wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 PERATURAN BILIK SAINS SK METHODIST

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas ketika menjalankan aktiviti sains?

a)

Supaya nampak lebih cantik

b)

Untuk mencegah rambut gugur

c)

Supaya penyiasatan sains dapat dijalankan

d)

Untuk mencegah rambut terbakar apabila menggunakan penunu bunsen

2.

Semua kaca tingkap ditutup ketika murid-murid sedang melakukan penyiasatan di Bilik Sains.


Bagaimanakah keadaan di dalam Bilik Sains ketika murid-murid menjalankan penyiasatan?

a)

Udara akan menjadi segar dan nyaman

b)

Eksperimen tidak akan dapat dijalankan

c)

Murid-murid akan mengalami sesak nafas

d)

Udara akan menjadi panas dan aliran udara kurang baik

3.

Apakah yang perlu dilakukan sebaik sahaja murid memasuki Bilik Sains?

a)

Membasuh tangan

b)

Membersihkan sinki

c)

Menyusun kerusi dan meja

d)

Membuka kaca tingkap dan suis kipas

4.

Mengapakah murid tidak dibenarkan merawat sendiri kecederaan yang berlaku di dalam Bilik Sains?

a)

Murid tidak mempunyai peti pertolongan cemas

b)

Murid tidak berkeupayaan untuk membeli ubat-ubatan

c)

Murid tidak mengetahui tahap kecederaan yang dialami

d)

Kecederaan yang dialami boleh berjangkit pada murid lain

5.

Antara berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Air

b)

Alkohol

c)

Kertas tisu

d)

Larutan berwarna

6.

Mengapakah murid tidak dibenarkan membawa keluar peralatan sains tanpa kebenaran guru?

a)

Murid mungkin tercedera

b)

Murid akan didenda guru

c)

Boleh menyebabkan pembaziran wang

d)

Peralatan sains itu tidak dapat digunakan oleh murid lain

7.

Antara berikut, yang manakah boleh membahayakan kesihatan murid?

a)

Bermain di dalam Bilik Sains

b)

Makan dan minum di dalam Bilik Sains

c)

Membuka paip air tanpa kebenaran guru

d)

Masuk ke dalam Bilik Sains tanpa kebenaran guru

8.

Antara yang berikut, yang manakah harus digunakan untuk menyalakan penunu bunsen?

a)
b)
c)
d)
9.

Seorang guru telah menyediakan semua bahan dan radas eksperimen di atas meja. Amin bertindak terus menjalankan eksperimen tersebut dengan merujuk kepada buku teks. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Amin?

a)

Tidak mengikut prosedur eksperimen

b)

Tidak menjalankan eksperimen secara berkumpulan

c)

Tidak menunggu arahan guru sebelum memulakan penyiasatan

d)

Tidak mencatatkan laporan eksperimen

10.

Ali mendapati jari rakannya luka akibat terkena serpihan radas yang pecah ketika melakukan eksperimen. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ali?

a)

Merawat rakannya

b)

Melaporkan kepada guru

c)

Meneruskan eksperimen

d)

Membersihkan serpihan radas yang pecah

11.

"DILARANG BERGURAU DAN BERLARI DI DALAM BILIK SAINS"

Maklumat di atas adalah salah satu daripada peraturan Bilik Sains. Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan Bilik Sains?

a)

Supaya Bilik Sains sentiasa kemas

b)

Mengelakkan kemalangan di dalam Bilik Sains

c)

Supaya Bilik Sains tidak bising

d)

Elak murid daripada menggunakan Bilik Sains

12.

Antara yang berikut, yang manakah tindakan yang betul tentang langkah keselamatan di dalam Bilik Sains?

a)

Rasa dulu bahan kimia sebelum menggunakannya

b)

Jika ada kemalangan kecil, tidak perlu lapor kepada guru

c)

Batang mancis yang menyala perlu dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah

d)

Baca label pada botol bahan kimia selepas menggunakannya

13.

Apakah langkah yang perlu dilakukan selepas menjalankan ujikaji menggunakan bahan kimia?

a)

Merekodkan bahan kimia yang digunakan

b)

Mengelap kedua-dua belah tangan dengan kertas tisu

c)

Membasuh kedua-dua belah tangan dengan aliran air paip

d)

Meneruskan langkah dalam penyiasatan yang dijalankan

14.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
15.
Mengapakah murid harus mendengar arahan guru terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang eksperimen?
a)
Supaya keputusan dapat diperhatikan dengan tepat.
b)
Supaya tiada pembaziran bahan sains semasa eksperimen dijalankan
c)
Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan
d)
Supaya murid-murid tidak perlu meniru keputusan eksperimen daripada rakan mereka
16.
Maklumat berikut menunjukkan aktiviti beberapa orang murid di dalam Bilik Sains.
-Johan menyalakan penunu Bunsen dengan pemetik api.
-Sandra membuang bahan buangan cecair ke dalam tong sampah.
-Raju menghidu bahan kimia di dalam botol untuk mengenal pasti bahan tersebut.
-Laili mengikat rambutnya dengan kemas semasa menjalankan eksperimen.
a)
Johan dan Raju
b)
Sandra dan Raju
c)
Johan dan Laili
d)
Raju dan Laili
17.
Antara berikut yang manakah tujuan mematuhi peraturan Bilik Sains?
a)
Memudahkan guru memberi arahan
b)
Memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan cepat
c)
Mengelakkan kehilangan bahan dan peralatan sains dalam Bilik Sains
d)
Mengelakkan kecederaan berlaku semasa menjalankan eksperimen
18.
Mengapakah peralatan dan bahan sains diletakkan di Bilik Sains
a)
Supaya tidak pecah
b)
Supaya mudah dilihat
c)
Supaya Bilik Sains kelihatan kemas
d)
Supaya mudah diambil apabila diperlukan
19.
Di manakah peti pertolongan cemas harus diletakkan di Bilik Sains
a)
Di dalam laci
b)
Di atas meja guru
c)
Di dalam almari berkunci
d)
Di tempat yang mudah dilihat
20.
Berikut adalah perbualan dua orang murid ketika menjalankan suatu aktiviti
Rina : Warna larutan ini sangat menarik.
Wani : Biar saya hidu apa baunya.
Tindakan yang manakah harus Rina lakukan?
a)
Melarang Wani menghidu larutan itu
b)
Membiarkan Rina menghidu larutan itu
c)
Mengucap terima kasih kepada Rina
d)
Menghidu larutan itu bersama-sama Rina