WorksheetsKUIZ KATA NAMA AM (1)
Total questions: 50
Worksheet time: 36mins
1. Mamat berada di dalam..................... untuk membaiki kereta Puan Zarina yang rosak.
pondok
anjung
teratak
bengkel
Ali singgah sebentar di perkampungan...................... itu untuk membeli keropok ikan.
belia
petani
nelayan
peladang
Kushairi membaca.........................yang baru diterimanya dengan perasaan yang berdebar-debar.
surat
majalah
tingkap
buku
Puan Shamini sedang menyediakan kuih.......................berintikan kentang untuk hidangan minum petang.
kek
biskut
karipap
dodol
Sekumpulan pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar...................di dalam gua itu.
labah-labah
labi-labi
kelawar
cengkerik
Puan Salamah merupakan seorang.................di Universiti Malaya.
pensyarah
polis
angkasawan
pencuri
...................... itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
Gadis
Wanita
Pemudi
Pemuda
Orang ramai berkumpul di..................... itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
kedai
rumah
dewan
masjid
......................yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
Kuih
Lauk
Sayur
Barang
Beberapa ekor................... bergayut pada sebatang pokok.
lipas
kera
beruang
tenggiling
Murid-murid sedang bersenam di........................
pawagam
kilang
perpustakaan
padang
..................... itu telah mengadili perbicaraan tersebut tanpa berat sebelah.
Peguam
Pengawal
Hakim
Pegawai
Wanita tua itu menuntun ....................... di tepi jalan raya.
kereta api
basikal
kereta
kapal
Kakak Fazi menggunakan................... untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
senduk
gelas
garpu
pisau
Pak Cik Borhan menggunakan......................yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
gergaji
gunting
cangkul
penukull
....................baju Shazali tertanggal pada pagi tadi.
Suis
Kocek
Skru
Butang
Nenek menghamparkan.................... usangnya di ruang tamu.
tikar
baju
manik
payung
Nenek menghamparkan.................... usangnya di ruang tamu.
tikar
baju
manik
payung
Saya dan Samy belajar di........................yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
tadika
sekolah
dewan
padang
Pada zaman dahulu, raja dan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah.....................yang cantik.
singgahsana
mahligai
peterana
takhta
Pada musim tengkujuh, para nelayan akan menghabiskan masa dengan membubul....................
bubu
pukat
joran
perangkap
Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di ________ sekolah.
padang
gelanggang
dewan
tapak
Ukiran yang menarik dan halus pada _______ kota itu menarik perhatian para pengunjung dari dalam dan dari luar negara.
gerbang
gerigi
pasar
kedai
Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang di _______ sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.
junjung
tapak
tepak
teratak
________ yang dibina Pak Ali di tengah-tengah durian itu roboh akibat tiupan angin kencang beberapa hari yang lalu.
astaka
dangau
gerobok
gudang
Encik Shamsuddin membeli ubat-ubatan di ______ pandu lalu semasa anaknya menghidap demam dan selsema.
klinik
lorong
farmasi
perubatan
Para pengunjung pasar raya itu menggunakan _______ kecemasan apabila bahagian hadapan bangunan itu terbakar.
eskalator
lif
tangga
pintu
Ali berasa gayat apabila melalui ______ Jalan Pintas Rawang yang tinggi itu ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
jejambat
jejantas
terowong
terusan
Kanak-kanak ______ di SJK(T) Batang Kali akan mengikutinlawatan sambil belajar ke Zoo Negara.
sekolah
prasekolah
universiti
tuisyen
Ceramah ketatabahasaan kendalian Cikgu Tan itu diadakan di _______ agar dapat menampung jumlah murid dari seluruh daerah Gombak.
makmal
bengkel
stor
auditorium
Muthu pergi ke _______ setiap pagi untuk membeli sayur-sayuran.
pasar
kedai
ladang
taman bunga
________ itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.
Petani
Doktor
Jurutera
Jururawat
Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
dewan
sekolah
pasar tani
stadium sukan
Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah.
universiti
sekolah
tadika
taska
______ peliharaan Pak Seman meragut rumput di padang yang luas.
Lembu
Harimau
Kucing
Ayam
Pilih kata nama am yang betul berdasarkan gambar
doktor
cikgu
juruacara
juruterbang
Pilih kata nama am yang betul berdasarkan gambar.
kereta
kereta api
motosikal
basikal
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
(Pilih kata nama am yang betul.)
gajah
seekor
sedang
menjinakkan
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
(Pilih kata nama am yang betul.)
gajah
seekor
sedang
menjinakkan
Wanita yang berselendang putih itu hendak melawat Zuraini.
(Pilih kata nama am yang betul.)
wanita
Zuraini
melawat
hendak
Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh ______ dengan suara yang lantang.
juruacara
juruhebah
juruulas
jurucakap
Murid-murid dikehendaki berbaris sebelum pergi ke ______________ untuk menonton persembahan.
makmal
sekolah
dewan
kantin
Ahmad dan keluarganya makan malam di ______________ pada setiap hari Ahad.
rumah
restoran
kantin
gerai
Encik Soo menghantar keretanya ke ______________ untuk dibaiki.
stor
bengkel
klinik
retoran
Setiap hari, Mei Hui akan menyimpan wang saku lebihnya di dalam ______________.
bank
laci
almari
tabung
Kita mesti berhati-hati ketika menggunakan ______________ itu kerana lantainya berair dan licin.
pokok
sekolah
tandas
pembaris
Penyanyi yang terkenal itu akan mengadakan persembahan di sebuah ______________ di Kuala Lumpur.
gelanggang
perhentian bas
stadium
hospital
Adik berteriak dengan kuat apabila melihat sebuah ______________ terbang di udara.
kereta
basikal
helikopter
bas awam
Abang Kai Qing ______________ Universiti Putra Malaysia, Selangor.
siswazah
pekebun
petani
guru
Pada cuti sekolah, sepasukan pengakap telah mendaki sebuah ______________ di pinggir hutan itu.
pagar
bukit
tanah
laut
