NEW
Font size
WorksheetsKuiz 13_Kata Ganda
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Puan Shahirah menunjukkan _________________ memasak kek coklat kepada anak daranya.
cara-cara
tiap-tiap
enak-enak
suka-suka
"Janganlah kalian _______________ perkara yang tidak tentu kebenaran, kelak buruk padahnya," nasihat majikan mereka.
haru-biru
hiruk-pikuk
dakwa-dakwi
gembar-gembur
Ruang tamu rumah Puan Mazlien kelihatan cantik dan unik dihiasi dengan ________________ sayung.
lelabi
lelabu
kekisi
lelangit
________________ kelihatan bercahaya pada waktu malam.
Anai-anai
Umang-umang
Pijat-pijat
Kelip-kelip
Ibu menyimpan barang di atas ________________ supaya kelihatan kemas.
kuda-kuda
para-para
tupai-tupai
alang-alang
Cef Zamarul memasukkan ________________ seperti bunga lawang dan kulit kayu manis ke dalam masakannya.
lauk-pauk
kuih-muih
rempah-ratus
kayu-kayan
Suasana kelas 4 Einstein pada ketika itu __________________ kerana ketiadaan guru.
kumat-kamit
sampah-sarap
hingar-bingar
dentam-dentum
Makanan yang dihidangkan di hotel itu _________________ semuanya.
enak-enak
sedikit-sedikit
busuk-busuk
gemuk-gemuk
_________________ Tahun 5 Chempaka itu beratur untuk mendapatkan susu percuma yang diberikan oleh pihak sekolah.
Anak-anak
Murid-murid
Tua-tua
Kanak-kanak
Ahmad Asrul membeli beraneka ________________ di pasar malam sebagai juadah untuk berbuka puasa.
sayur-mayur
kuih-muih
gunung-ganang
roti-roti
Wajah Darween Leo __________________ setelah dimarahi oleh Cikgu Hamimah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
keputih-putihan
kemerah-merahan
kekuning-kuningan
kebiru-biruan
Jalan menuju ke Cameron Highland __________________.
huyung-hayang
bengkang-bengkok
tiris-miris
sorak-sorai
Pada malam itu, kawasan sekitar Kampung Jawa ___________________ kerana bekalan elektrik terputus.
terang-benderang
desas-desus
gelap-gelita
tiris-miris
Perempuan itu _________________ malu apabila ditegur oleh Abang Remy.
ditarik-tarik
tersipu-sipu
berdua-dua
semahu-mahunya
Borhan menternak beberapa puluh ekor kambing ________________ di ladang ternakannya.
lembu-lembu
kura-kura
biri-biri
labi-labi
Rambut adik ___________________ selepas bangun dari tidur.
serbah-serbih
kusut -masai
comot-momot
compang-comping
Ayah memasang ___________________ yang baharu di dalam bilik abang.
rerambut
peparu
lelangit
sesiku
Mak Cik Jenab menjemur ikan-ikan masin buatannya di atas ___________________.
rerumput
tetulang
pepara
kekisi
Perniagaan Encik Zahiruddin mengalami kerugian yang teruk kerana masalah ________________nya yang tidak berbayar.
remeh-temeh
senang-lenang
hutang-piutang
gegak-gempita
Adik menangis __________________ kerana jarinya luka terkena sebilah pisau yang tajam sungguh.
teresak-esak
terbatuk-batuk
mengilai-ngilai
tersedak-sedak
