wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN NEGARA

Total questions: 25

Worksheet time: 4hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Pada Zaman Kerajaan Melayu Awal, ____________ merupakan ketua kerajaan yang berkuasa ke atas semua rakyat.

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Menteri

c)

Pendeta

d)

Sultan

2.

Pilih dua ciri-ciri yang berkaitan Sultan pada Zaman Kerajaan Melayu Awal

a)

Mempunyai kuasa mutlak

b)

Menyembuhkan rakyat

c)

Memiliki kuasa ghaib

d)

Merupakan ketua kerajaan

3.

Apakah peranan Sultan semasa pentadbiran British di negara kita?

a)

Ketua agama Islam

b)

Ketua adat istiadat

c)

Ketua undang-undang

d)

Ketua kehakiman

4.

Maklumat berikut merujuk kepada raja yang memerintah.


"Daulat Tuanku"


Perkataan tersebut melambangkan __________________

a)

kekuatan

b)

kekayaan

c)

kekuasaan

d)

kemegahan

5.

Apakah perkara yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895?

a)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

b)

Ekonomi orang Melayu terpelihara

c)

Status quo peribumi dikembalikan

d)

Kedudukan sultan sebagai ketua negeri

6.

Hubungan antara Raja dengan rakyat telah wujud sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah konsep yang wujud kesan daripada hubungan ini?

a)

Waadat

b)

Daulat

c)

Derhaka

d)

Mandat

7.

Apakah peristiwa yang berlaku sekiranya anda melihat bendera negeri dikibarkan separuh tiang?

a)

Kemangkatan sultan

b)

Pertabalan sultan

c)

Keputeraan sultan

d)

Keberangkatan sultan

8.

Gambar tersebut merupakan Istana Negara, Malaysia.


Apakah kepentingan istana kepada sultan yang memerintah?

a)

Menjadi kubu pertahanan

b)

Menunjukkan kekayaan

c)

Melambangkan kemegahan

d)

Merupakan kediaman rasmi

9.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang betul dalam menghargai institusi raja di Malaysia?

a)

Menyanyikan lagu kebangsaan dengan bangga

b)

Mengibarkan bendera separuh tiang ketika kemangkatan ketua negeri atau negara.

c)

Bersikap biadab terhadap raja

d)

Tidak mahu memahami dan menghayati isi Rukun Negara.

10.

Pilih tiga negara di Asia yang masih mengamalkan institusi beraja.

a)

Indonesia

b)

Brunei

c)

Jepun

d)

Thailand

11.

Kerajaan pada masa dahulu bermaksud negeri yang diketuai oleh raja.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Lambang kekuasaan raja terhadap kerajaan dan kawasan pemerintahannya dipanggil daulat.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Konsep derhaka membawa maksud rakyat patuh dan menuruti segala perintah raja.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Waadat yang terdapat dalam Sejarah Melayu berlaku antara Demang Lebar Daun dan Sultan Iskandar Zulkarnain.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Maksud waadat ialah satu perjanjian di mana rakyat mesti patuh pada perintah raja dan raja pula mesti memerintah dengan adil.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Gelaran bagi raja Negeri Sembilan ialah Sultan iaitu sama seperti negeri Perak, Selangor,dan Terengganu.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Yang Di-Pertuan Agong merupakan pemerintah bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Negeri Perlis termasuk dalam senarai negeri yang menggelar pemerintahnya sebagai Yang Di-Pertuan Negeri.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Salah satu cara bagi kita untuk menghargai institusi raja ialah mengabadikan nama seseorang sultan atau raja pada bangunan, sekolah dan hospital.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Raja ialah gelaran ketua negara bagi Malaysia, Thailand, Jepun dan Brunei.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Istana merupakan kediaman rasmi bagi raja sesebuah negara dan adalah lambang kemegahan dan simbol budaya setiap negara.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Apabila berlaku kemangkatan sultan atau raja, rakyat perlu mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Institusi raja di negara kita telah wujud sejak ....................

a)

Zaman dahulu

b)

Zaman Kerajaan Melayu Awal

c)

Zaman Penjajahan British

d)

Zaman Demokrasi

24.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Malaysia?

a)

Kuku besi

b)

Raja Berpelembagaan

c)

Kapitalisme

d)

Monarki demokratik

25.

Siapakah ketua negara Malaysia?

a)

Raja

b)

Menteri Besar

c)

Yamtuan Besar

d)

Yang di-Pertuan Agong