WorksheetsTamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Total questions: 60
Worksheet time: 27mins
Berikut merupakan kawasan yang meliputi Tamadun Melayu kecuali?
Nusantara
Alam Melayu
Timur Eropah
Tanah Jawi
Berikut adalah yang dimaksudkan dengan Orang Melayu, KECUALI __________.
Mengamalkan adat tradisi Melayu
Mempunyai ras dan ciri genetik Orang Melayu
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca
Orang Melayu hanya terdapat di Malaysia
Mengapakah hampir semua tamadun dunia bermula di sekitar lembah sungai?
Sungai adalah tempat rekreasi dan hiburan manusia pada zaman tamadun awal
Manusia daripada tamadun awal menyembah dewa sungai yang memberikan rezeki
Sungai mencetuskan inspirasi untuk mencipta perahu dan kapal bagi tujuan pengangkutan dan perhubungan
Pada zaman awal, aktiviti pertanian memainkan peranan penting dan lokasi tersebut menjadi tumpuan penduduk
Pernyataan manakah yang berikut paling tepat tentang teori kitaran tamadun?
Proses kembalinya masyarakat kepada agama
Kelahiran tamadun yang terhasil dari semangat kekitaan
Proses kelahiran, kecemerlangan dan keruntuhan tamadun
Proses kemajuan, kedewasaan, kemunduran dan kejatuhan sesuatu bangsa, negara atau peradaban
Faktor-faktor berikut menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun KECUALI _____________.
nilai kehidupan yang mengenepikan agama dan aspek kerohanian.
pemimpin dan anggota masyarakat mendokong prinsip keadilan sejagat.
munculnya sikap mementingkan diri dan tidak menghormati hak orang lain.
pemimpin leka dengan kehidupan mewah dan tidak melaksanakan tanggungjawab.
Menurut Ibnu Khaldun, pada fasa kelahiran terdapat elemen-elemen yang membantu membina tamadun iaitu ___________.
material atau alam.
manusia dan idea.
pertumbuhan bandar dan raja yang adil.
semangat kekitaan (asabiyyah) dan agama.
Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan di dalam Bahasa Arab untuk memberi maksud “civilization” KECUALI __________.
Hadarah
Harakah
Maddana
Umran
Konsep tamadun Islam berkisar kepada tiga hubungan yang utama kepada seseorang KECUALI?
Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan makhluk
Hubungan sesama manusia
Hubungan yang berteraskan maddiyah
Apakah yang dimaksudkan dengan Tamadun?
Bandar @ Kota
Agama @ Gambaran Beragama
Kebudayaaan, kemajuan & Peradaban
Sifat Perkembangan Manusia
Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan dalam bahasa Arab untuk memberi maksud tamadun, KECUALI ___________.
Hadharah
Harakah
Madana
Umran
Konsep tamadun Islam dibina di atas kerangka agama @ al-din yang berteraskan di atas 3 perkara asas iaitu ___________.
Islam, iman dan ihsan.
Akidah, syariah dan akhlak.
Akidah, syariah dan iman.
Akidah, akhlak dan munakahat.
Sumber ilmu dalam tamadun Islam ialah _________.
Al-Quran dan al-hadith.
Al-Quran, al-hadith dan ijtihad.
Al-Quran dan ijtihad.
Al-hadith, dan ijtihad.
Hubungan antara tamadun dan budaya adalah amat rapat dan kuat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.
Betul
Salah
Alam Melayu merangkumi kawasan-kawasan di mana wujudnya ras atau rumpun Melayu merentasi ____________
seluruh kepulauan asia tengara
seluruh asia tenggara hingga madagascar
asia tenggara hingga sri lanka
seluruh asia tenggara hingga australia
Apakah contoh pengaruh budaya Arab yang terdapat di dalam masyarakat Melayu?
Makanan nasi ambeng.
Berpuasa di bulan Ramadhan.
Pakaian jubah.
Permainan wau bulan.
Sebelum kedatangan agama Islam ke Alam Melayu, apakah agama yang dianuti oleh masyarakat Melayu?
Agama Hindu dan Buddha
Agama Sikh dan Buddha
Agama Buddha dan Kristian
Agama Sikh dan Hindu
Yang manakah salah satu ciri-ciri Tamadun Islam?
Berasaskan ajaran al-Quran
Berasaskan ilmu duniawi sahaja
Penggunaan tulisan Sanskrit semasa pemerintahan
Mempunyai bangunan pencakar langit yang moden
Yang manakah bukan asas tamadun islam?
Akhlak
Aqidah
Syariah
Al Quran
Tamadun Melayu berkembang dan menghasilkan tamadun awal Asia Tenggara dengan menghasilkan Emapayar Melayu hasil penguasaan laluan __________.
Perdagangan
Pertanian
Perikanan
Perindustrian
Berikut adalah bukti monumen dari pengaruh Hindu Buddha di Tamadun Melayu, KECUALI __________.
Candi Lembah Keramat
Candi Lembah Bujang
Candi Angkor Watt
Candi Borobudur
Kerajaan awal Melayu menggunakan sistem _________.
Perlembagaan
Yang di Pertuan Agong
Beraja
Perdana Menteri
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Melayu Melaka ialah sebuah kerajaan Islam?
Majoriti penduduk Melaka dan pedagang yang datang adalah beragama Islam
Parameswara menganut agama Islam dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Shah
Keislaman Kerajaan Melayu Melaka disahkan oleh Syarif Mekah yang datang diutus Khalifah Islam
Sistem perundangan Melaka dan undang-undang Laut Melaka berasakan syariat Islam
Yang manakah BUKAN kesan pengaruh Islam di Tanah Melayu.
Penggunaan Tulisan Jawi
Penggunaan Kompas dalam Pelayaran
Pengenalan Kod Etika Raja-Raja Melayu
Kemasukan istilah-istilah Arab
Antara salah satu ciri orang Melayu yang BETUL adalah __________.
Senang menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan & budaya
Mempunyai lambang atau tanda lahir di badan
Berpakaian lengkap mengikut adat apabila majlis perkahwinan
Mempunyai barang pusaka yang diwariskan mengikut adat Melayu
Menurut sejarah, antara salah satu kekuatan bangsa Melayu dahulu adalah __________.
Kemampuan menguasai jalan laut sebagai sumber hasil & perdagangan
Membina rumah tinggi-tinggi untuk pelbagai sebab
Pengaplikasian teknologi penjajah untuk kegunaan diri
Mampu bertutur dalam pelbagai bahasa
Berikut adalah faktor-faktor kemerosotan dan kejatuhan tamadun. Pilih 3 jawapan yang tepat.
Ketidakadilan dan perbezaan jurang antara golongan rakyat dan pemerintah.
Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat tanda musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang mulia.
Bersikap tertutup dari menerima sebarang perubahan.
Kemerosotan ekonomi juga menjadi punca kemerosotan tamadun.
Kesan negatif yang timbul daripada interaksi antara tamadun adalah __________.
Tercetusnya konflik dan persengketaan kesan matlamat yang berbeza.
Menimbulkan sikap saling memahami antara masyarakat.
Berlaku pemindahan teknologi.
Membentuk pemimpin yang autokratik.
Nyatakan maksud tamadun mengikut bahasa yunani.
Civilisation
Civitas
Peradaban
Tamadun
Taat kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati tanpa ragu merupakan __________.
definisi istilah Islam
definisi tamadun Islam
prinsip istilah Islam
tiada di atas
Prinsip yang pertama iaitu _________ mementingkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa, melaksanakan tanggungjawab agama dan menghormati penganut lain.
memelihara jati diri
memelihara maruah
memelihara agama
Fahaman Konfucianisme sangat menebal dalam masyarakat Cina sehingga mampu menentukan segala aspek kehidupan manusia. Budaya ini menjadikan Konfucianisme berperanan ___________.
Menekankan kuasa bapa
Mengekalkan warisan tamadun Cina Kuno
Menitikberatkan nilai dan etika masyarakat
Menyambung susur galur warisan nenek moyang
Berikut merupakan kenyataan yang benar menjelaskan kepentingan dialog antara tamadun kecuali ____________.
Dialog antara tamadun banyak memberi manfaat secara bersama
Dialog antara tamadun dapat menyelesaikan sebarang salah faham yang berlaku
Dialog antara tamadun dapat membina kekuatan masyarakat tertentu untuk menolak nilai-nilai negatif
Dialog antara tamadun perlulah berterusan agar dapat membina kekuatan barisan bersama menentang dominasi Barat
Pembinaan tamadun Malaysia perlulah mengambilkira beberapa elemen penting, antaranya .............................
i) Rukun Negara sebagai asas pembinaan tamadun Malaysia
ii) mengutamakan adat dan budaya bagi setiap masyarakat Malaysia
iii) sifat toleransi dan persefahaman antara kaum perlu dibina secara bersama
iv) mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap agama dan budaya masyarakat Malaysia
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua di atas
Antara fakta-fakta berikut, yang manakah tidak relevan dengan fungsi pendedahan kepada pelbagai tamadun kepada kita?
Fenomena ini menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti dengan rasa muhibah dan toleransi.
Fenomena ini dapat memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku dalam melihat kewujudan tamadun sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain.
Fenomena ini memungkinkan kita membuat penilaian lebih tepat dan seterusnya tidak mahu mengakui wujudnya perbezaan ketara antara tamadun-tamadun lain.
Pendedahan sebegini dapat memberikan pengetahuan yang berguna demi kesinambungan hidup.
Berikut merupakan ciri-ciri keadilan undang-undang KECUALI _________________.
semua orang dilihat sama sahaja di hadapan undang-undang
tiada unsur lebih melebihi di dalam melaksanakan undang-undang
undang-undang dikuatkuasakan ke atas semua orang secara samarata
meringankan hukuman terhadap orang yang lebih banyak menabur jasa kepada masyarakat
Berikut adalah benar mengenai hubungan tamadun dengan budaya KECUALI ___________________.
tamadun melangkaui batas negara dan wilayah
budaya sering dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu
pengaruh budaya lebih berkekalan berbanding pengaruh tamadun
pengaruh tamadun lebih berkekalan berbanding pengaruh budaya
Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum ___________ pada sekitar tahun 1500 S.M yang dengan itu muncul peradaban baharu di barat laut India.
Maryan
Aryan
Vedik
Gupta
Masyarakat Aryan berasal dari ___________.
Asia Timur
Asia Barat
Asia Tengah
Asia Selatan
Dalam sitem kasta India pedagang atau peniaga juga dikenali sebagai ___________.
Brahmin
Ksatria
Vaisya
Sudra
Bertapa & bebaskan diri dari duniawi dalam Ashrama Dharma iaitu Empat Peringkat Kehidupan juga dikenali sebagai ___________.
Brahmacarya
Grhastra
Vanaprahasta
Sannayasa
Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami dan mereka dibakar bersama mayat suami. Ia juga dikenali sebagai adat ___________
sutti
marya
machya
suncah
Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Antara berikut yang manakah BENAR tentang Tamadun Cina?
Bermula dengan dua sungai utama
Mempunyai bentuk muka bumi yang mendatar
Mempunyai penduduk kedua teramai di dunia
Bersifat pasif & tidak statik
Mengapakah Maharaja (Huang Ti) yang berada di kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat Cina dianggap sebagai sumber kuasa?
Maharaja merupakan golongan istimewa yang dianggap jelmaan tuhan.
Masyarakat Cina sangat takut kepada golongan istana dan mereka akur dengan kedudukan maharaja yang jauh lebih mulia.
Maharaja adalah bapa kepada seluruh rakyat yang perlu dihormati dan ditaati sepenuh jiwa dan raga.
Maharaja mempunyai supreme authority dan berkuasa mutlak yang juga dianggap sebagai wakil daripada tuhan.
Masyarakat tradisi negara China mengamalkan sistem masyarakat patriarki yang diurus dan diorganisasikan oleh kaum lelaki sepenuhnya. Apakah contoh aplikasi daripada amalan atau kebudayaan tersebut?
Kaum wanita ditugaskan untuk melahirkan anak perempuan kerana ia simbol kemuliaan bagi keluarganya.
Wanita dianggap kaum yang lemah dan wajib menurut segala perintah suami sedangkan isteri tidak berhak untuk membantah.
Wanita yang keluar meninggalkan keluarga dan mengikuti suami dianggap membawa nasib malang bagi dirinya.
Wanita tidak boleh berkahwin kerana tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga bapa sepanjang hayatnya.
Masyarakat Cina sangat menitikberatkan soal penjagaan institusi keluarga. Pilih contoh yang BETUL bagi menunjukkan cara mereka memelihara kesinambungan nama keluarga agar kekal terpelihara.
Anak akan mengambil nama keluarga ibunya dan diulang bagi setiap generasi akan datang.
Bapa akan memberikan nama anaknya sama seperti mana nama datuknya dan diulang bagi setiap generasi.
Anak akan mengahwini sesama adik beradik mereka dan memberikan nama bapanya kepada zuriat yang dilahirkan.
Anak akan mengambil nama keluarga bapanya dan diulang bagi setiap generasi akan datang.
Kenapakah ajaran Legalisme boleh muncul di China?
Untuk menjaga kepentingan undang-undang demi mencapai kecekapan kerajaan dan ketertiban masyarakat.
Ingin bersaing dengan pengaruh ajaran Buddha dan juga agama-agama lain.
Pengaruh Barat yang dibawa menerusi aktiviti penjajahan.
Ajaran Taoisme dan Konfusianisme sudah semakin hilang pengaruh.
Mengapakah mayat orang Cina akan dihias dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan?
Agar mayat kelihatan cantik dan tenteram.
Agar mayat akan hidup semula.
Agar mayat dapat hidup di alam yang lain dengan tenang.
Agar mayat tidak menjelma menjadi hantu.
Mengikut tradisi masyarakat Cina, semasa meraikan sambutan Tahun Baru Cina hendaklah memakai pakaian yang ceria seperti berwarna merah. Bagaimana pula jika berlaku sesuatu kematian?
Ahli keluarga dan tetamu hendaklah mengenakan pakaian yang bergemerlapan.
Ahli keluarga dan tetamu hendaklah mengenakan pakaian berupa sami.
Ahli keluarga dan tetamu hendaklah memakai pakaian yang berwarna gelap atau tidak berwarna warni.
Ahli keluarga dan tetamu hendaklah memakai jubah.
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan oleh negara China sebelum dikuasai oleh Parti Komunis China?
Dinasti dan monarki.
Dinasti dan diktator.
Monarki dan demokrasi.
Dinasti dan demokrasi.
Mengapakah golongan petani dipandang tinggi oleh masyarakat tradisi Cina?
Golongan petani dianggap sebagai pekerja kepada Sang Dewa.
Golongan petani dianggap melakukan pekerjaan yang mulia kerana membekalkan makanan kepada masyarakat.
Golongan petani merupakan kelompok masyarakat yang majoriti.
Golongan petani telah banyak menyumbang jasa mempertahankan tanah air daripada serangan pihak luar.
Bagaimanakah pengamalan “feng shui” ketika pengendalian upacara kematian masyarakat Cina?
Tempat pengebumian dipilih mengikut kesesuaian yang menentukan baik buruk kehidupan sekarang dan akan datang.
Kedudukan mayat yang ingin dikebumikan mestilah menghadap arah matahari terbenam untuk mengelak nasib malang kepada keluarga si mati.
Pengebumian mayat mestilah dilakukan pada waktu yang sesuai dan dianggap membawa tuah kepada si mati.
Banyak atau sedikitnya harta yang ditanam akan menentukan susah atau senangnya kehidupan si mati di dunia bawah (yin).
Manakah antara berikut merupakan kesan dari perpecahan yang wujud dalam kalangan penganut agama Buddha?
Agama Buddha hilang sokongan dan lenyap di negara China.
Agama Buddha berpecah kepada dua aliran iaitu Hinayana dan Mahayana.
Agama Buddha kurang mendapat sambutan oleh masyarakat China.
Agama Buddha ditukar menjadi ajaran baharu iaitu Konfusianisme.
Pilihan yang betul SEBAB kita mesti mempelajari tamadun lama adalah?
Memberi inspirasi kewangan hidup
Membina moral dan agama dalam diri
Mengkaji bagaimana manusia berfikir dan bertindak
Mewujudkan penduduk yang cintakan sejarah
Apakah yang membezakan orang bertamadun dan tidak bertamadun?
Pemikiran dan gaya hidup
Agama dan kepercayaan
Pembangunan dan ekonomi
Budi pekerti dan pemikiran
Manakah antara berikut termasuk dalam faktor kelahiran tamadun?
Kedudukan yang strategik
Kezaliman pemerintah terhadap rakyat
Keruntuhan moral masyarakat dan pemimpin
Bencana alam & serangan musuh
Jenis interaksi manakah BETUL menunjukkan hubungan antara sesebuah tamadun dengan tamadun lain?
Linkungan budaya yang berbeza tapi nama sama
Budaya dan tamadun yang sama antara negara
Teknologi yang sama digunakan di dua negara
Penggunaan matawang yang sama antara negara
Sebelum kedatangan agama Hindu dan Islam ke Tanah Melayu, penduduk di Tanah Melayu dikatakan percaya dan mengikut kepercayaan :
Animisme
Confusiunisme
Buddhisme
Zoroastrisme
Masyarakat India terbahagi kepada dua kaum utama, iaitu Dravida dan Indo-Arya. Di manakah masyarakat Indo-Arya berada?
Utara India
Selatan India
Timur India
Barat India
•Berbahasa Tamil
•Mazhab Saivisme dan Vaisanavisme menjadi asas kepercayaan, pemikiran dan amalan kehidupan seperti yg dinyatakan dlm puisi Sangam.
•Tinggal di kawasan pantai dan selatan seperti di Mumbai, Madras dan sebagainya.
Ciri-ciri berikut adalah merujuk kepada masyarakat ___________ dalam tamadun India
Hindi
Dravida
Indo-Arya
Sailendra
Mengikut subjek TITAS yang dipelajari, negara manakah yang mewujudkan sistem tulisan berasaskan tulisan daripada tamadun Cina?
Malaysia
Vietnam
Afghanistan
India
