Font size
WorksheetsPengajian Perniagaan 1 - Latihan Ulangkaji Bab 3, 4 & 5
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Proses pemasaran:
1) menilai peluang peluang pemasaran
2) X
3) membina campuran pemasaran
4) mengurus usaha pemasaran
X merujuk kepada
Memilih strategi pasaran
Memilih segmentasi pasaran
Memilih sasaran pasaran
Memilih pendekatan strategik
Pengguna lebih menggemari produk yang berkualiti tinggi dan pengeluar memberi tumpuan kepada penghasilan produk
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan
Pendekatan pemasaran
Pendekatan produk
Pendekatan penjualan
Dalam analisis portfolio perniagaan (Matriks BCG)
Ciri-ciri Bintang ialah..
Syer pasaran relatif tinggi, kadar pertumbuhan rendah
Syer pasaran relatif rendah, kadar pertumbuhan rendah
Syer pasaran relatif tinggi, kadar pertumbuhan tinggi
Syer pasaran rendah rendah, kadar pertumbuhan rendah
Proses pembelian produk pengguna
1. Mengenalpasti keperluan
2. Mencari alternatif
3. Y
4. Membuat keputusan pembelian
5. Gelagat selepas pembelian
Y merujuk kepada
Menilai segmentasi
Menilai pasaran
Menilai alternatif
Mengenalpasti pasaran
Proses membahagikan pasaran yang besar dan pelbagai untuk membentuk beberapa pasaran kecil berasaskan ciri ciri pengguna yang sama
Demografi
Psikografi
Penyelidikan pasaran
Segmentasi
Faktor luaran organisasi yang membantu dalam pencapaian objektif ialah
Kekuatan
Kelemahan
Peluang
Ancaman
Ia merujuk kepada aktiviti yang menawarkan insentif jangka pendek yang diberikan kepada pengguna untuk mendorong mereka membeli produk
Jualan bersemuka
Publisiti
Pengiklanan
Promosi jualan
Langkah terakhir dalam proses produk industri ialah
Membuka tender
Menilai prestasi pembekal
Memilih pembekal
Menerima pembekal
Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna ialah
Manfaat produk, individu, psikologi
Budaya, geografi, individu, psikologi
Budaya, sosial, individu, psikologi
Geografi, manfaat produk, budaya, sosial
Ciri ciri pembangunan produk
Produk sedia ada, pasaran sedia ada
Produk sedia ada, pasaran baharu
Produk baharu, pasaran sedia ada
Produk baharu, pasaran baharu
Produk yang mempunyai ciri ciri keistimewaan tertentu yang tidak terdapat pada produk pesaing yang lain seperti jenama dan pembungkusan
Manfaat produk
Atribut produk
Klasifikasi produk
Kotak hitam pembeli
Pengeluar akan menyasarkan beberapa segmen pasaran dengan mengeluarkan pelbagai produk bagi setiap segmen dan menggunakan campuran pemasaran yang berlainan
Strategi pemasaran tertumpu
Strategi pemasaran tidak dibezakan
Strategi pemasaran dibezakan
Strategi pemasaran mikro
Antara kepentingannya ialah:-
1. Mengenalpasti perubahan citarasa pengguna
2. Mengenalpasti pengguna baharu dan mengekalkan pengguna sedia ada
Pemetakan pasaran
Penyelidikan pasaran
Peletakan pasaran
Pendekatan pemasaran
Proses pembelian produk baru ialah
Menyedari, menilai, mencuba, meminati dan menerima
Meminati, menyedari, mencuba dan menerima
Menyedari, meminati, menilai, mencuba dan menerima
Menyedari, mencuba, menilai dan meminati
Pengguna akan membeli apa saja yang ada dalam pasaran merujuk kepada pendekatan.......................
Pendekatan pengeluaran
Pendekatan pemasaran
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan
Pendekatan penjualan
Pendekatan produk
Pengeluar berusaha memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ialah pendekatan........................
Pendekatan pengeluaran
Pendekatan pemasaran
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan
Pendekatan penjualan
Pendekatan produk
Langkah ke empat dalam proses pemasaran ialah
Memilih sasaran pasaran
Mengurus usaha pemasaran
Membina campuran pemasaran
Menilai peluang peluang pemasaran
Kadar pertumbuhan pasaran tinggi tetapi syer pasaran relatif yang rendah
Bintang
Lembu kontan
Anjing
Tanda tanya
Peringkat kitaran hayat produk di mana jualan produk meningkat secara pesat dan pesaing mula masuk ke pasaran
Pengenalan
Pertumbuhan
Kematangan
Kemerosotan
Rajah di atas merujuk kepada
Pengiklanan
Promosi jualan
Publisiti
Jualan bersemuka
Perhubungan awam
Pengurusan kewangan yang sistematik termasuklah
Perbelanjaan tidak melebihi peruntukan
Perbelanjaan ikut prosedur
Tidak menunggu arahan pengurus kewangan apabila membuat perbelanjaan
Menyimpan rekod kewangan yang betul
Semua pekerja perlu diberi kebenaran untuk menguruskan kewangan
Objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah objektif yang lebih sesuai kerana
Bersifat jangka panjang
Mengambil kira nilai masa wang
Kurang terdedah kepada penyelewengan
Bersifat menyeluruh
Penyata kewangan dapat digunakan oleh pihak X untuk membuat keputusan menambah, mengekal atau mengurangkan pegangan dalam perniagaan. Pihak X ialah
Pihak pengurusan
Pelabur
Pembiaya
Pembekal
Pemilik syarikat
Penyata kewangan yang menunjukkan ringkasan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan ialah
Kunci Kira-Kira
Penyata Pendapatan
Penyata Aliran Tunai
Bajet Tunai
Nisbah kewangan yang mengukur keupayaan perniagaan menjelaskan liabiliti semasa apabila dituntut ialah
Nisbah pasaran
Nisbah penggearan
Nisbah kecekapan
Nisbah keberuntungan
Nisbah kecairan
Nisbah pasaran terdiri daripada
Margin untung kasar
Nisbah semasa
Nisbah perolehan sesaham
Nisbah harga
Nisbah buku
Aset semasa: RM80 000
Liabiliti semasa: RM60 000
Inventori: RM10 000
Untung bersih: RM30 000
Jumlah aset: RM100 000
Nisbah semasa ialah
1.33:1
1.17:1
0.5:1
1.67:1
Jualan: RM50 000
Inventori: RM10 000
Untung bersih: RM30 000
Jumlah aset: RM100 000
jumlah liabiliti: RM80 000
Nisbah hutang atas aset ialah
0.65:1
0.5:1
0.8:1
0.3:1
0.33:1
Antara kepentingan penyata kewangan ialah
Membantu pelabur membuat keputusan pelaburan
Membantu pelanggan membuat keputusan pembelian barang
Membantu pihak kerajaan menganggar cukai yang akan dikenakan
Membantu pihak pembiaya seperti Bank dalam membuat keputusan pembiayaan
Menjadi asas tuntutan ganjaran kewangan oleh kesatuan sekerja
Debentur dan saham biasa ialah sumber dana jangka panjang
Betul
Salah
Antara tindakan yang boleh dibuat oleh perniagaan yang menghadapi masalah kekurangan tunai ialah
Menutup sementara perniagaan
Memohon bantuan kerajaan
Elakkan belanja yang tidak perlu
Mendapatkan overdraf bank
Melewatkan pembayaran kepada pemiutang
Kemelesetan ekonomi ialah risiko yang tidak boleh diinsuranskan
Betul
Salah
Sekiranya individu menginsuranskan asetnya dengan lebih daripada sebuah syarikat insurans maka setiap syarikat insurans akan membayar pampasan secara sama rata ialah mengikut prinsip..............
Subrogasi
Caruman
Limpah
Doktrin punca terdekat
Syarikat insurans akan mengambil alih hak milik ke atas harta yang diinsuranskan setelah gantirugi dibayar kepada si diinsurans ialah prinsip...............
Subrogasi
Caruman
Limpah
Doktrin punca terdekat
Maisir merujuk kepada unsur perjudian dalam insurans konvensional
Betul
Salah
Bajet tunai membantu perniagaan mengawal aliran tunai keluar dan masuk dalam aktiviti perniagaan
Betul
Salah
Aspek kepatuhan syariah dalam Takaful terdiri daripada
Gharar
Akad
Maisir
Riba
Tabarru
Komponen dalam kunci kira-kira ialah
Aset
Liabiliti
Dividen diterima
Ekuiti pemilik
Belanja faedah
Penyata kewangan yang membantu pihak pengurusan membuat penambahan modal kerja yang sesuai tepat pada masanya ialah
Penyata pendapatan
Kunci Kira-Kira
Penyata aliran tunai
Baki tunai awal RM4 000
Penerimaan tunai RM10 000
Pembayaran tunai RM13 000
Baki tunai akhir ialah
(RM3 000)
(RM1 000)
RM1 000
RM3 000
RM11 000
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen
Dokumen ini memberi maklumat tentang tugas utama, tanggungjawab kerja dan suasana fizikal tempat kerja.
Apakah dokumen tersebut?
Keperluan kerja
Pengalaman kerja
Penghuraian kerja
Spesifikasi kerja
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kandungan dalam program induksi?
Latar belakang organisasi
Tugas dan tanggungjawab
Perancangan sumber manusia
Ganjaran dan faedah
Apakah tujuan majikan menyediakan latihan dan pembangunan?
Meningkatkan gaji pekerja
Meningkatkan kebajikan pekerja
Meningkatkan penglibatan pekerja
Meningkatkan produktiviti pekerja
Apakah maksud pengurusan sumber manusia?
Pengurusan sumber tenaga kerja yang melaksanakan tugasan di tempat kerja
Penerapan objektif, falsafah, polisi, amalan dan prosedur yang dilakukan oleh organisasi dalam menguruskan sumber manusia
Diskriminasi antara pekerja lelaki dan wanita perlu dielakkan.
Kenyataan di atas merujuk kepada cabaran pengurusan sumber manusia. Nyatakan cabaran yang sesuai dengan kenyataan di atas.
(a)
Proses perancangan sumber manusia melibatkan tiga langkah iaitu
1. Analisis kerja
2. Menentukan keperluan
3. Memenuhi keperluan
1. Analisis pekerja
2. Menentukan keperluan pekerja
3. Memenuhi keperluan pekerja
* Tajuk kerja
* Ringkasan kerja
Maklumat di atas merupakan maklumat yang perlu ada di dalam
Spesifikasi kerja
Penghuraian kerja
Upah merupakan bayaran yang dibayar mengikut tempoh jam atau hari bekerja
Betul
Salah
Senaraikan cabaran pengurusan sumber manusia
Politik
Peningkatan bilangan pekerja wanita
Kepelbagaian tenaga kerja
Penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja
Undang - undang
Fungsinya ialah sebagai mewakili organisasi untuk menyelesaikan pertikaian industri dan kesatuan sekerja
Penilai prestasi
Pengantara
Penyelaras
Fungsi jabatan sumber manusia yang berkaitan menyiasat kemalangan tempat kerja dan mengawal perkhidmatan kesihatan pekerja
Mewujudkan perhubungan industri yang baik
Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
Melakukan pengambilan dan pemilihan pekerja
Kilang Pakaian Mazuin mempunyai seramai 150 orang pekerja di bahagian operasi yang dibayar gaji antara RM1200 hingga RM4000 sebulan.
Apakah faedah kepada pekerja yang diwajibkan oleh undang-undang?
Bonus tunai
Caruman PERKESO
Kemudahan perubatan
Kemudahan keselamatan
Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam kategori faedah?
Upah
Pinjaman perumahan
Perubatan
Pengangkutan
Berikut ialah fungsi pengurus sumber manusia kecuali
Auditor
Pengarah
Perancang
Fasilitator
Pengurusan sumber manusia strategik adalah seperti yang berikut kecuali
Menarik sumber manusia
Membangun sumber manusia
Menjaga sumber manusia
Mengekal sumber manusia
Proses perancangan sumber manusia ialah
Analisis kerja, menentukan keperluan & penghuraian kerja
Analisis kerja, memenuhi keperluan & menentukan keperluan
Analisis kerja, penghuraian kerja & spesifikasi kerja
Analisis kerja, menentukan keperluan & memenuhi keperluan
Kaedah menentukan keperluan sumber manusia seperti berikut kecuali
Meramal sumber dalaman dan luaran
Temuduga
Carta penggantian
Inventori kemahiran
Proses pengambilan sumber manusia ialah terdiri daripada
Menarik minat, induksi, pemilihan & penawaran kerja
Menarik minat, pemilihan, induksi & penawaran kerja
Menarik minat, pemilihan, penawaran kerja & induksi
Merekrut, menarik minat, penawaran kerja & induksi
Proses pemilihan terdiri daripada
Borang pemohonan, semakan rujukan, temuduga & ujian
Semakan rujukan, borang pemohonan, temuduga & ujian
Ujian, temuduga, semakan rujukan & borang pemohonan
Borang pemohonan, temuduga, semakan rujukan & ujian
Berikut ialah jenis jenis latihan kecuali
Latihan luar tempat kerja
Simulasi
Latihan perantisan
Ujian
