wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RBT BAB 1 TING.2

Total questions: 28

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah definisi masalah bukan inventif?

a)

Masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian

b)

Masalah yang sukar diselesaikan dan memerlukan pandangan pakar

c)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

d)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

2.

Antara berikut yang manakah contoh masalah bukan inventif?

a)

Mengasah pisau yang tumpul menjadi tajam

b)

Menggantikan kaki meja kayu kepada kaki meja besi

c)

Menggantikan pinggan kaca kepada pinggan porselin

d)

Menambah baik penutup balang kuih yang tidak kedap udara menjadi kedap udara

3.

Antara berikut yang manakah definisi fungsi?

a)

Pengguna produk

b)

Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran

c)

Sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen

d)

Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem

4.

Antara berikut yang manakah komponen yang terdapat pada sebuah rak kasut?

a)

Paku

b)

Penyandar

c)

Kayu beroti

d)

Tempat duduk

5.

Antara A, B, C dan D, yang manakah simbol anak panah yang digunakan adalah salah?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Antara berikut yang manakah kaedah dalam mengenal pasti masalah dalam penyelesaian masalah secara inventif?

a)

Melalui semakan meja

b)

Melalui pengujian ke atas produk

c)

Melalui penilaian semula ke atas produk

d)

Melalui analisis fungsi komponen produk

7.

Rajah menunjukkan sebuah meja yang tidak stabil kerana skru tidak dapat mengikat muka meja dan kaki meja dengan ketat.

Apakah yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku?

a)

Graviti

b)

Momentum

c)

Kelembapan

d)

Kebolehan manusia

8.

Rajah menunjukkan sebuah meja yang memerlukan tenaga empat lelaki untuk mengalihkan meja tersebut selepas penambahbaikan dilakukan.

Antara berikut yang manakah perubahan reka bentuk yang sesuai dicadangkan?

a)

Menggantikan dengan kaki meja besi yang boleh dilipat

b)

Menggunakan konsep ikatan skru boleh pasang buka

c)

Memasang roda pada hujung kaki meja

d)

Menggunakan bahan untuk muka meja daripada plastik

9.

Antara berikut cadangan prinsip inventif yang manakah digunakan bagi contoh stereng kereta yang boleh diubah ketinggiannya?

a)

Kedinamikan

b)

Tindakan awal

c)

Tindakan berkala

d)

Pembuangan dan pemulihan

10.

Apakah tujuan analisis berantai punca dan kesan?

a)

Mengenal pasti masalah

b)

Menyelesaikan masalah yang timbul

c)

Memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan

d)

Menilai pembetulan yang dilakukan ke atas produk yang bermasalah

11.

Pernyataan berikut menerangkan tentang suatu contoh situasi.

Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan.

Antara berikut yang manakah sesuai digunakan?

a)

Kaedah pemisahan masa

b)

Kaedah pemisahan ruang

c)

Kaedah pemisahan waktu

d)

Kaedah pemisahan garis masa

12.

Rajah menunjukkan suatu produk yang bermasalah.

Antara berikut kaedah pemisahan yang manakah sesuai digunakan untuk situasi di atas?

a)

Kaedah pemisahan masa

b)

Kaedah pemisahan ruang

c)

Kaedah pemisahan waktu

d)

Kaedah pemisahan garis masa

13.

Antara berikut contoh yang manakah menunjukkan prinsip inventif penyarangan (nested doll) diaplikasikan?

a)

Pelindung cahaya cermin kereta

b)

Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan

c)

Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi

d)

Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas

14.

Henry memasang lampu tambahan di ruang tamu rumahnya kerana kurang pencahayaan, namun bil elektrik rumahnya didapati bertambah

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

15.

Pak Ya memasang bakul tambahan pada motosikalnya supaya mudah untuk Pak Ya mengangkut buah-buahan dari kebunnya, tetapi menyebabkan ruang tempat duduk menjadi sempit

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

16.

Dalam reka bentuk menggunakan model TRIZ, masalah dibahagikan kepada 2 iaitu?

a)

masalah inventif

b)

masalah inovatif

c)

masalah bukan sensitif

d)

masalah bukan inventif

17.

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan ialah masalah?

a)

bukan sensitif

b)

inventif

c)

bukan inventif

d)

inovatif

18.

Pilih 3 jenis analisis yang terdapat dalam analisi fungsi.

a)

analisis sistem

b)

model fungsi

c)

analisis komponen

d)

analisis interaksi

19.

Pilih fungsi yang betul bagi subjek kerusi dan objek orang.

a)

menahan

b)

memegang

c)

melindungi

20.

Pilih fungsi yang betul bagi subjek penukul paku dan objek paku.

a)

menampal

b)

memegang

c)

mengetuk

d)

menampung

21.
Aminah, Nadia, Jamila berkongsi payung yang kecil pada hari hujan dan menyebabkan baju mereka basah. Oleh itu Nadia menukarkan payung yang lebih besar, namun masalah baru timbul iaitu payung tersebut lebih berat dan menyebabkan tangan menjadi lenguh apabila memegangnya.
Nyatakan jenis masalah di atas
a)
Masalah inventif
b)
Masalah bukan inventif
22.
Parameter bagi percanggahan fizikal beban ialah
a)
Besar lawan kecil
b)
Berat lawan ringan
c)
Tinggi lawan rendah
23.
Pilih jenis kaedah pemisah yang betul jika sebuah kerusi perlu besar dan kecil pada masa yang sama
a)
Kaedah pemisah ruang
b)
Kaedah pemisah masa
24.
'Cawan memegang air'. Pilih yang mana satu penerima kesan
a)
Cawan
b)
Air
c)
Memegang
25.
' Klip memegang kertas'. Pilih yang mana stau adalah sistem
a)
Klip
b)
Memegang
c)
Kertas
26.

Apakah maksud bagi simbol ini?

a)

Berguna tetapi tidak mencukupi

b)

Berguna

c)

Berguna tetapi berlebihan

d)

Bermasalah

27.

Antara berikut, yang manakah contoh halangan sains dan fizik?

a)

Panas

b)

Graviti

c)

Kelembapan

d)

Kebolehan manusia

28.

Tentukan jenis situasi masalah dibawah sama ada masalah inventif atau masalah bukan inventif:


Puan Suria telah menambah manik di baju kurungnya dan menyebabkan bajunya susah digosok.

(a)