WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Kumaran ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
hidup-hidup
bulat-bulat
betul-betul
terang-benderang
Hassan suka makan sup ____________ ikan.
bebola
jejari
dedaun
kekabu
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
berkelip-kelip
berpinar-pinar
berderet-deret
berliku-liku
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Alif membalut hadiah itu __________.
kemas-kemas
ketat-ketat
kuat-kuat
erat-erat
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
lemah-longlai
lemah-gemalai
hiruk-pikuk
cirit-birit
Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
tercungap-cungap
terbahak-bahak
teresak-esak
tersipu-sipu
Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
ulang-alik
bolak-balik
mundar-mandir
lalu-lalang
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
kekuda
sesiku
kekisi
lelabu
Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
bersaing-saing
berbaris-baris
berluncur-luncur
berderet-deret
Banyak __________ rendang yang ditanam di kawasan rekreasi itu.
dedahan
pepohon
dedaun
reranting
Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.
jentik-jentik
pijat-pijat
anai-anai
kura-kura
Keluarga Encik Malik seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
ulang-alik
lalu-lalang
mundar-mandir
mandi-manda
Muka Suhaili menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
kebiru-biruan
kemalu-maluan
keanak-anakan
kemerah-merahan
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
lambat-laun
sorok-sorok
senyap-senyap
sayup-sayup
Rambut budak lelaki itu kelihatan ________ kerana tidak disisir.
kusut-masai
serba-serbih
comot-momot
compang-camping
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
bertukar-tukar
berhujah-hujah
berbalas-balas
berganti-ganti
Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
riuh-rendah
lintang-pukang
kumat-kamit
lalu-lalang
Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
huru-hara
remeh-temeh
kelam-kabut
kacau-bilau
Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.
mentah-mentah
senang-senang
semua-semua
betul-betul
Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
terkial-kial
tersekat-sekat
terhuyung-hayang
terhincut-hincut
Saya suka __________ di pasar raya Mydin.
berulang-alik
meliang-liuk
bersiar-siar
membeli-belah
Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
berkibar-kibar
meliang-liuk
bersiar-siar
membeli-belah
Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.
bergumpal-gumpal
bersimpul-simpul
berkepul-kepul
berketul-ketul
Ahmad memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.
erat-erat
dekat-dekat
betul-betul
diam-diam
Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.
hangar-bingar
kucar-kacir
dolak-dalik
remeh-temeh
Pakaian di dalam mesin basuh itu ________ ketika dicuci.
berketul-ketul
berbonggol-bonggol
bergumpal-gumpal
bersimpul-simpul
Menjelang pilihan raya yang ke-14, orang ramai __________ keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding.
berhimpit-himpit
berpusu-pusu
berebut-rebut
berbaris-baris
Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.
rumput-rampai
gunung-ganang
semak-samun
bukit-bukau
Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
terketar-ketar
tergigil-gigil
termangu-mangu
terkial-kial
Wajah Nurul Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang ke-14.
berseri-seri
berkilau-kilau
berpinar-pinar
bersinar-sinar
Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.
berbuai-buai
berkibar-kibar
bergoyang-goyang
bergerak-gerak
Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.
calar-balar
bengkak-bengkil
comot-momot
bengkang-bengkok
Adira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.
dekat-dekat
kadang-kadang
nyaris-nyaris
hampir-hampir
Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.
simpang-siur
selok-belok
lekak-lekuk
hiruk-pikuk
Persahabatan kami tetap erat walaupun kami tinggal berjauhan kerana kami sering ________.
pandang-memandang
jelling-menjeling
tegur-menegur
kunjung-mengunjung
Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.
huru-hara
hiruk-pikuk
kacau-bilau
kucar-kacir
Tangisan pilu mangsa kekejaman Zionis itu masih _________ di telingaku.
terngiang-ngiang
teringat-ingat
berbisik-bisik
berdering-dering
Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang ________.
pinar-pinar
balam-balam
samar-samar
suram-suram
Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
ulang-alik
lintang-pukang
mundar-mandir
kelam-kabut
Kemunculan seekor tikus dari celah pintu itu telah menyebabkan suasana __________ di kelas 6 Tulip.
hangar-bingar
gundah-gulana
jerit-pekik
tunggang-langgang
_________ muka adik menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya.
Bermuka-muka
Berpinar-pinar
Berkedut-kedut
Berkerut-kerut
Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan.
hiruk-pikuk
kucar-kacir
kacau-bilau
haru-biru
Puan Kumari menggunakan ___________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
beras-petas
kuih-muih
rempah-ratus
sayur-mayur
