wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan T5

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan peniagaan?

a)

Mewujdkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenhi

keperluan

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan.

· Modal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri

· Pemilik sendiri yang menguruskan perniagaan

Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan beberapa perubahan persekitaran perniagaan.

· Perubahan populasi penduduk

· Perubahan dalam pasaran sumber manusia

Perubahan persekitaran perniagaan tersebut berlaku dalam

a)

Trend alam sekitar

b)

Trend teknologi

c)

Trend sosial

d)

Trend etika

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk membantu sesuatu perniagaan?

a)

Menyediakan keadaan ekonomi yang stabil

b)

Menyediakan tenaga buruh yang murah

c)

Menyediakan lokasi yang strategik

d)

Membekalkan modal permulaan

5.

Antara berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pengilangan dan pembuatan

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan

6.

Antara yang berikut, yang manakah perniagaan berskala antarabangsa?

I Kedai Gunting Rambut Ravi

II Sistem Penerbangan Malaysia Berhad

III Syarikat Petroleum Nasional Berhad

IV Pusat Tuisyen Tunas Bestari

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Apakah bidang Kerajaan Pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan?

a)

Kewangan

b)

Kemudahan infrastruktur

c)

Pertukaran matawang asing

d)

Penyediaan pusat perniagaan

8.

Gambar menunjukkan situasi di sebuah kilang kereta di sebuah negara maju.

Mengapakah trend penggunaan tenaga kerja semakin berkurangan?

a)

Kekurangan peluang untuk kenaikan pangkat

b)

Upah yang diterima oleh tenaga pekerja rendah

c)

Negara maju tertumpu kepada sektor perkhidmatan sahaja

d)

Penggunaan teknologi yang canggih dalam aktiviti pengeluaran

9.

Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan. Pernyataan yang manakah adalah tepat?


a)

Trend menurun-

Operasi

perniagaan tidak stabil

b)

Trend meningkat-

Operasi

perniagaan semakin merosot

c)

Trend menurun-

Operasi

perniagaan dalam keadaan malar

d)

Trend mendatar-

Operasi

perniagaan tiada perubahan ketara

10.

Antara berikut, yang manakah faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan?

I Pemasaran

II Sumber Manusia

III Sosiobudaya

IV Teknologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pernyataan objektif sebuah organisasi perniagaan.

[Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang]

Apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?

a)

Fleksibel

b)

Boleh diukur

c)

Mudah difahami

d)

Munasabah

12.

Pencapaian Visi, Misi dan Objektif boleh dinilai berdasarkan kriteria semasa menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan. Antara berikut, yang manakah merupakan kriteria penilaian yang boleh digunakan.

I Syer Pasaran

II Titik Pulang Modal

III Analisis Kekuatan Syarikat

IV Kapasiti operasi perniagaan sedia ada

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah tujuan Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan?

a)

Menjalankan proses sokongan supaya semua aktiviti dalam perniagaan berjalan dengan lancar.

b)

Memastikan organisasi mempunyai keperluan sumber manusia yang mencukupi

c)

Memastikan operasi organisasi lebih efektif dan efisien

d)

Menghasilkan produk yang berkualiti dan kos efektif

14.

Gambar menunjukkan peranan satu bahagian fungsian.

Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Bahagian fungsian pembelian

b)

Bahagian fungsian pemasaran

c)

Bahagian fungsian pentadbiran

d)

Bahagian fungsian pengeluaran

15.

1. Apakah aktiviti yang sesuai berdasarkan gambar di atas

a)

aktiviti memberi sumbangan kepada pengguna

b)

aktiviti jualan barangan antik

c)

aktiviti pengagihan barang kepada pengguna

d)

aktiviti jual beli barang bermatlamatkan keuntungan

16.

1. Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam teks?

Memberikan petunjuk atau KPI sejauh mana pekerja mampu bekerjasama untuk melaksanakan kerja yang berkesan

a)

prestasi pasukan

b)

keperluan pekerja

c)

pemberian insentif yang munasabah

d)

membangunkan pasukan untuk capai sasaran

17.

1. Gambar berikut merupakan satu bentuk perniagaan di Malaysia.Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

francais

b)

usaha sama

c)

perkongsian

d)

milikan tunggal

18.

Gambar berikut adalah merupakan satu sektor yang penting dalam membekalkan sumber kepada ekonomi Negara.Apakah sektor tersebut…

a)

sektor mikro

b)

sektor utama

c)

sektor kedua

d)

sektor ketiga

19.

Apakah kesan yang akan dialami oleh Dato Hariz apabila membeli perisian dalam gambar di pasar malam?

i dapat mengurangkan kos operasi syarikat

ii tugas pentadbiran berjalan lancar

iii terlibat dalam jenayah perdagangan

iv Microsoft akan mengambil tindakan saman

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

20.

1. Apakah insentif yang disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi?

a)

overdraf

b)

pemfaktoran

c)

geran penyelidikan

d)

geran tanah