NEW
Font size
WorksheetsKata Hubung (1) Tahun 5
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
1. Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
tetapi
bahawa
supaya
kerana
2. Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.
atau
hingga
dan
kecuali
3. Encik Mahendran berbual-bual dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
sementara
manakala
jika
kerana
4. Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.
kerana
agar
tetapi
kalau
5. Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
dan
lalu
sambil
serta
6. Kamarul membaca majalah kesukaannya _______ mendengar radio.
sambil
manakala
atau
hingga
7. Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
jika
tetapi
walaupun
meskipun
8. Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
tetapi
kerana
kalau
malahan
9. Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.
jikalau
ketika
lalu
agar
10. Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
seraya
dan
hingga
kecuali
11. Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapati kad pengenalannya hilang.
sebelum
setelah
sungguhpun
kecuali
12. Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai Kelab Badminton _____ Kelab Olahraga sebagai aktiviti kokurikulum mereka.
dan
atau
serta
tatkala
13. Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
malahan
dan
bahawa
kerana
14. Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.
kecuali
atau
dan
selepas
15. Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.
meskipun
tetapi
kerana
supaya
16. Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.
bahawa
manakala
atau
sambil
17. Mesyuarat tergempar itu berlanjutan ______ ke tengah malam.
selepas
sebelum
lalu
hingga
18. John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum menjelaskan tiket bayaran.
selagi
lalu
selepas
atau
19. Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.
melainkan
semasa
seraya
agar
20. Sampah itu dikutipnya _____ dibuangnya ke dalam tong sampah.
seraya
apabila
bahawa
kemudian
21. Encik Sulaiman berdoa _______ keluarganya sentiasa sihat.
untuk
jikalau
bahawa
semoga
22. _______ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
Semoga
Sewaktu
Supaya
Setelah
23. Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa _______ murid-murid sekolah itu.
lalu
maka
serta
atau
24. Maria berkata _______ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil belajar ke Putrajaya itu.
bahawa
seraya
maka
agar
25. Pertahanan negara perlu diperkuat _______ keamanan negara sentiasa terjamin.
agar
untuk
hingga
bahawa
