wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 3 - BAB 9 : SENI ANYAMAN

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kraf Anyaman?

a)

satu proses menjalin secara silang-menyilang helaian demi helaian daun mengkuang, pandan, rotan, buluh.

b)

satu proses bersuji dengan menggunakan benang putih bagi menetapkan kedudukan benang emas secara berulang-ulang .

c)

seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang

d)

seni dalam menghias dan menyusun bahagian ruang luar kediaman

2.

Mengapakah masyarakat pada zaman dahulu banyak menggunakan unsur alami dalam menghasilkan kraf anyaman?

a)

Bahan tersebut tahan lama dan kukuh

b)

Bahan tersebut boleh dibeli dan murah

c)

Bahan tersebut tidak mudah diperoleh

d)

Bahan tersebut mudah ditemui di persekitaran

3.

Pilihan berikut adalah jenis-jenis seni anyaman KECUALI _______________.

a)

Anyaman Kelarai

b)

Anyaman Gubah

c)

Anyaman Gadas

d)

Anyaman Sulam

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

a)

Corak bunga pada seni ukiran

b)

Corak bunga pada seni batik

c)

Corak atau motif fauna pada seni tekat

d)

Corak yang terbentuk daripada seni anyaman

5.

# Tidak mempunyai kelarai

# Menggunakan teknik angkat satu dan turun satu

# Biasanya digunakan sebagai tikar pelapik lantai


Berdasarkan maklumat di atas, pilihkan jenis anyaman yang sepadan dengan ciri-ciri yang dinyatakan.

a)

Anyaman Gadas

b)

Anyaman Kelarai

c)

Anyaman Sulam

d)

Anyaman Tekat

6.

Anyaman yang mempunyai motif berbentuk dam dikenali sebagai ___________________ .

a)

Sulam

b)

Tikar

c)

Gadas

d)

Kelarai

7.

Motif seni anyaman kelarai terbahagi kepada 3 iaitu _______________________________ .

a)

Flora, fauna, haiwan

b)

Haiwan, pokok, nama manusia

c)

Flora, fauna, nama manusia

d)

Negeri, flora, fauna

8.

Yang manakah merupakan motif flora bagi seni anyaman kelarai ________________ .

a)

Kelarai Mak Mek

b)

Kelarai Bunga Api

c)

Kelarai Tapak Harimau

d)

Kelarai Mengkuang

9.

Motif anyaman kelarai pada gambar foto dikenali dengan nama ______________________ .

a)

Kelarai Bunga Cengkih

b)

Kelarai Tapak Harimau

c)

Kelarai Mak Mek

d)

Kelarai Buntut Siput

10.

Manakah alatan yang digunakan dalam seni anyaman?

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Apakah fungsi alat tersebut dalam kraf anyaman?

a)

Melembutkan helaian daun

b)

Membelah daun menjadi helaian

c)

Menyisip hujung daun yang lebih

d)

Menguatkan helaian daun ketika menganyam

12.

Apakah alat yang digunakan untuk melembutkan daun?

a)

Penyisip

b)

Pelurut

c)

Jangka

d)

Pisau

13.

Alat pemukul semasa proses menitik daun.

a)

Parang

b)

Belantan

c)

Jangka

d)

Pisau

14.

Berikut adalah jenis tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan kraf tangan KECUALI _____________ .

a)

Ribu-ribu

b)

Kercut

c)

Daun Bunga Kertas

d)

Pandan

15.

Pilih produk-produk yang sesuai dihasilkan dengan anyaman.


I Tikar Parudan

II Tudung Saji

III Lekar

IV Kasut Sukan

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Apakah sumber banhan bagi anyaman dalam gambar tersebut?

a)

Mengkuang

b)

Buluh

c)

Reben

d)

Straw

17.

Bidai diperbuat daripada apa?

a)

Pandan

b)

Lidi

c)

Daun mengkuang

d)

Bilah rotan

18.

Gambar di atas adalah sejenis hasil kraf anyaman yang diperbuat daripada ________________ .

a)

Mengkuang

b)

Buluh

c)

Rotan

d)

Lidi

19.

Terdapat banyak fungsi seni anyaman, contohnya nyiru. Apakah fungsi nyiru?

a)

Menampi padi

b)

Menutup sajian

c)

Tirai

d)

Bakul alas

20.

Antara berikut, yang manakah hasil kraf anyaman dimensi baru?

a)
b)
c)
d)
21.

Tikar parudan adalah antara jenis tikar anyaman. Apakah fungsi tikar ini?

a)

Alas semasa memarut kelapa

b)

Alas untuk menjemur padi

c)

Alas untuk sembahyang

d)

Alas tempat tidur

22.

Susun proses penyediaan awal daun mengkuang untuk dijadikan bilah anyaman.


I Membuang duri

II Memotong bilah daun

III Menjangka

IV Melayur bilah daun

a)

I, II, III dan IV

b)

II, I, III dan IV

c)

I, II, IV dan III

d)

II, I, IV dan III

23.

Pernyataan yang manakah benar tentang pengambilan daun mengkuang atau pandan?

a)

Daun dipotong dengan memotong pokok

b)

Daun sesuai diambil pada musim tengkujuh

c)

Daun boleh diambil apabila berusia satu tahun

d)

Daun sesuai diambil pada waktu pagi dan petang

24.

Apakah proses yang ditunjukkan dalam gambar tersebut?

a)

Menyisip daun mengkuang

b)

Membuang duri mengkuang

c)

Membelah daun mengkuang

d)

Melembutkan daun mengkuang

25.

Apakah proses yang dilakukan dalam penyediaan daun mengkuang pada gambar yang ditunjukkan?

a)

Menjangka

b)

Menjemur

c)

Melayur

d)

Melurut

26.

Kenapa daun mengkuang diikat dan direndam beberapa hari di dalam tempayan yang berisi air?

a)

Untuk melunturkan warna hijau asli daun

b)

Untuk melembutkan daun mengkuang

c)

Untuk mendapatkan helaian kecil

d)

Untuk mengelakkan daun mengkuang daripada layu

27.

Mengapakah daun pandan atau daun mengkuang perlu dilayur sebelum proses menganyam?


I Daun akan lembut

II Daun semakin lurus

III Daun tidak bergulung

IV Daun mudah untuk dijangka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Susunkan proses menganyam tikar mengikut urutan yang betul

I - Pepeh

II - Kerat

III - Lagang

IV - Anyam

V - Sisip

a)

II, I, III, IV, V

b)

III, IV, I, V, II

c)

I, II, V, III, IV

d)

V, II, I, III, IV

29.

Proses ____________ yang bermula dari bahagian tengah tikar ini akan menentukan panjang sebidang tikar

a)

Anyaman

b)

Lagang

c)

Kerat

d)

Sisip

30.

Apakah kepentingan proses menyisip dalam anyaman?

a)

Mengakhiri kerja menganyam

b)

Menjadikan anyaman lebih kemas

c)

Meregangkan bahagian anyaman

d)

Menghindarkan anyaman daripada terburai

31.

Apakah tujuan baki hujung daun dalam proses anyaman dikerat?

a)

Ketegangan anyaman sama rata

b)

Hujung daun tepi anyaman tidak terburai

c)

Hasil anyaman kelihatan kemas dan menarik

d)

Bahagian sambungan hujung daun tidak kelihatan

32.

Berikut merupakan prinsip asas seni anyaman, kecuali _______________________ .

a)

Mementingkan ketegangan semasa menganyam

b)

Pemilihan warna yang tepat untuk kecantikan seni anyaman

c)

Menjalin secara silang-menyilang helaian demi helaian daun mengkuang dan lain-lain

d)

Pemilihan bahan asas seni anyaman yang betul untuk kekemasan seni anyaman

33.

Manakah antara bahan yang berikut digunakan untuk anyaman kontemporari?

a)

Rotan

b)

Buluh

c)

Ribu-ribu

d)

Surat khabar

34.

Berikut merupakan ciri-ciri rupa bentuk tikar, kecuali _______________________ .

a)

Bucu tikar

b)

Tepi tikar

c)

Kepala tikar

d)

Sudut tikar

35.

Sebagai anak muda negara ini apakah peranan anda dalam menjaga seni halus negara kita.

a)

Saya tidak akan buat apa-apa

b)

Ia bukan tanggungjawab saya untuk menjaga warisan kita.

c)

Saya akan menyertai kursus menganyam dan belajar menganyam serta mengajar kepada kawan-kawan saya.

d)

Saya akan membeli barang anyaman buatan Malaysia.