WorksheetsTAHUN 5 : MAKLUMAT TERSURAT & TERSIRAT
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Apakah maklumat tersurat yang ingin disampaikan berdasarkan gambar ini?
a. Tutuplah mulut selalu dengan jari tanpa bising.
b. Tidak dibenarkan membuat bising di tempat ini.
c. Tidak dibenarkan meludah di merata-rata tempat.
d. Tidak dibenarkan makan di sini dengan bising.
Apakah maklumat tersurat berdasarkan gambar yang ditunjukkan?
a. Berjaja di kawasan ini tanpa kebenaran.
b. Anda dibenarkan berjaja di kawasan ini.
c. Kawasan berjaja di sini tidak dibenarkan.
d. Tidak dibenarkan berjaja di kawasan ini.
Gambar di atas menunjukkan maklumat tersurat yang bermaksud ________.
a. tidak dibenarkan membawa haiwan ternakan ke kawasan ini
b. tidak dibenarkan membawa anjing di kawasan ini
c. tidak dibenarkan membawa binatang buas ke kawasan ini
d. tidak dibenarkan membawa kucing peliharaan di kawasan ini
Berdasarkan maklumat berikut, nyatakan maklumat tersurat yang ingin disampaikan melalui gambar yang ditunjukkan?
a. Dilarang membuang tanaman yang baru ditanam di kawasan ini.
b. Dilarang menanam dan mencabut tanaman yang ada di kawasan ini.
c. Dilarang menanam tanaman yang ada di kawasan ini.
d. Dilarang merosakkan tanaman yang ada di kawasan ini.
Menjaga kemudahan awam merupakan tanggungjawab kita semua.
Apakah maklumat tersurat berdasarkan gambar yang ditunjukkan?
a. Dilarang merosakkan kemudahan awam.
b. Merosakkan kemudahan awam salah di sisi undang-undang.
c. Dilarang melukis pada kemudahan awam yang disediakan.
d. Perlakuan kreatif amat digalakkan pada kemudahan awam.
Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat
Maksud tersirat daripada kenyataan ini ialah
a. Memandu dengan laju dapat mempercepat perjalanan kita ke suatu destinasi.
b. Kemalangan boleh dielakkan jika membaca papan tanda "Pandu Cermat Jiwa Selamat".
c. Semua pengguna jalan raya diminta berhati-hati di jalan raya agar nyawa mereka terselamat.
d. Jiwa pemandu jalan raya bermaksud pengguna jalan raya yang memandu kereta.
Apakah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi keselamatan kanak-kanak?
a. Perlu mencari dana untuk melindungi keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan sendiri.
b. Tidak perlu ambil kisah terhadap sesuatu perkara khususnya hal keselamatan kanak-kanak.
c. Ibu bapa perlu melakukan kerja melindungi hak kanak-kanak secara santai.
d. Ibu bapa perlu berusaha memantau pergerakan anak-anak ketika di luar rumah.
Perlakuan di atas menyalahi undang-undang negara dan agama.
Apakah maklumat tersurat daripada gambar yang ditunjukkan?
a. Tidak dibenarkan berjumpa dan bercumbu di tempat awam.
b. Tidak diizinkan bermesra antara lelaki dan perempuan di taman.
c. Tidak dibenarkan berpelukan di tempat awam.
d. Tidak dibenarkan berkelakuan sumbang di tempat awam.
Apakah maklumat tersurat yang dimaksudkan berdasarkan gambar di atas?
a. Kita haruslah membuang sampah dan memikirkan akibatnya.
b. Kita haruslah mengamalkan kempen kitar semula dalam kehidupan seharian.
c. Kita haruslah memikirkan terlebih dahulu sebelum membuang sampah.
d. Kita haruslah menggunakan semula barang-barang terpakai.
Gambar berikut menunjukkan maklumat tersurat yang memberi maksud _____________.
a. buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan
b. kurangkan sampah dalam persekitaran hidup setiap hari
c. alam sekitar bersih tanpa sampah sarap merata-rata
d. sampah mestilah dibuang di sini iaitu tong sampah
Berdasarkan maklumat di atas, apakah maklumat tersirat yang dapat kamu simpulkan?
I. Punca kemalangan jalan raya ialah pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju.
II. Sikap pemandu yang berhati-hati di jalan raya akan dapat menghindarkan kemalangan jalan raya.
III. Antara punca kemalangan jalan raya ialah tiadanya penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
IV. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan kerana nyawa kita merupakan satu anugerah Ilahi yang perlu kita hargai.
a. Semua di atas
b. II, III dan IV
c. III dan IV
d. I, II dan III
Berdasarkan maklumat di atas, apakah maklumat tersirat yang dapat kamu simpulkan?
I. Kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik perbualan hangat.
II. Ibu bapa harus memastikan bahawa anak mereka sentiasa di bawah pemerhatian mereka ketika berada di tempat awam.
III.Media perlu menapis rancangan yang berunsur ganas supaya dapat melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa.
IV. Anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga.
a. Semua di atas
b. II dan III
c. III dan IV
d. II, III dan IV
Pilih isi tersirat daripada gambar ini.
I. Penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang tidak sempurna.
II. Jalan raya yang berlubang dan dipenuhi air akan menyebabkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya.
III. Gambar di atas menunjukkan sekatan jalan raya yang giat dijalankan ketika musim-musim perayaan.
IV. Pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.
a. Semua di atas
b. I, II dan III
c. II, III dan IV
d. I, II dan IV
Berdasarkan maklumat di atas, apakah maklumat tersirat yang dapat kamu simpulkan?
I. Peralatan permainan di taman permainan rosak akibat kegiatan vandalisme.
II. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka mengamalkan langkah keselamatan ketika bermain di taman permainan.
III. Melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya ada peralatan di taman permainan itu yang tidak selamat digunakan.
IV. Gambar menunjukkan taman permainan kanak-kanak, landskap termasuk papan tanda yang sesuai.
a. II, III dan IV
b. I, II dan III
c. Semua di atas
d. I, III dan IV
Berdasarkan maklumat di atas, apakah maklumat tersirat yang dapat kamu simpulkan?
I. Brek kenderaan yang tidak berfungsi akan menyebabkan kemalangan.
II. Brek yang tidak berfungsi akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika berlaku kecemasan.
III. Kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik.
IV. Peringatan kepada pengguna jalan raya agar memandu melebihi had laju.
a. II, III dan IV
b. I, II dan III
c. I, III dan IV
d. Semua di atas
