wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sistem Bahasa Tingkatan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

2.

Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.

a)

sasaran

b)

wawasan

c)

harapan

d)

impian

3.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

4.
Pilih ejaan yang betul
a)
atlit
b)
atelit
c)
atlet
d)
atilit
5.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
6.
Pilih ejaan yang betul
a)
kartun
b)
katun
c)
karton
d)
kartoon
7.

"Banyak maklumat yang berguna dapat _____________ diperoleh daripada Pameran Kesihatan Mental itu," jelas Melanie ketika berbual dengan rakan sekelasnya.

a)

kami

b)

kita

c)

kalian

d)

mereka

8.

Perabot yang diperbuat_________________ kayu jati itu mahal harganya tetapi tahan lama.

a)

dari

b)

pada

c)

dengan

d)

daripada

9.

Barang rampasan itu masih ada ______________ pihak kastam.

a)

pada

b)

untuk

c)

kepada

d)

dengan

10.
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
11.

Perlawanan peringkat akhir bola sepak itu akan diadakan di ______________.

a)

Dataran Merdeka

b)

Zoo Negara

c)

Stadium Nasional Bukit Jalil

d)

Muzium Negara

12.

_________ yang dibuat oleh kakaknya itu sungguh enak.

a)

Nasi

b)

Tepung

c)

Air

d)

Kuih

13.

Cikgu Suhaidi _______ kereta Proton Saga ke sekolah.

a)

mengayuh

b)

memandu

c)

menunggang

d)

membonceng

14.

Kumari menjumpai se________ rantai emas di atas jalan itu.

a)

ulas

b)

utas

c)

untai

d)

gulung

15.

Encik Zikri membina se________________ rumah untuk ayahnya.

a)

biji

b)

batang

c)

kuntum

d)

buah

16.

" ___________ yang memecahkan pasu bunga yang diletakkan si hadapan rumah ini? "

a)

Siapakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Dimanakah

17.

Kakak ___________ pernah dimarahi oleh ibu sejak kecil lagi.

a)

bukan

b)

sering

c)

tidak

d)

tengah

18.

Buku itu sungguh ___________ dan berat.

a)

tinggi

b)

bulat

c)

tebal

d)

nipis

19.

________ roti sudah memadai untuk sarapan kami bertiga.

a)

Sebungkus

b)

Sebuku

c)

Sebutir

d)

Sebuah

20.

Cikgu Alias seorang guru yang tegas. __________ sangat dihormati oleh semua orang.

a)

Baginda

b)

Dia

c)

Ia

d)

Beliau