wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Maria tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana _________ demam panas.

a)

beliau

b)

dia

c)

kita

2.

"Siapakah nama adik __________?" tanya Kamarul kepada Halim.

a)

dia

b)

saya

c)

awak

3.

"__________ mahu semua rakyat hidup dalam keadaan aman dan bersatu padu," titah sultan.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Saya

4.

Guru besar sedang berucap di perhimpunan sekolah. _________ menasihati murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Kami

5.

"____________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid 5 Cemerlang kepada Cikgu Abu.

a)

Saya

b)

Kita

c)

Kami

6.

"__________ akan pergi berburu esok," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

Saya

b)

Beliau

c)

Hamba

7.

Uwais, Nas dan Irwan bersahabat baik. __________ gemar bermain bola di padang pada waktu petang.

a)

Kalian

b)

Kamu

c)

Mereka

8.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Ho kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

9.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

10.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul.

a)

Dia, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, Beta

d)

Baginda, Dia, Kalian

11.

"Mengapakah ________ tidak mengikuti perkhemahan di Bukit Lagong?" tanya Natalia kepada Guang Fong.

a)

kita

b)

kami

c)

kamu

d)

saya

12.

"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Istana Budaya," kata Farisya kepada kakaknya.

a)

mereka

b)

kalian

c)

kami

d)

kita

13.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

14.

Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Mereka

15.
" Lelaki yang berbaju merah ___________ siapa, ibu?" tanya Ali apabila ternampak lelaki tersebut berbual-bual dengan bapanya di luar rumah.
a)
ini
b)
itu
c)
sini
d)
sana
16.
Ziyad sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.
a)
Patik
b)
Beliau
c)
Dia
d)
Awak
17.

"Sebagai jiran, __________ hendaklah tolong-menolong," kata penghulu kepada anak buahnya.

a)

kita

b)

kami

c)

awak

d)

kamu

18.
"Menjunjung titah, __________. Patik akan mencari bunga gul bakawali itu sampai dapat," sembah panglima itu kepada sultan.
a)
beta
b)
patik
c)
tuanku
d)
baginda
19.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
20.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak