Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 2 Kumpulan A

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

• Bentuk terjemahan ini melibatkan teks manual pengguna, teks perubatan, laporan kewangan, risalah yang memuatkan arahan, dan dokumen pentadbiran.

• Dokumen yang diterjemah biasanya mempunyai khalayak sasaran yang terbatas dan jangka hayat yang terhad.

• Bentuk terjemahan ini juga merujuk terjemahan dokumen seperti kejuruteraan, IT, elektronik, mekanikal dan industri.

• Terjemahan jenis ini memerlukan penterjemah mempunyai pengetahuan tentang istilah yang khusus dengan bidang teks sumber.


Kategori terjemahan yang dihuraikan dalam petikan di atas ialah terjemahan

a)

saintifik.

b)

teknikal.

c)

komersial.

d)

undang-undang.

2.

Teks sumber: I wandered lonely as a cloud

That floats on high o'er vales and hills,

When all at once I saw a crowd,

A host, of golden daffodils;

Beside the lake, beneath the trees,

Fluttering and dancing in the breeze.

- Daffodils, William Wordsworth

Teks sasaran: Berkelana aku sepi bagai awan

Membumbung tinggi atas lembah dan bebukit,

Seketika aku berjumpa keramaian,

Serumpun dafodil kuning,

Di tepi danau, di naungan pohon,

Melambai menari diembus angin

- Daffodils, William Wordsworth

Dalam terjemahan teks di atas, penterjemah perlulah berupaya untuk memindahkan emosi, elemen budaya serta jenaka ke dalam bahasa sasaran dengan baik. Terjemahan jenis ini dikategorikan sebagai terjemahan

a)

komersial.

b)

audio visual.

c)

sastera.

d)

teknikal.

3.

Sari kata ________________________ disediakan untuk khalayak penonton yang mempunyai masalah pendengaran atau untuk membantu penonton memahami penggunaan dialek tertentu yang mungkin ada dalam rancangan audiovisual tersebut.

a)

interlingual

b)

intralingual

c)

intersemiotik

d)

paralingual

4.

_______________________ merujuk bentuk penceritaan bersuara yang digunakan untuk membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan mengakses filem, rancangan TV, dan persembahan teater. Bentuk terjemahan ini juga memberikan lakaran tentang apa-apa yang berlaku di layar atau di pentas, menghuraikan aksi, bahasa badan watak dan latar penceritaan. Huraian diberikan antara dialog dan tidak mengganggu kesan bunyi yang penting. Selain itu, maklumat yang disampaikan tidak membebankan pendengar dan membekalkan pendengar dengan maklumat yang diperlukan.

a)

Sari kata

b)

Suara latar

c)

Deskripsi audio

d)

Alih suara segerak bibir

5.

Bentuk terjemahan dalam imej di atas terikat dengan had ruang, penyelarasan dengan pertuturan dan masa membaca khalayak penonton. Terjemahan ini dikenali sebagai

a)

suara latar.

b)

sari kata.

c)

deskripsi audio.

d)

alih suara segerak bibir

6.

Penterjemah X diminta untuk menterjemah ‘Pied Piper of Hamelin’ yang berbahasa Inggeris kepada ‘Peniup Seruling dari Hamelin’ dalam bahasa Melayu. Beliau mendapati bahawa teks yang bakal diterjemahkan sebenarnya berasal daripada bahasa Jerman yang berjudul ‘Rattenfänger von Hameln’ dan bukannya bahasa Inggeris.

Jenis terjemahan yang dilakukan oleh penterjemah di atas digolongkan sebagai terjemahan

a)

dinamis.

b)

harfiah.

c)

antara masa.

d)

tak langsung

7.

Teks sumber: Maka seketika itu pun berputeralah Tuan Puteri itu seorang anak lelaki.

Teks sasaran: Lalu seketika itu Tuan Puteri melahirkan seorang anak laki-laki.


Jenis terjemahan di atas dikenali sebagai terjemahan

a)

harfiah.

b)

literal.

c)

antara masa.

d)

tak langsung.

8.

Salji jenis 'snowflakes,' 'graupel'. 'hoarfrost' dan 'polycrystals' diterjemahkan sebagai 'salji' dalam bahasa Melayu.


Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan masalah

a)

polisemi.

b)

satu lawan kosong.

c)

satu lawan banyak.

d)

banyak lawan satu.

9.

Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay dan Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digelapkan dalam petikan di bawah.


Teks Sumber: Salman received a windfall upon his grandfather’s death.

Teks Sasaran: Salman mendapat durian runtuh selepas pemergian datuknya.

a)

Adaptasi

b)

Peniruan

c)

Kesepadanan

d)

Transposisi

10.

Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay dan Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digelapkan dalam petikan di bawah.


Teks Sumber: At my job, I feel strong and vigorous.

Teks Sasaran: Saya berasa kuat dan bertenaga untuk melakukan kerja saya.

a)

Pinjaman

b)

Adaptasi

c)

Transposisi

d)

Kesepadanan

11.

Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay dan Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digelapkan dalam petikan di bawah.

Teks Sumber: Shima steamed some scallops, quahogs, mussels, and courgette with a table spoon of butter and a pinch of black pepper.

Teks Sasaran: Shima mengukus ikan kerapu, sotong, udang serta sedikit sayur-sayuran dengan sesudu besar mentega dan secubit serbuk lada hitam.

a)

Adaptasi

b)

Kesepadanan

c)

Transposisi

d)

Pinjaman

12.

Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay dan Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digelapkan dalam petikan di bawah.

Teks Sumber: He went to the bank before going to school.

Teks Sasaran: Dia pergi ke bank sebelum ke sekolah.

a)

Peniruan

b)

Pinjaman

c)

Adaptasi

d)

Kesepadanan

13.

Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay dan Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digelapkan dalam petikan di bawah.


Teks Sumber: ‘I will not be late for our meeting tomorrow’

Teks Sasaran: ‘Saya akan datang awal ke mesyuarat kita esok’

a)

Adaptasi

b)

Kesepadanan

c)

Transposisi

d)

Modulasi

14.

Apabila penterjemah memilih untuk menterjemah konsep ‘bacteria’ sebagai ‘bakteria’, penterjemah telah

a)

menggunakan frasa ayat yang setanding makna dengan perkataan bahasa sumber.

b)

menggunakan kata tersebut sebagai perkataan pinjaman.

c)

menggunakan perkataan itu sebagai takrif.

d)

menggunakan perkataan tersebut sebagai ikatan kata.

15.

Teks sumber: The fairy tales, in fact, were part of a rich oral tradition – passed down from generation to generation, often by women seeking to pass the time during household chores.

Teks sasaran: Dalam tamadun Barat, cerita dongeng di barat sebenarnya berasal daripada cerita lisan, iaitu cerita yang disampaikan dari generasi ke generasi. Cerita dongeng diperdengarkan oleh kaum wanita yang mahu menghabiskan masa terluang mereka semasa melakukan kerja-kerja rumah.


Dalam petikan di atas penterjemah menggunakan teknik __________ yang membolehkan beliau memperjelas ekspresi ellipsis (ujaran yang dihilangkan) (Eugene Nida, 1964)

a)

pindaan

b)

pengguguran

c)

penambahan

d)

pembudayaan

16.

Teks sumber: Pablo Picasso began his painting career at the age of 16.

Teks sasaran: Pablo Picasso memulakan kerja keseniaan pada usia 16 tahun.


Dalam terjemahan di atas, penterjemah tidak menterjemahkan kata ganti diri ‘his’ dalam teks sasaran. Teknik ini dikenali sebagai

a)

penambahan

b)

pengguguran

c)

pembudayaan

d)

penaakulan

17.

Konsep ‘sambal belacan’ dan 'cencalok' yang terdapat dalam budaya masyarakat Melayu dapat dikaitkan dengan salah satu kategori budaya Newmark (1988) iaitu

a)

artifak budaya.

b)

budaya sosial.

c)

organisasi sosial.

d)

ekologi.

18.

'Pump’, ‘stiletto,’ 'ankle strap' atau ‘platform’ yang diterjemahkan secara umum ke dalam bahasa Melayu sebagai ‘kasut tinggi' merupakan bahan artifak yang bersifat budaya

a)

sosial.

b)

artifak.

c)

kemasyarakatan

d)

arbitrari.

19.

Pengekalan unsur asing seperti ‘muggle,’ ‘mugwump’ ‘knut’ ‘sickle’, ‘galeon’ dan ‘goblin’

dalam karya terjemahan novel bersiri ‘Harry Potter’ bertujuan menjadikan teks tersebut lebih menarik. Strategi ini merupakan antara strategi terjemahan budaya Hervey dan Higgins (1992), iaitu

a)

eksotisme.

b)

pinjaman budaya.

c)

pemindahan budaya.

d)

terjemahan komunikatif

20.

Dalam konteks budaya, ‘ketchup', 'rattan,' 'gecko' dan 'tea' dalam bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan budaya Melayu merujuk konsep

a)

budaya khusus.

b)

pinjaman budaya.

c)

pemindahan budaya.

d)

ekologi