik
urusan pentadbiran dan keewangan
urusan agama islam dan bahasa melayu
urusan pelayaran
Raffles Institution di Singapura
Maktab Melayu Kuala Kangsar
Maktab perguruan Sultan Idris
Kesemua institusi berikut melahirkan golongan yang memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan :
Tempat tinggal
Pendidikan
Wang
Kemerdekaan
Raden Adjeng Kartini merupakan salah seorang tokoh nasionalisme di :
Jepun
Thailand
Indonesia
Vietnam
Perjuangan parti Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) di Vietnam adalah berteraskan kepada :
Radikal,sosialisme,imperialisme
Demokrasi,nasionalisme,sosialisme
Bebas, radikal, sosialisme
• Diterbitkan pada 23 julai 1906
• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Maklumat tersebut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Apakah nama akhbar tersebut?
Saudara
Al – iman
• Mari kita berjuang
• Angan-angan dengan gurindam
• Sedarlah
Pernyataan di atas berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.
Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut?
Memupuk semangat kebangsaan
Menyeru penubuhan persatuan
"Rumah Besar Tiang Sebatang"
"Cerita Awang Putat"
Antara berikut, yang manakah tema cerpen di atas?
Menyekat pengaruh Komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib bangsa
Karya Pak Sako menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan.
Antara berikut yang manakah karya Pak Sako?
Cerita Awang Putat
Anak Mat Lela Gila
Putera Gunung Tahan
