WorksheetsTatabahasa Bahasa Melayu
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
Awak boleh berjumpa dengan guru besar selepas ___________________selesai bermesyuarat nanti.
patik
kita
beliau
dia
“Biar _________________ yang menghapuskan orang mengamuk itu,” kata Hang Tuah kepada Bendahara.
patik
hamba
tuanku
tuan hamba
Azura tidak dapat __________ ubat yang amat pahit itu.
mengunyah
memakan
menghirup
menelan
Harapan pasukan Malaysia untuk memenangi pingat emas dalam acara badminton itu sangat _____________ .
pendek
ringkas
buntu
tipis
Pak Jamil meletakkan orang-orang di _____________ sawah untuk menakutkan burung-burung yang hendak makan padinya.
tepi
sudut
tengah
belakang
Kegembiraan Amira berubah menjadi _________________ setelah dia mendengar berita sedih itu.
masam
kusam
suram
ceria
Adik mengadu bahawa kakinya berasa ____________ setelah tercucuk jarum.
penat
lenguh
sengal
letih
Walaupun berkarat, tetapi pisau itu sangat ___________ sehingga menyebabkan jari Safiah terluka.
bersinar
tajam
tumpul
runcing
Encik Lukman bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh ____________ kesenangan hidup keluarganya.
demi
bagi
daripada
terhadap
Orang gila itu ____________ di perhentian bas itu sejak tengah hari tadi.
kusut-masai
simpang-siur
lalu-lalang
mundar-mandir
Para peserta persidangan itu bersetuju untuk mengadakan lawatan ke ________________ orang asli.
berkampung
kampungan
dikampungkan
perkampungan
“Berehatlah dahulu di pondok ____________ yang serba kekurangan ini,” kata Damak kepada Arjuna.
beta
patik
hamba
baginda
Khairul dan Iskandar sedang _____________ lembu yang baru disembelih di belakang rumah Pak Kamil.
memenggal
merobek
meracik
melapah
Emak duduk ___________ dengan santunnya sambil melayan tetamunya yang datang dari Terengganu.
berlunjur
bersimpuh
berlutut
bersila
Ibu Auni berasa ________ kerana anak kesayangannya itu belum pulang walaupun hari semakin gelap.
pilu
celaru
risau
kecewa
Pelancong dapat ____________ keindahan alam semula jadi Pulau Langkawi jika berkunjung ke Kedah.
memandang
menikmati
melalui
melawat
Ibu meminta saya mengambil _________ tebu yang dipotong dan ________ pisau.
sebatang … sebuah
seurat … sekeping
seruas … sebilah
serumpun … seutas
“Untuk berjaya kita tidak boleh ____________,” kata Pengerusi Kampung Lenga kepada anak-anak buahnya.
berganding bahu
bergerak seiring
berpeluk tubuh
bersuka ria
Kejayaannya mencipta nama dalam fesyen pada peringkat antarabangsa telah ____________ masyarakat tentang keupayaan anak tempatan.
membuka mata
mengambil hati
mendabik dada
menambat hati
Najihah dan Lim Su Wan berkawan baik _____________ mereka berkenalan semasa menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
daripada
kepada
sejak
dari
Amir _________ sejambak bunga kepada tunangnya sempena hari ulang kelahirannya.
menghadiahkan
menghadiahi
dihadiahkan
dihadiahi
Aisyatul Ain sedang ___________ seuntai sajak sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-59.
menggayakan
menceritakan
mendendangkan
mendeklamasikan
Penduduk di kawasan itu terpaksa ______________ apabila kawasan tersebut dilanda banjir.
lalu-lalang
bolak-balik
pindah-randah
mundar-mandir
________ murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di Pusat Sumber Sekolah.
Sekawan
Sepasukan
Sekumpulan
Segerombolan
Kedai kek itu terletak di __________ kedai komputer dan kedai barangan elektrik.
dalam
antara
tengah
sekeliling
