NEW
Font size
Worksheetstatabahasa
Total questions: 55
Worksheet time: 28mins
Pasukan lawan gagal merampas bola kerana pasukan kami sangat _____ mengawal bola.
Gagah
Deras
Cepat
Lincah
Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.
Biji
Helai
Jambak
Batang
Saya dan Azizah tidak menyangka bahawa poster yang sama-sama ______ lukis itu memenangi tempat pertama.
Saya
Kamu
Kami
Mereka
Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.
Sebaris
Sepatah
Serangkap
Sebuah
Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah universiti di England.
Sekeping
Sepucuk
Sekeping
Senaskah
Abang kelihatan sangat _____ apabila memakai uniform tentera yang lengkap.
Tegak
Segak
Cekap
Kemas
Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung
lantaran
malahan
manakala
walaupun
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Jam itu tergantung ___________ dinding.
dari
pada
kepada
di
Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.
kunang-kunang
labah-labah
pijat-pijat
labi-labi
Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.
kecut
kemik
kendur
kempis
Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.
berukir
terukir
diukirkan
mengukirkan
Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.
mengelek
menatang
menjinjing
mengusung
Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.
Baginda
Beta
Beliau
Patik
Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.
serta
tetapi
kecuali
manakala
Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.
berlegar-legar
berputar-putar
menyorok-nyorok
merayau-rayau
Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.
tandan
buah
bekas
batang
Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?
bertitah
bersantap
berangkat
bersemayam
Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.
kecil
sendat
labuh
panjang
Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu
berat tangan
lipas kudung
cakar ayam
simpang siur
Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.
anak emas
darah daging
buah hati
tali barut
Zhi Ying ____ dakwat, berus dan kertas khas untuk menghasilkan kaligrafi Cina.
guna
kegunaan
menggunakan
penggunaan
Cikgu Dalilah ____ bahawa tulisan Tamil ditulis dan dibaca dari kiri dan kanan.
terang
keterangan
menerangkan
penerangan
"_____ yang boleh menulis dalam tulisan Jawi?" tanya Cikgu Hanim.
Apakah
Siapakah
Di manakah
Bagaimanakah
_____ hasil kaligrafi Cina itu akan dipamerkan?
Siapakah
Bilakah
Berapakah
Apakah
"_______ harga bagi satu set kaligrafi Cina ini?" tanya Encik Lim.
Di manakah
Siapakah
Berapakah
Bagaimanakah
Pameran songket itu diadakan di dewan yang ______ dengan rumah Alina.
hampir
berhampiran
hampiran
menghampiri
Ibu mencuci tepak sirih yang sudah lama _______ di dalam almari.
simpan
menyimpan
tersimpan
simpanan
Fiza berlari menuju ke dewan kerana dia sudah ____ untuk menyertai pertandingan.
lewat
melewati
terlewat
Kebaya songket itu sangat cantik apabila digayakan oleh _____ yang tinggi lampai.
karyawan
peragawati
pramugari
olahragawati
Nina, apakah perasaan kamu apabila dinobatkan sebagai pemenang Ratu Kebaya?
Saya memang sesuai dinobatkan sebagai Ratu Kebaya.
Saya berasa sungguh besar hati dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini.
Saya berasa sungguh gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini.
Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup akibat hujan lebat semalam.
biji
baris
batang
Encik Shahzrick memetik beberapa _______ jagung untuk direbus.
butir
tongkol
biji
Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Bagai telur di hujung tanduk
Bagai tikus membaiki labu
Amer _____________ apabila cintanya ditolak oleh Anis.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai bertepuk sebelah tangan
Kita akan mudah diserang penyakit berjangkit _______ tidak menjaga kesihatan ________ kebersihan dengan baik.
apabila ... atau
jika ... dan
Peserta lumba lari yang bernama Erina itu tetap meneruskan larian __________ kakinya sakit.
sungguhpun
ketika
Puan Atirah sedang __________ dulang berisi medal.
menjulang
menatang
mengelek
Encik Rosman __________ fail ketika menunggu ketibaan bas.
mengelek
membimbit
menggalas
Encik Salim __________ begnya ke pejabat.
membimbit
menggalas
mengusung
Balqish _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi.
membonceng
memandu
menunggang
Pak Harun __________ padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya.
memikul
menggalas
menjunjung
Pintu pagar rumah Encik Teoh telah dikunci dengan ________.
mangga
kunci
tenggala
kayu
Pak Mat menangkap ikan dengan serawan ________.
kertas
kanvas
jala
kain
____________ itu membanting padi yang telah masak di tengah sawah.
Kerani
Nelayan
Peniaga
Petani
"Cikgu, ________ ingin mendapatkan borang penyertaan pertandingan melukis," kata Rais dan Ann kepada Cikgu Lee.
kami
saya
kita
beta
"Segala perintah tuanku akan _________ junjung," kata Bendahara Tun Perak.
saya
hamba
patik
kami
Ibu melarang adik __________ televisyen hingga larut malam.
menjenguk
menuntun
menonton
menuntut
Mak Timah _________ sate untuk menjamu tetamunya.
menggoreng
memanaskan
membakar
mengasap
Telefon bimbit yang _________ itu mempunyai pelbagai fungsi.
kukuh
gigih
kolot
canggih
Semua murid Tahun Enam Bestari mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR ___________ Wei Seng.
sekiranya
kecuali
atau
walaupun
________ menunggu ketibaan jurulatih, para pemain bersembang di bawah sebatang pokok yang rendang.
Manakala
Kalau
Jika
Sementara
Rumah Ali _________ dengan Sungai Perak.
mendekati
berdekatan
mendekatkan
pendekatan
Suasana di pasar malam ini _____________.
riuh-rendah
kacau-bilau
lintang-pukang
gelap-gelita
