wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TREND PERNIAGAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?

a)

Pekerja kurang bermotivasi.

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab.

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan.

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat.

2.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga kurang produktif.

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran.

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat.

d)

Jualan dan keuntungan syarikat adalah malar.

3.

Kerajaan telah memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan ( SST ) pada 1 September 2018. Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Teknologi

b)

Ekonomi

c)

Politik dan perundangan

d)

Sosiobudaya

4.

Mengapakan trend penggunaan tenaga pekerja di negara maju semakin berkurangan ?

a)

Tiada peluang untuk kenaikan pangkat dalam organisasi

b)

Upah yang ditawarkan rendah oleh itu pekerja berhijrah ke negara lain

c)

Meningkatnya penggunaan mesin , robot dan teknologi dalam pengeluaran

d)

Negara maju hanya menumpukan kepada bidang perkhidmatan sahaja

5.

Yang manakah kesan perubahan dari aspek teknologi ?

a)

Kaedah pengagihan barang dan perkhidmatan menjadi lebih cekap

b)

Perbezaan gaya hidup membuka peluang menembusi pasaran yang baharu

c)

Pelbagai program berkaitan perniagaan diterapkan dalam sistem pendidikan

d)

Sekatan dikenakan ke atas barang import untuk melindungi dan menjaga kepentingan peniaga tempatan

6.

Pilih kesan yang berlaku akibat daripada kewujudan faktor persekitaran luaran yang menyebabkan trend menurun.

a)

Kuasa beli meningkat

b)

Nilai wang meningkat

c)

Kos pengeluaran menurun

d)

Kesukaran melaksanakan polisi atau dasar yang berkaitan dengan ekonomi

7.

Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan

a)

Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang

b)

Memberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga

c)

Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis perniagaan

d)

Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan

8.

Encik Najib mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju. Apakah trend persekitaran yang berlaku?

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

9.

Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangan sesuatu perniagaan?

a)

Keadaan politik yang stabil

b)

Aktiviti pemasaran yang berkesan

c)

Perkembangan ekonomi yang pesat

d)

Penggunaan peralatan teknologi baharu

10.

Apakah kesan trend menurun kepada ekonomi negara?

a)

Permintaan barangan pengguna meningkat

b)

Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat

c)

Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan

d)

Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk