NEW
Font size
WorksheetsKata ganti nama Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Datuk dan nenek gemar berkebun. _________ membuat batas sayur di belakang rumah.
Saya
Kami
Kalian
Mereka
Venoth dan Theswin berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.
Mereka
Engkau
Dia
Beliau
"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.
Kita
Anda
Kamu
Engkau
"Mudah-mudahan ____________________ akan berjaya dalam peperiksaan UPSR," kata ibu kepada abang.
awak
kamu
kita
anda
"_______________________ akan mendenda kamu jika tidak menyiapkan latihan ini," kata Cikgu Badrul kepada Shamala.
Aku
Beta
Saya
Hamba
Keenam-enam orang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. __________________ akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Kita
Mereka
Beliau
Kami
"Datuk berpesan supaya _____________________ rajin belajar agar berjaya dalam peperiksaan," kata Kon Jen Meng kepada Kon Jen Shen.
dia
kita
kami
mereka
"Sebagai murid, _____________________ mesti menghormati guru," kata Jacqueline kepada kawan-kawannya.
kami
engkau
kita
kalian
Irdina tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana _________ demam panas.
beliau
dia
kita
Guru besar sedang berucap di perhimpunan sekolah. _________ menasihati murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.
Dia
Beliau
Kami
"____________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid 5 Cemerlang kepada Cikgu Badrul.
Saya
Kita
Kami
"Ibu, duit __________ hilang," kata Christina kepada ibunya.
aku
kita
saya
Chin Ray, Zi Yu dan Yew Joe bersahabat baik. __________ gemar bermain bola di padang pada waktu petang.
Kalian
Kamu
Mereka
"Ampunkan ____________ tuanku," sembah Hang Kasturi kepada Sultan Mahmud.
saya
patik
hamba
________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.
Saya
Awak
Kita
Mereka
