wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM T4 Bab 1

Total questions: 40

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut berkaitan dengan kerajaan di Alam Melayu.

# Kerajaan Champa

# Kerajaan Srivijaya

# Kerajaan Majapahit

# Kerajaan Gangga Nagara

Apakah warisan kerajaan tersebut kepada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Ciri-ciri negara bangsa

b)

Asas pembentukan negara

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Lambang kebesaran kerajaan

2.

Bagaimanakah kedudukan raja di Kerajaan Alam Melayu diperkukuhkan?

a)

ditaati oleh rakyat jelata

b)

dibantu oleh para pembesar

c)

mendapat bantuan kuasa asing

d)

disokong oleh golongan agama

3.

Soalan berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa.

Apakah X?

a)

Kerajaan

b)

Kedaulatan

c)

Lambang Kebesaran

d)

Wilayah Pengaruh

4.

Raja di kerajaan alam Melayu selalu dianggap sebagai pemerintah yang suci.

# Raja Champa

Apakah unsur keagamaan yang dihubungkaitkan dengan pemerintah di atas?

a)

Dewan Siva

b)

Dewa Raja

c)

Dewa Vishnu

d)

Dewa Krishna

5.

Undang-undang Kutara Manawa telah diguna pakai di Kerajaan Alam Melayu?

Kerajaan mana yang menggunakan undang-undang tersebut?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Kedah Tua

6.

Mengapakah raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat?

a)

memelihara kebajikan di kawasan pegangan

b)

mengamalkan sistem kerah dan serah

c)

menjadi perantara dengan pembesar

d)

merupakan tonggak utama kerajaan

7.

Gambar di atas berkaitan dengan sebuah inskripsi di kerajaan Srivijaya.

Mengapakah Raja Srivijaya membina inskripsi tersebut?

a)

Lokasi pembesar mengutip cukai

b)

Tempat upacara taat setia rakyat

c)

Lokasi pengesahan daripada tuhan

d)

Tempat menyembah dewa

8.

Bagaimanakah Kesultanan Johr-Riau mengukuhkan ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam Melayu?

a)

mengeratkan hubungan dengan China

b)

menjalankan perluasan kuasa

c)

menekankan kepentingan Islam

d)

mengelakkan campur tangan Barat

9.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri negara bangsa berikut.

# Kerajaan#

Apakah bukti menyokong pernyataan tersebut?

a)

kemajuan perdagangan

b)

kewujudan pembesar

c)

ketaatan rakyat

d)

kewujudan raja

10.

Jadual ini berkaitan dengan gelaran pemerintah di kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah gelaran X?

a)

Datu

b)

Sultan

c)

Yamtuan

d)

Yang di-Pertuan

11.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

12.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kemudahan sistem kewangan yang sistematik untuk urusan perdagangan.

Apakah tanggungjawab syahbandar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

mengutip cukai

b)

Ketua turus tentera

c)

Panglima tentera laut

d)

menguruskan perbendaharaan

13.

Sultan merupakan kuasa tertinggi yang menerajui sistem pentadbiran kesultanan Melayu Melaka.

Siapakah yang membantu sultan dalam pentadbiran pusat?

a)

Pembesar Jajahan

b)

Pembesar Wilayah

c)

Pembesar Berlapan

d)

Pembesar Berempat

14.

Amalan berikut berkaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka.

#Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong, pengayuh atau pendayung kapal#

Apakah nilai yang dapat ditonjolkan oleh rakyat dalam amalan tersebut?

a)

pengorbanan

b)

kesetiaan

c)

keberanian

d)

toleransi

15.

Dalam Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

a)

Raja

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Nakhoda

16.

Apakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

I Raja

II Pembesar

III Wilayah pengaruh

IV Lambang kebesaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang menjadi lambang tertinggi kekuasaan seorang sultan ialah .......

a)

lambang-lambang

b)

wilayah pengaruh

c)

undang-undang

d)

kedaulatan

18.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.

Bagaimanakah wilayah tersebut diperoleh? (pilih dua jawapan)

a)

penaklukan

b)

anugerah

c)

serahan

d)

perkahwinan

19.

Jadual ini merujuk kepada jawatan dan peranan seorang pembesar di Melaka.

Apakah X?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

20.

Maklumat berikut merujuk kepada kawasan yang dianugerahkan sultan kepada pembesar tempatan di Melaka.

# Sultan Melaka memberi kuasa memerintah kepada pembesar Berempat mentadbir wilayah, sungai atau pulau.#

Anugerah tersebut ialah ...............

a)

kawasan pemakanan

b)

kawasan pegangan

c)

wilayah naungan

d)

wilayah jajahan

21.

Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

#Hukum Kanun Melaka

#Undang-undang Laut Melaka

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

memudahkan kutipan cukai

b)

menetapkan sempadan wilayah

c)

menyekat pengaruh budaya luar

d)

menjamin kesejahteraan rakyat

22.

Kerajaan Funan telah menghantar utusan ke China pada abad ketiga.

Apakah tujuan utusan tersebut?

a)

menjalinkan hubungan perdagangan

b)

kerjasama dalam bidang sosial

c)

meminta bantuan

d)

menghantar ufti

23.

Kerajaan Srivijaya yang diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa telah berkembang menjadi sebuah empayar yang agung. Namun begitu, kerajaan ini turut mengalami kemerosotan.

Apakah punca kejatuhan kerajaan tersebut?

a)

serangan Raja Chola dari Selatan India

b)

serangan oleh Kerajaan Chenla

c)

diserangan oleh tentera Portugis

d)

ditawan oleh Dai Vet

24.

Apakah tindakan Sultan Mahmud Shah yang menyebabkan masyarakat Melaka berpecah belah dan seterusnya menyebabkan kemerosotan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Berperang dengan Portugis

b)

Meminta bantuan dari China

c)

Membunuh Bendahara Tun Mutahir

d)

Menjemput rombongan Portugis ke Melaka

25.

Kesultanan Johor-Riau telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mengekalkan pemerintahanya. Antara cabaran tersebut ialah Perang Tiga Segi.

Apakah kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi?

a)

Johor, Acheh dan Portugis

b)

Melaka, Acheh dan Portugis

c)

Johor, Melaka dan Belanda

d)

Johor, Acheh dan Belanda

26.

Apakah kriteria untuk menjadi rakyat kerajaan Alam Melayu?

a)

setia kepada raja

b)

membayar cukai tanah

c)

melakukan kerja kerahan

d)

mempertahankan negara

27.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah naungan yang luas.

Apakah yang dimaksudkan sebagai wilayah naungan?

a)

wilayah yang diperoleh melalui peperangan

b)

wilayah yang diperoleh melalui perkahwinan

c)

wilayah tersebut dikurniakan kepada pembesar berempat

d)

wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka

28.

Laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada Pembesar Berempat.

Apakah peranan laksamana?

a)

Ketua angkatan tentera

b)

Panglima angkatan laut

c)

menguruskan kewangan

d)

mengutip cukai pelabuhan

29.

Apakah faktor yang menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang unggul?

a)

mempunyai angkatan tentera yang kuat

b)

hubungan baik dengan negara China

c)

sistem pentadbiran yang teratur

d)

rakyat yang setia

30.

Hukum Kanun Melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat.

Apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

a)

amalan riba

b)

menggunakan hamba abdi

c)

mengutip cukai perdagangan

d)

berniaga dengan pedagang bukan Islam

31.

Undang-undang Laut Melaka dilaksanakan oleh nakhoda Melaka berikut :

# Nakhoda Jenal

# Nakhoda Diri

# Nakhoda Sahak

Apakah keistimewaan yang diperoleh oleh nakhoda tersebut?

a)

menjadi raja dalam kapal

b)

diberi keutamaan perniagaan

c)

diberi kuasa menjatuhkan hukuman bunuh

d)

menyimpan sebahagian daripada cukai yang dikutip

32.

Pasangan manakah yang betul tentang peranan pemerintah dengan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

33.

Kerajaan berikut terletak di kawasan selatan dan tengah Vietnam.

# Kerajaan Champa

Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?

a)

Inderapura

b)

Palembang

c)

Harihalaya

d)

Chenla

34.

Tokoh berikut merupakan pengasas Kesultanan Johor-Riau. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah.

# Raja Ali

Apakah gelaran yang digunakan selepas menaiki takhta?

a)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah

b)

Sultan Muzzafah Syah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Sultan Mega Iskandar Syah

35.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cop mohor.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

membuktikan keturunan raja

b)

menunjukkan kedaulatan raja

c)

menggambarkan kemewahan raja

d)

menandakan kawasan pemerintahan

36.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Antara berikut, yang manakah merupakan tugas dan peranan Bendahara? (pilih dua jawapan)

a)

mengurus perbendaharaan

b)

menjaga keselamatan kota Melaka

c)

mengetuai pentadbiran

d)

menjadi pemangku sultan

37.

Hubungan bertimbal balik antara pemerintah dengan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah selaras dengan konsep ................

a)

Adat

b)

Tulah

c)

Daulah

d)

Waadat

38.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka.

#Mengikut isu kekeluargaan, terdapat larangan yang dikenakan kepada hamba abdi dan wanita di Melaka.

Apakah larangan tersebut?

a)

membayar cukai

b)

menjalankan urus niaga

c)

menjadi saksi nikah

d)

menguruskan pelayaran

39.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur.

Apakah punca kewangan kerajaan tersebut? (pilih dua jawapan)

a)

Bayaran ufti

b)

Bayaran zakat

c)

Hasil Rampasan perang

d)

Urusan perdagangan

40.

Malim memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keselamatan kapal untuk berlabuh dan melakukan pelayaran.

Apakah ilmu pelayaran yang mesti dimiliki oleh seseorang malim? (pilih dua jawapan)

a)

ketahanan kapal

b)

keadaan ombak

c)

kedudukan bintang

d)

kedalaman lautan