NEW
Font size
WorksheetsKATA SENDI NAMA TAHUN 5
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
1. Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
di
dari
pada
daripada
2. Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
ke
oleh
kepada
daripada
3. Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
dari
demi
dengan
daripada
4. Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk kampung.
bagi
sejak
pada
dengan
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
bagi
akan
tentang
dengan
6. Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian yang kian berleluasa.
oleh
untuk
dengan
terhadap
7. Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____ kawasan pedalaman Sarawak.
dari
daripada
ke
di
8. Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ____ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
kepada
dengan
seperti
pada
9. _____ semasa ke semasa biodata murid-murid akan dikemaskinikan.
Ke
Dari
Pada
Daripada
10. Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut persekitaran.
dari
oleh
demi
daripada
11. Kita boleh sampai ke Bulan ____ masa empat hari dengan menaiki roket.
di
demi
dalam
seperti
12. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.
di
dengan
kepada
hingga
13. Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan.
terhadap
hingga
dalam
oleh
14. Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.
sejak
oleh
tentang
dalam
15. Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yang datang dan pergi.
dengan
untuk
bagi
di
16. Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan kadar buta huruf di kalangan penduduk di luar bandar.
sejak
tentang
oleh
untuk
17. Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila mendendangkan lagu Melayu asli
sampai
umpama
demi
antara
18. Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
daripada ... sehingga
dari ... hingga
sejak ... ke
pada ... hingga
19. Ayah dan ibu sangat suka _______ mee goreng yang dijual di restoran itu.
oleh
kepada
akan
pada
20. _______ pesta tersebut , pelbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai yang disediakan .
Dengan
Pada
Di
Seperti
21. Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa.
akan
dengan
tentang
antara
22. Setibanya saya _______ Kuala Kangsar ,saya telah dipelawa _______ seorang penduduk kampung di situ bertandang ke rumahnya.
ke ... oleh
di ... oleh
pada ... dengan
dalam ... daripada
23. Majlis perkahwinan _______ Anita dan Masri berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.
daripada
seperti
dengan
antara
24. ketua pengawas, kamu hendaklah menunjukkan teladan yang baik.
Pada
Sebagai
Untuk
Daripada
25. “Gaya hidupnya sudah seperti orang Barat ________ pulang dari luar negara,” kata Mak Minah kepada jiran-jirannya.
sejak
dalam
pada
antara
