wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 2 : Percanggahan Fizikal

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat 2 kaedah penyelesaian masalah secara inventif secara pemisahan. Sila pilih 2 kaedah di bawah yang paling tepat.

a)

pemisahan beban

b)

pemisahan ruang

c)

pemisahan masa

d)

pemisahan tempat

2.

Sebuah perabot yang dijual akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil yang mudah dipasang dan dileraikan. Cadangan prinsip inventif yang betul menggunakan konsep berikut adalah...

a)

penyarangan

b)

kedinamikan

c)

pengantara

d)

pembahagian

3.

Berikut adalah cadangan prinsip inventif yang menggunakan kaedah pemisahan masa KECUALI..

a)

Tidak simetri

b)

Tindakan awal

c)

Pengembangan terma

d)

Pembuangan dan Pemulihan

4.

Sebuah meja tulis yang berat perlu diubah reka bentuknya supaya menjadi lebih ringan tetapi masih kukuh dan stabil. Sila pilih 2 alternatif yang betul di bawah untuk mencapai tujuan ini.

a)

menambahkan saiz ketebalan kaki meja

b)

memasang kaki meja yang boleh ditanggalkan

c)

memperbesarkan saiz muka meja

d)

memasang roda pada kaki meja

5.

Antena yang dipasang pada radio kebiasaannya boleh dipanjangkan atau dipendekkan. Ini memenuhi contoh cadangan prinsip inventif iaitu....

a)

Penyerapan

b)

Pemendekan

c)

Penyarangan

d)

Penyesuaian

6.

Faktor UTAMA di dalam pemilihan atau penentuan perubahan sesuatu prinsip inventif sama ada kaedah pemisahan masa atau pemisahan ruang adalah ...

a)

reka bentuk produk

b)

harga produk

c)

saiz produk

d)

bahan binaan produk

7.

pelindung cahaya cermin kereta adalah contoh produk yang menggunakan cadangan prinsip inventif ......

a)

pembahagian

b)

pengekstrakan

c)

kualiti setempat

d)

filem nipis dan cangkerang boleh lentur

8.

Antara yang berikut, yang manakah contoh produk yang menggunakan cadangan prinsip inventif tindakan awal?

a)

meja makan

b)

lampu jalan

c)

kapsul ubat boleh larut

d)

beg udara di dalam kereta

9.

Antara yang berikut, yang manakah contoh produk yang menggunakan cadangan prinsip inventif pembuangan dan pemulihan?

a)

mesin pelelas

b)

janakuasa elektrik

c)

kapsul ubat boleh larut

d)

beg udara didalam kereta

10.
Pilih padanan bagi parameter SAIZ
a)
Besar-Kecil
b)
Berat-Ringan
c)
Besar-Berat
d)
Tinggi-Rendah
11.
Kerusi perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan rendah untuk murid yang rendah. Pilih jenis kaedah pemisahan.
a)
RUANG
b)
MASA
12.
khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan. Pilih jenis kaedah pemisahan.
a)
RUANG
b)
MASA
13.
Antara berikut yang manakah bukan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan RUANG?
a)
PEMBAHAGIAN
b)
KEDINAMIKAN
c)
PENYARANGAN
d)
TIDAK SIMETRI
14.
Antara berikut yang manakah bukan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan MASA?
a)
TINDAKAN BERKALA
b)
PENGANTARA
c)
TINDAKAN KETERLALUAN
d)
PENGEMBANGAN TERMA
15.
Meja makan berempat boleh dibesarkan menjadi meja makan berlapan. Berikut merupakan contoh bagi prinsip inventif?
a)
TINDAKAN AWAL
b)
PEMBUANGAN DAN PEMULIHAN
c)
KEDINAMIKAN
d)
TINDAKAN KETERLALUAN