wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Amalan ajaran agama atau kepercayaan Tahun 4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kepentingan hidup beragama atau berkepercayaan

a)

mendekatkan diri dengan Tuhan

b)

dapat membezakan amalan baik dan buruk

c)

menjadi manusia berakhlak mulia

d)

dapat mengejar kekayaan

2.
a)

Budha

b)

Hindu

c)

Islam

d)

Kristen

e)

Konghucu

3.

Antara berikut, yang manakah bukan amalan agama dan kepercayaan rakyat malaysia?

a)

Hindu

b)

Kristian

c)

Islam

d)

Atheist

4.

Hari wesak disambut oleh penganut agama

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Anemisma

5.

Berikut merupakan sambutan perayaan utama di Malaysia kecuali :

a)

Hari Raya Aidilfitri

b)

Tahun Baru Cina

c)

Hari Deepavali

d)

Good Friday

6.

Perayaan Thaipussam disambut oleh mereka yang beragama

a)

Islam

b)

Buddha

c)

Hindu

d)

Kristian

7.

Rajah menunjukkan makanan tradisi semasa perayaan...

a)

Hari Deepavali

b)

Hari Thaipussam

c)

Hari Raya Aidilfitri

d)

Pesta Kaamatan

8.

Semasa Tahun Baru Cina, kaum Cina biasanya mengenakan pakaian berwarna

a)

merah

b)

kuning

c)

hijau

d)

biru

9.

Hari Krismas disambut pada

a)

20 Januari

b)

31 Ogos

c)

16 September

d)

25 December

10.

Di manakah orang Islam menunaikan ibadat?

a)

Masjid

b)

Gereja

c)

Kuil

d)

tokong

11.

Pilih agama yang tidak terdapat di Malaysia

a)

Hindu

b)

Islam

c)

India

d)

Buddha

12.

Rishanti beragama Hindu. Dia beribadat di....

a)

Gereja

b)

Tokong

c)

Masjid

d)

Kuil

13.

Setiap agama dan kepercayaan mengajar kita agar sentiasa mengamalkan perbuatan ........

a)

Mencuri

b)

Jahat

c)

Baik

d)

Malas

14.

Mengapakah kita perlu menghormati ajaran agama lain?

a)

Dapat membandingkan ajaran agama kita dengan orang lain

b)

Dapat membantu kita memahami cara hidup orang lain

c)

Dapat memperbaiki kelemahan agama yang kita anuti

d)

Dapat mengelakkan penindasan terhadap peganut agama lain

15.

Pesta Kaamatan disambut sempena

a)

menghormati semangat padi

b)

berterima kasih kepada tuhan

c)

meraikan hari kemenangan

d)

meraikan Tahun Baru

16.

Yang manakah BUKAN ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan?

a)

Bersyukur

b)

Pemaaf

c)

Dengki

d)

Sabar

17.

Yang manakah BUKAN kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan?

a)

Hidup terumbang-ambing

b)

Mencetuskan perbalahan

c)

Berfikiran negatif

d)

Berasa aman dalam hidup

18.

Tandakan kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri.

a)

Menjauhi perkara yang dilarang

b)

Mudah terpengaruh dengan perkara negatif

c)

Meningkatkan ime diri

d)

Membezakan amalan baik dengan amalan buruk

19.

Anak Encik Muthu kurang sopan ketika tetamu berkunjung ke rumah mereka.

Apakah perasaan Encik Muthu?

a)

Gembira

b)

Sedih

c)

Puas hati

d)

Bangga

20.

Angeline bersembahyang di gereja setiap hari Ahad. Dia selalu membaca kitab ___________?

a)

Al-Quran

b)

Veda

c)

Injil

d)

majalah

21.

Encik Muhamad Razak bersolat lima waktu sehari dan membaca kitab Al-Quran. Beliau beragama _______________.

a)

Buddha

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Islam

22.

Tan Kean bersembahyang di _________________. Dia membakar colok ketika beribadat.

a)

tokong

b)

gereja

c)

kuil

d)

masjid

23.

Murni tidak menyediakan masakan daging semasa menjemput Murli dan sekeluarga menghadiri majlis rumah terbukanya. Murni seorang yang ....

a)

tidak menyukai Murali dan sekeluarga.

b)

bersikap jujur dan bercakap benar.

c)

menghormati agama dan kepercayaan orang lain.

d)

biadap dan bersikap kurang ajar terhadap kawannya.

24.

Raymond berasa sangat ______________ atas kehilangan anak jirannya walaupun mereka berlainan agama dan kepercayaan.

a)

bangga

b)

sedih

c)

gembira

d)

terkilan

25.

Kita perlu menghormati amalan ajaran agama atau kepercayaan jiran agar mewujudkan semangat _________________ yang erat.

a)

permusuhan

b)

hormat

c)

perpaduan

d)

perbalahan

26.

Semua ajaran agama atau kepercayaan meminta penganutnya supaya ......

a)

melakukan perkara yang membazir masa.

b)

membuang masa.

c)

sentiasa bekerja pada waktu siang dan malam.

d)

sentiasa bercakap benar dan berbuat baik.

27.

Adnan segera _____________ rakannya yang mentertawakan Sarjit Singh yang memakai serban kepala.

a)

memarahi

b)

menegur

c)

menampar

d)

menghina

28.

Susan segera ____________________bunyi televisyen atau radio apabila tiba waktu untuk jirannya bersolat.

a)

membesarkan

b)

memperlahankan

c)

merosakkan

d)

membaiki

29.

Semasa menghadiri majlis rumah terbuka di rumah kawan, Kumari dan ibunya ....

a)

membawa bekalan makanan untuk membawa makanan pulang ke rumah.

b)

membawa juadah untuk dikongsi bersama jiran tetangga.

c)

makan tergopoh-gopoh dan mengambil makanan dalam kuantiti banyak.

d)

memberikan kritikan negatif mengenai kuih raya yang disediakan oleh jiran.

30.

Michael ______________ ajakan rakannya untuk bermain bola sepak ketika dia dan sekeluarganya sedang bersiap-siap untuk pergi ke gereja.

a)

menarik

b)

memarahi

c)

menendang

d)

menolak

31.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan cara menghormati amalan dan kepercayaan jiran.

a)

bertoleransi dengan bunyi bising mercun semasa sambutan Hari Deepavali.

b)

makan di hadapan rakan yang sedang berpuasa dengan sengaja.

c)

memakai pakaian yang menjolok mata semasa menghadiri majlis rumah terbuka.

d)

memberikan kritikan negatif mengenai amalan dan kepercayaan jiran.

32.

Jenny telah menerima _________________jiran menghadiri majlis kesyukuran.

a)

wang pusaka

b)

jemputan

c)

kad perkahwinan

d)

duit perbelanjaan

33.

Kita tidak harus ________________________ ajaran agama dan amalan kepercayaan sesama jiran.

a)

berbangga

b)

membandingkan

c)

menerima

d)

akur

34.

Jiran yang beragama _________________ menjadikan haiwan lembu sebagai haiwan suci.

a)

India

b)

islam

c)

Buddha

d)

Hindu

35.

Jiran beragama Islam berpuasa dengan tidak makan dan minum pada bulan ...

a)

Bulan syawal

b)

Bulan Ramadan

c)

Bulan Rajab

d)

Bulan Muharram

36.

Alicia melihat rakan baiknya, Revathi sedang menghias kolam di hadapan pintu masuk rumahnya. Alicia harus...

a)

mengejek amalan dan kepercayaan rakan.

b)

memijak dan merosakkannya.

c)

memperlekehkan amalan dan budaya sendiri.

d)

memuji rakannya dan turut serta belajar cara membuat kolam.

37.

Dilip Singh sentiasa bersanggul apabila ke mana-mana sahaja. Dilip Singh seorang yang ...

a)

sombong dan tidak peramah.

b)

mencintai identiti diri dan berkeyakinan diri.

c)

bongkak dan tidak bersopan

d)

suka membantu orang lain

38.

Puan Anita berasa sangat ________________ kerana mempunyai jiran yang sangat baik hati dan pemurah.

a)

geram

b)

bangga

c)

bersyukur

d)

taat

39.

Perayaan hari natal menjelang tiba. Jiran anda, Pak Cik Osbon tinggal seorang diri dan tidak dilawati oleh ahli keluarganya. Keadaannya tidak terurus dan terbiar. Apakah yang akan anda lalukan?

a)

melawatnya dan memberikan sedikit duit.

b)

mengambil duit daripada dompet ibu dan memberikan kepada Pak CIk Osbon

c)

Tidak mempedulikan situasi Pak CIk Osbon

d)

Melawat Pak CIk Osbon, membawakan kuih raya dan meluangkan masa bersamanya.

40.

Apakah buku rujukan utama bagi pengikut Taoisme

a)

Tao Te Ching

b)

To De Ching

c)

Tao Fu Ching

d)

Tao Dung