Worksheetsbasic communication system
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Yang manakah antara berikut TIDAK boleh digunakan dalam penghantaran siaran TV/Radio?
Satelit
Kabel
Gelombang radio
Bluetooth
Didalam sistem komunikasi, komponen Y diperlukan untuk memperoleh isyarat yang dihantar dari medium penghantaran dan menukar kembali kepada isyarat asal. Yang manakah antara berikut menunjukkan komponen Y?
Penerima
Saluran
Modulator
Penghantar
Kira SNR dalam dB jika sebuah isyarat 4.5W dihasilkan di mana sebuah penerima menghasilkan kuasa hingar sebanyak 450mW.
0.1 dB
0.25 dB
10 dB
25 dB
Haikal dan Hari berkomunikasi menggunakan walkie talkie semasa mengendalikan satu Majlis Makan Malam Kolej. Ketika berkomunikasi, hanya salah seorang sahaja yang boleh menyampaikan maklumat dalam satu masa tertentu. Nyatakan mod penghantaran bagi komunikasi ini ?
Simpleks
Dupleks penuh
Dupleks separuh
Dupleks asas
Mengapakah teknik modulasi diperlukan di dalam sistem komunikasi jarak jauh?
Membolehkan maklumat di tapis dengan cekap.
Mengurangkan kesan sampingan kepada manusia.
Meningkatkan jumlah keluaran hingar.
Membolehkan penghantaran maklumat yang lebih berkesan.
”Penyebaran gelombang adalah dalam bentuk satu garis lurus dan mempunyai penyebaran yang terhad disebabkan oleh lengkok muka bumi”
Yang manakah antara berikut merujuk kepada pernyataan diatas?
Penyebaran gelombang bumi.
Penyebaran gelombang angkasa.
Penyebaran gelombang udara.
Penyebaran gelombang amplitud
Satu isyarat gelombang termodulat Modulasi Amplitud (AM) diberikan oleh persamaan :
VAM(t) = 80 kos 2(1500)πt [1 + 0.5 kos 2(250)πt] V
Tentukan nilai frekuensi isyarat pembawa, fc.
250 Hz
520 Hz
1000 Hz
1500 Hz
Satu isyarat gelombang termodulat Modulatan Amplitud (AM) diberikan oleh persamaan:
Vm = 50 kos 500л t V
Vc = 120 kos 2000л t V
Tentukan nilai indeks modulasi, ma bagi isyarat termodulasi tersebut.
0.2
0.4
0.5
1.0
Apakah yang akan berlaku apabila amplitud isyarat modulasi, Vm lebih besar daripada amplitud pembawa,Vc?
pengecilan isyarat
kehilangan isyarat
pembesaran isyarat
herotan isyarat
Sebuah isyarat FM mengandungi frekuensi isyarat modulasi, fm sebanyak 5kHz dan deviasi frekuensi, Δf sebanyak 25khz. Tentukan indeks modulasi bagi isyarat FM tersebut.
12.5
0.5
5
6
Perbezaan antara frekuensi jalur sisi atas (fUSB) dan frekuensi jalur sisi bawah (fLSB) akan memberikan nilai lebar jalur (bandwidth). Antara keadaan berikut, yang manakah akan memberikan nilai lebar jalur yang paling tinggi?
fUSB=140 Hz, fLSB=20 Hz
fUSB=60 Hz, fLSB=10 Hz
fUSB=10 kHz, fLSB=2 kHz
fUSB=30 kHz, fLSB=20 kHz
Apakah bentuk penukaran isyarat yang berlaku didalam sistem telefon ?
Isyarat bunyi ke isyarat elektrik
Isyarat bunyi ke isyarat awam
Isyarat analog ke isyarat digital
Isyarat elektrik ke isyarat kinetik
Yang manakah antara maklumat berikut tidak boleh dihantar dalam bentuk analog?
video
suara
muzik
kod binari
Gabungan antara isyarat pembawa dan isyarat audio menghasilkan isyarat Y yang mempunyai nilai amplitud yang berubah-ubah terhadap masa. Isyarat Y juga memerlukan lebar jalur yang besar iaitu dua kali lebih daripada frekuensi pembawa. Tentukan isyarat Y.
Modulasi amplitud
Modulasi fasa
Modulasi frekuensi
Frekuensi Audio
Mengapakah stesen penyiaran radio di Malaysia menggunakan sistem komunikasi FM berbanding AM?
i. Hingar bagi sistem FM kurang berbanding isyarat AM.
ii. Kos FM yang murah berbanding AM.
iii. Pembaziran kuasa pada isyarat AM tinggi berbanding FM.
iv. Lebar jalur isyarat FM yang terhad.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i dan iii sahaja
i, ii, iii dan iv
