Font size
WorksheetsKHUSYUK SOLAT DAN KEPENTINGANNYA F1
Total questions: 23
Worksheet time: 11mins
Apakah maksud Khusyuk dari segi bahasa?
Bising
Senyap, tunduk dan merendah diri
Maksud khusyuk dari sudut ISTILAH :
Menumpukan hati di hadapan Allah swt dengan menetapkan anggota, memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan dari awal hingga akhir solat
Solat 2 rakaat secara berjemaah pada hari Jumaat dalam waktu Zohor, yang didahului oleh 2 khutbah beserta dengan rukun dan syarat tertentu
Khusyuk merupakan kunci utama ibadat solat.
Seseorang yang khusyuk dalam solatnya, akan MENDAPAT KEJAYAAN & KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA & DI AKHIRAT.
Betul
Salah
Ustazah Nurul: Mengapa umat Islam dituntut supaya mengerjakan solat dengan khusyuk, wahai pelajar semua?
Luqman : Supaya Allah swt menerima ibadat solat kita, ustazah.
Dzikri : Solat yang khusyuk mampu memberikan kekuatan rohani, ustazah.
Ustazah Nurul : Bagus, jawapan kamu memang betul. Apakah lagi 3 kepentingan khusyuk dalam solat?
Penghalang daripada melakukan kemungkaran & maksiat
Memelihara kesihatan dan menghindari penyakit
Merasai nikmat & keseronokan menunaikan solat
Mendapat keampunan Allah swt
Setiap kali Sazali menunaikan solat , dia sering kali memikirkan sesuatu perkara lain dan tidak fokus dalam bacaan dan perbuatan solatnya.
Apakah sebab yang menyebabkan keadaan solat Sazali yang tidak khusyuk itu?
Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
Meninggalkan sesuatu daripada rukun solat
Solat dalam keadaan tergesa-gesa
Banyak melakukan dosa & maksiat
Ketika mengambil wudhuk, Ashraf seringkali bercakap-cakap dan berbual-bual serta tidak menyempurnakan basuhan atau sapuan pada anggota wudhuk yang wajib.
Nyatakan perbuatan yang menjadi sebab penghalang khusyuknya solat Ashraf.
Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram
Tidak menjaga adab ketika berwudhuk
Untuk memastikan solat yang khusyuk, terdapat 3 perkara yang berperanan iaitu peranan ANGGOTA, ............... dan .............
HATI
CINTA
AKAL FIKIRAN
Pilih 2 peranan ANGGOTA ketika solat :
Tidak memikirkan hal-hal keduniaan
Mata melihat tempat sujud ketika berdiri
Tidak berpaling, menjeling atau melakukan pergerakan yang bukan daripada perbuatan solat
Pilih 2 peranan HATI ketika solat :
Menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat yang terakhir
Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat
Merasakan seolah-olah kita melihat Allah swt atau Allah swt melihat kita
Pilih 2 peranan AKAL FIKIRAN ketika solat :
Tidak memikirkan hal-hal keduniaan
Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat
Mata melihat tempat sujud ketika berdiri
Antara berikut ialah kepentingan khusyuk kecuali
Membentuk daya fokus terhadap tujuan hidup
Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan
Jaminan solat diterima Allah S.W.T.
Berkurangnya iman seseorang
Antara berikut ialah penghalang dalam mengerjakan solat dengan khusyuk kecuali
Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
Tidak menjaga adab ketika berwudhu’
Menunaikan solat pada awal waktu
Banyak memikirkan perkara keduniaan
Tidak memahami maksud bacaan solat Tidak menjaga adab ketika berwudhu' Makanan , minuman dan pakaian daripada sumber haram
Adakah perkara di atas antara faktor penghalang khusyuk?
betul
salah
Apakah akibat sekiranya kita tidak khusyuk ketika solat ?
membentuk daya fokus terhadap tujuan hidup
memberikan kekuatan rohani
dapat kemanisan iman
solat tidak diterima Allah
Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat
adalah peranan_____________dapat khusyuk dalam solat
hati
akal
anggota
bagaimana peranan anggota seperti mata ketika hendak khusyuk dalam solat?
mata melihat tempat sujud
melihat jam di dinding
menutup mata
memandang tv
bagaimanakah peranan hati dapat khusyuk dalam solat
menghadirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah
tidak memahami maksud Al-Quran
banyak memikirkan perkara dunia
solat pada waktu makanan terhidang
Tandakan kepentingan khusyuk dalam solat
dapat mencapai kekayaan dan kemasyhuran di dunia
dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan
jaminan solat diterima Allah
memberikan kekuatan rohani
dapat merasai kemanisan iman
Tandakan penghalang khusyuk solat
Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
Tidak menjaga adab ketika berwudhuk
Makanan, minuman, pakaian daripada sumber yang haram
Tidak menghafaz banyak surah
Telekung dari jenis yang murah
Untuk khusyuk, solat hendaklah ditunaikan pada ______ waktu
awal
akhir
pertengahan
Untuk khusyuk solat, kita hendaklah merasa seolah-olah kita melihat Allah atau Allah ____________________ (M/S 139)
melihat kita
membantu kita
mengasihi kita
Untuk khusyuk solat, kita hendaklah menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat yang _________
terbaik
terakhir
pertama
Untuk khusyuk solat, kita hendaklah __________ dan menghayati maksud bacaan dalam solat
memahami
membaca
menghafaz
