NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif Ting 1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
“Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
ikhlas
adil
sopan
amanah
Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.
lebat
penuh
ketat
padat
Yuki berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu _________.
sesak
tegang
sunyi
senggang
Baju Ching Ting sudah ________ kerana kerap dipakainya.
uzur
lusuh
layu
kelam
Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
kaku
riang
diam
nyenyak
Masakan itu amat __________ kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
kelat
pahit
pedas
payau
Bahagian depan kereta itu telah ________ setelah terlanggar lori.
patah
retak
remuk
kempis
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
cemas
terharu
terkejut
kecewa
Abang Aiman _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
Seluruh badan Azman ________ kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi sungai.
hancur
tersiat
tercalar
bengkak
