wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Bab 3 4 5 6 7 Sains Tingkatan 2

Total questions: 48

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan habitat?
a)
Rumah yang dibina untuk haiwan.
b)
Tempat pertumbuhan untuk tumbuh-tumbuhan.
c)
Persekitaran semulajadi di mana organisma hidup dan membiak.
d)
Tempat semulajadi yang dikhaskan untuk organisma,
2.
Haiwan yang SALAH dipadankan dengan habitatnya?
a)
Hutan - Harimau
b)
Kolam - Ikan lumba-lumba
c)
Gurun - Unta
d)
Tundra - Beruang kutub
3.
Haiwan ini merupakan sejenis alga  Namakan mikroorganisma ini.
a)
Klamidomonas.
b)
Protozoa
c)
Sprirogira
d)
Ameba
4.
Tumbuhan yang manakah SALAH dipadankan?
a)
Pesisir pantai - Kaktus
b)
Hutan - Jelutong
c)
Paya - Bakau
d)
Kebun - Kobis
5.
Haiwan berkaki empat mempunyai badan bersisik.
Haiwan tersebut berkemungkinan merupakan seekor
a)
ikan
b)
reptilia
c)
mamalia
d)
amfibia
6.
Antara senarai di bawah, yang manakah mengandungi invertebrata kesemuanya?
a)
Kala jengking, lipan, belalang, kodok
b)
Lipas, siput babi, cacing tanah, labah-labah
c)
Ulat gonggok, lalat rumah, cicak, kumbang
d)
penyu, katak, merpati, arnab
7.
Pernyataan manakah tentang mamalia adalah SALAH?
a)
Mamalia mempunyai bulu atau rambut.
b)
Mamalia berdarah sejuk.
c)
Mamalia mempunyai kelenjar peluh
d)
Mamalia melahirkan anak
8.
Contoh tumbuhan yang mempunyai biji benih dalam kon adalah
a)
pain
b)
bunga raya
c)
nanas
d)
bunga matahari
9.
Antara yang berikut, manakah TIDAK benar tentang organisma yang ditunjukkan?
a)
Organisma itu menghasilkan spora.
b)
Organisma itu tergolong dalam kumpulan tumbuhan alga.
c)
Organisma itu menjalankan fotosintesis.
d)
Organisma itu merupakan tumbihan tidak berbunga
10.
Antara yang berikut, manakah merupakan tumbuhan berbunga?
a)
Orkid merpati
b)
Konifer
c)
Paku pakis sarang burung
d)
Lumut
11.

Tandakan 3 ciri fizikal air.

a)

Tiada bau, warna dan rasa

b)

Konduktor haba yang baik

c)

Takat didih 100C dan takat beku 0C

d)

Ketumpatan air ialah 10 g/cm3

e)

Tindakan kapilari

12.

Tandakan 2 unsur dalam komposisi air.

a)

Karbon dioksida

b)

Oksigen

c)

Nitrogen

d)

Hidrogen

13.

Proses menguraikan air kepada unsur-unsurnya dikenali sebagai

a)

hidrolisis

b)

elektrolisis

c)

saponifikasi

d)

Haber

14.

Kehadiran garam di dalam air suling akan menyebabkan

a)

takat didih air suling meningkat

b)

takat didih air suling menurun

c)

takan didih air suling tidak berubah

15.

Tandakan 4 faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.

a)

Kepekatan air

b)

Pergerakan udara

c)

Kelembapan udara

d)

Suhu persekitaran

e)

Luas permukaan

16.

Bahan yang larut dalam pelarut dipanggil

a)

Larutan

b)

Ampaian

c)

Koloid

d)

Zat terlarut

17.

Larutan yang mengandungi zat terlarut yang berlebihan sehingga tidak boleh lagi terlarut ialah

a)

Larutan cair

b)

Larutan pekat

c)

Larutan tepu

18.

Contoh koloid ialah

a)

Larutan garam

b)

Air gula

c)

Air kopi

d)

Mayonis

19.

Tandakan semua 4 kaedah pembersihan air.

a)

Pendidihan

b)

Pengklorinan

c)

Penyulingan

d)

Penurasan

e)

Penyejatan

20.

Menambahkan alum untuk menggumpalkan zarah dan menambah kapur mati untuk merendahkan keasidan air berlaku di dalam proses

a)

Penapisan

b)

Pengklorinan

c)

Penggumpalan

d)

Pengenapan

21.
a)

a. Protein, b. Karbohidrat, c. Lemak, d. Vitamin

b)

a. Karbohidrat, b. Protein, c. Lemak, d. Vitamin

c)

a. Lemak, b. Protein, c. Karbohidrat, d. Vitamin

d)

a. Vitamin, b. Lemak, c. Karbohidrat, d. Protein

22.

Namakan penyakit yang boleh didapati oleh seseorang jika kekurangan vitamin C.

a)

Skurvi

b)

Riket

c)

Osteoporosis

d)

rabun malam

23.

Nyatakan penyakit yang boleh didapati oleh seseorang sekiranya tidak mengambil pelawas yang cukup.

a)

Kwashiorkor

b)

sembelit

c)

obesiti

d)

darah tinggi

24.

Apakah maksud gizi seimbang?

a)

Makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul

b)

Makanan yang mengandungi semua kelas makanan

c)

Makanan yang sihat

25.

Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi gizi seimbang seseorang?

a)

Berat badan

b)

Umur

c)

Jantina

d)

Emosi

26.

Apakah maksud pencernaan?

a)

Proses mengeluarkan tinja daripada badan

b)

Proses mengangkut darah ke seluruh badan

c)

Proses penguraian makanan yang kompleks kepada molekul bersaiz kecil yang boleh diserap oleh badan

d)

Proses mengambil oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida daripada badan

27.

Lengkapkan carta alir berikut.

a)

c. perut, d. duodenum, f. usus besar

b)

c. duodenum, d. perut, f. usus besar

c)

c. duodenum, d. usus besar, f. perut

d)

c. usus besar, d. perut, f. duodenum

28.

Namakan enzim yang mencernakan maltosa menjadi glukosa.

a)

maltase

b)

amilase

c)

lipase

d)

protease

29.

Apakah hasil akhir pencernaan lemak?

a)

asid amino

b)

glukosa

c)

asid lemak dan gliserol

30.

Di manakah tempat terakhir proses pencernaan makanan berlaku?

a)

dubur

b)

usus besar

c)

usus kecil

d)

rektum

31.

Makanan yang tidak boleh dicernakan seterusnya akan memasuki usus besar. Apakah proses yang berlaku di dalam usus besar?

a)

penyerapan nutrien

b)

penyerapan semula air

c)

pencernaan makanan

32.

Nyatakan fungsi kawasan yang berlabel X.

a)

menyimpan sementara tinja sebelum dikeluarkan daripada badan

b)

mencernakan makanan

c)

menyimpan sementara air kencing

d)

memproses air kencing

33.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri penyesuaian usus kecil?

a)

luas permukaan besar, dinding vilus nipis, terdapat banyak kapilari darah di dalam vilus

b)

luas permukaan kecil, dinding vilus nipis, terdapat banyak kapilari darah di dalam vilus

c)

luas permukaan besar, dinding vilus tebal, terdapat banyak kapilari darah di dalam vilus

d)

luas permukaan kecil, dinding vilus nipis, terdapat sedikit kapilari darah di dalam vilus

34.

Perihalkan maksud penyakit berjangkit.

(a)  

35.

Terangkan dengan menggunakan contoh kaitan antara patogen dengan vektor. [2m]

4 lines
36.

Bagaimanakah manusia menangani masalah pencerobohan mikroorganisma ke dalam badan? [2m]

4 lines
37.

Berikut menunjukkan patogen fan gejala penyakit X:

  • Disebabkan oleh Plasmodium malariae
  • Gejala seperti menggigil, demam dan berpeluh


Apakah penyakit X?

a)

Malaria

b)

Kepialu

c)

Kolera

d)

Zika

38.

Berikut menunjukkan dua penyakit:

  • Sifilis
  • Gonorea


Apakah persamaan kedua-dua penyakit tersebut?

a)

Berjangkit melalui air

b)

Berjangkit melalui vektor

c)

Berjangkit melalui udara

d)

Berjangkit melalui hubungan seks

39.

Amin dijangkiti kurap. Doktor menasihati Amin tidak berkongsi tuala dengan orang lain.

Mengapakah doktor menasihati sedemikian?

a)

Agar Amin cepat sembuh

b)

Untuk mengawal populasi vektor

c)

Mengelakkan penyakit Amin daripada menjadi bertambah serius

d)

Untuk mengelakkan orang lain daripada dijangkiti penyakit tersebut

40.

Antara berikut, apakah fungsi antigen dalam vaksin?


I Memanjangkan usia individu

II Merangsang sistem imun tubuh

III Mencegah semua jenis penyakit

IV Membentuk keimunan terhadap jangkitan penyakit tertentu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

41.

Antara berikut, amalan manakah yang menguatkan sistem keimunan?


I Bersenam dan beriadah

II Terdedah kepada asap rokok

III Mendapat rehat yang mencukupi

IV Mengambil gula secara berlebihan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

42.

Antibodi

a)

Keupayaan badan melawan penyakit

b)

Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih untuk melawan antigen

c)

Molekul yang merangsang gerak balas keimunan

d)

Proses untuk mendapatkan keimunan

43.

Penyakit P disebabkan oleh bakteria vibrio dan lalat.

(a) Namakan penyakit P. [1m]

(b) Nyatakan hubungan antara bakteria vibrio dan lalat. [2m]

(c) Terangkan satu cara bagaimana penyakit P tersebar. [1m]

4 lines
44.

Serum dan antiserum merupakan contoh bagi keimunan aktif buatan

a)

BENAR

b)

PALSU

45.

(a) Adakah penyakit diabetes atau kencing manis termasuk dalam kategori penyakit berjangkit? Beri satu alasan bagi jawapan anda. [2m]


(b) Berikan satu faktor yang menyebabkan penyakit ini. [1m]


(c) Berikan satu cadangan untuk mencegah penyakit ini. [1m]

4 lines
46.

Antara unsur yang berikut, yang manakah terkandung dalam karbohidrat?

a)

Karbon, Hidrogen, Oksigen (CHO)

b)

Karbon, Hidrogen, Nitrogen (CHN)

c)

Hidrogen, Oksigen, Nitrogen (HON)

d)

Oksigen, Nitrogen, Karbon (CON)

47.

Apakah penyakit yang disebarkan oleh haiwan ini?

a)

Tuberkulosis

b)

Panau

c)

Leptospirosis

d)

Influenza A

48.

Munirah mengalami cirit-birit dan kerap muntah selepas makan di gerai.Apakah penyakit yang Munirah hidapi?

a)

Kurap

b)

Kolera

c)

Panau

d)

Tuberkulosis