wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T2 P17 RUKHSAH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah bukan hikmah rukhsah dalam ibadah?

a)

Melaksanakan ibadah mengikut kemampuan masing-masing

b)

Merasai Islam sebagai agama yang sukar untuk dilaksanakan

c)

Melaksanakan tanggungjawab agama ketika berada dalam kesulitan

d)

Mempelajari kaedah membuat keputusan berdasarkan keutamaan

2.

* Sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan situasi di atas?

I Berwuduk seperti biasa

II Jika luka itu tidak boleh disapu dengan air elakkan daripada menyapu

III Menyapu dengan debu tanah

IV Berwuduk mengikut kemampuan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

3.
Hukum menunaikan solat secara qasar dan jamak
a)
haram
b)
wajib
c)
sunat
d)
harus
4.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai maksud menyapu balutan

a)

Menyapu debu tanah ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk

b)

Menyapu air ke atas balutan untuk mengelak kemudaratan sebelum sembuh

c)

Menyapu debu tanah ke atas balutan untuk membolehkan ibadah seperti solat

d)

Menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk untuk membolehkan ibadah

5.

* Menunaikan kedua-dua solat fardu dalam waktu solat kedua

Pernyataan di atas merujuk kepada maksud ___________.

a)

solat qasar

b)

solat jamak

c)

solat jamak takhir

d)

solat jamak takdim

6.

Antara contoh rukhsah ialah...

a)

Solat fardu subuh

b)

Solat sunat dhuha

c)

Solat ketika sakit

d)

Solat fardu maghrib

7.

Rukhsah dari sudut bahasa ialah _______________.

a)

kesenangan

b)

kemudahan

c)

mudah dan ringan

d)

kemudahan dalam beribadah

8.

Rukhsah ialah.......

a)

keringanan hukum solat keada sesiapa sahaja

b)

keringanan yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf

c)

keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukallaf kerana keuzuran tertentu

d)

keringanan ketika berpuasa bagi merea yang tidak mampu untuk berpuasa

9.

Dengan adanya rukhsah umat Islam dapat...

a)

melaksanakan segala amal ibadat walaupun ketika sakit

b)

merehatkan diri daripada solat

c)

menenangkan fikiran dengan tidak melakukan amal ibadat

d)

tidak melakukan amal ibadat

10.
Hikmah Allah SWT memberikan _______________solat ketika sakit menunjukkan Islam agama yang mudah diamalkan.
a)
iman
b)
solat
c)
rukhsah
d)
ibadah
11.

Menyapu balutan ialah....

a)

menyapu debu yang suci ke anggota yang berbalut

b)

menyapu air ke atas pembalut luka untuk menggantikan wuduk

c)

menyapu air ke atas semua anggota wuduk

d)

menyapu air ke atas keseluruhan anggota disertai bertayamum

12.

Solat cara _________ adalah bagi pesakit yang tidak mampu solat dengan cara duduk, baring mengiring, dan baring menelentang.

a)

isyarat tangan

b)

solat berjemaah

c)

bersendirian

d)

isyarat mata dan tangan

13.

Berikut adalah cara solat bagi orang yang sedang sakit, KECUALI ...

a)

cara duduk

b)

cara menelentang

c)

cara mengiring

d)

cara duduk bersila

14.

Bagaimanakah cara solat bagi orang yang sedang sakit?

a)

isyarat mata

b)

berniat solat sahaja

c)

solat dengan diwakilkan oleh orang lain.

d)

duduk atau baring mengiring.

15.

Antara hikmah rukhsah solat ketika sakit ialah menunjukkan

a)

ketegasan Allah SWT terhadap disiplin hamba

b)

menunjukkan Islam adalah agama yang mudah

c)

menunjukkan solat itu wajib

d)

menunjukkan Islam adalah agama tanpa perasaan

16.

Antara berikut adalah syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak dan qasar kecuali_________.

a)

bukan untuk tujuan maksiat

b)

mengetahui destinasi yang dituju

c)

jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer

d)

berkekalan musafir hingga selesai solat kedua

17.

Pilih yang berikut, yang manakah hikmah solat ketika sakit?

a)

bersyukur dengan nikmat Allah

b)

meminta pertolongan selain daripada Allah SWT

c)

memperolehi ketenagan jiwa.

d)

memberi ketenangan kepada orang yang sedang sakit.

18.

Berikut merupakan pergerakan solat secara baring mengiring. KECUALI

a)

Takbiratul Ihram

b)

duduk diantara dua sujud

c)

memberi salam

d)

rukuk dengan merendahkan sedikit kepala.

19.

Apakah hukum solat bagi orang yang sedang sakit?

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

tidak perlu solat

20.

Pilih syarat sah solat bagi orang yang sedang sakit....

a)

rukuk

b)

menghadap kiblat

c)

memberi salam

d)

membaca Al-fatihah