wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

soalan sejarah spm

Total questions: 82

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

British telah memperkenalkan jawatan Residen dan penasihat British. Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut?

a)

Menjaga kepentingan penduduk tempatan

b)

menasihati sultan dalam pentadbiran

c)

memperkukuh pentadbiran tradisional

d)

melatih pembesar tempatan mentadbir

2.

Penjajah sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina. mengapakah penduduk Filipina tidak berpuashati terhadap sistem tersebut

a)

Ekonomi sara diri terjejas

b)

cukai yang membebankan

c)

perusahaan tradisional terancam

d)

perdagangan tukar barang terganggu

3.

mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia

a)

menghalang perkembangan sekolah agama

b)

menghadkan aktiviti budaya tempatan

c)

menyekat rakyat mendapat pekerjaan

d)

memecahbelahkan perpaduan rakyat

4.

Novel Noli Me Tenggere dan Putera Gunung Tahan dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia kedua. Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut?

a)

Nasib kaum wanita

b)

Penindasan oleh penjajah

c)

Peningkatan status sosial

d)

tuntutan kemerdekaan

5.

mengapakah sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang?

a)

Menjejaskan eksport negara

b)

mengundang kehadiran pekerja asing

c)

mengehadkan jenis tanaman komersial

d)

mengekalkan kemunduran rakyat tempatan

6.

Pertubuhan Muhammdiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut

a)

mempertahankan kuasa pemimpin tempatan

b)

meningkatkan kerjasama kerajaan

c)

memperjuangkan kemajuan ekonomi

d)

menghindari ancaman sekularisme

7.

Jepun telah berjaya menewaskan China dan Russia pada tahun 1895 dan 1905. Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

pengukuhan sistem pertahanan

b)

perluasan semangat nasionalisme

c)

kemunculan semangat nasionalisme

d)

kemantapan kuasa pemerintahan tempatan

8.

Pertubuhan X adalah pertubuhan nasionalisme awal di Burma. Ia ditubuhkan pada tahun 1906 dan menggunakan Isu Kasut. Apakah pertubuhan X

a)

Liga antipemisahan

b)

Persatuan belia Buddha

c)

Liga Pembebasan Rakyat Antifasis

d)

parti Debome Asiayone

9.

Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia

a)

meningkatkan ekonomi

b)

mewujudkan jurang sosial

c)

menghapuskan cukai pertanian

d)

menyediakan peluang pekerjaan

10.

Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya?

a)

Menubuhkan Katipunan

b)

Membentuk Liga Filipina

c)

Melancarkan revolusi bersenjata

d)

Menyebar fahaman melalui akhbar

11.

Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?

a)

Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan

b)

Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan

c)

Memperjuangkan kemajuan ekonomi

d)

Menghindari ancaman sekularisme

12.

Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui

a)

peperiksaan

b)

pemilihan rakyat

c)

pelantikan maharaja

d)

persetujuan golongan bangsawan

13.

Antara berikut yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia tenggara

a)

Perang Russia Jepun

b)

Perang Dingin di Eropah

c)

Perjuangan Golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

14.

Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda. mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebenciaan penduduk tempatan terhadap penjajah?

a)

Syarat kerakyatan yang ketat

b)

harga kominiti rendah

c)

Imigran bertambah

d)

cukai tinggi

15.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing. Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?

a)

Bantuan golongan bangsawan

b)

perpaduan penduduk pribumi

c)

kerjasama dengan kuasa asing

d)

kepelbagaian hasil dalam negara

16.

Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluaskan tanah jajahan mereka?

a)

Beban orang Putih

b)

Asia untuk orang Asia

c)

Tugas Menyebarkan Tamadun

d)

kemakmuran bersama Asia Timur

17.

SPM 2012 (Soalan 32)


Mengapakah Parti Tindakan Rakyat bimbang kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961?


I. Menggugat proses kemerdekaan

II. Memecahbelahkan perpaduan kaum

III. Membantutkan perkembangan ekonomi

IV. Melemahkan kepimpinan Lee Kuan Yew

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

18.

SPM 2013 (Soalan 33)


Jadual 4 berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.


1959 > Lee Kuan Yew mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.


Mengapakah Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut?

a)

A. Mengawal kemasukan imigran

b)

B. Melemahkan parti berhaluan kiri

c)

C. Memperkukuh semangat setia kawan

d)

D. Mengamalkan konsep pengagihan kuasa

19.

SPM 2014 (Soalan 34)


Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan pengaruh golongan radikal di Singapura.


April 1961 > Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.


Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut?

a)

A. Menyarankan penubuhan Persatuan Negara - Negara Asia Tenggara

b)

B. Mencadangkan penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu

c)

C. Membentuk pakatan tentera dengan negara jiran

d)

D. Menguatkuasakan undang - undang darurat

20.

SPM 2012 (Soalan 33)


Apakah tujuan penubuhan Parti Perikatan di Sarawak pada tahun 1962?

a)

A. Membasmi ancaman komunis

b)

B. Menyokong gagasan Malaysia

c)

C. Menentang Persekutuan Borneo

d)

D. Memajukan kehidupan peribumi

21.

SPM 2013 (Soalan 32)


Jadual 3 menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan Indonesia.


Tarikh > 20 Januari 1963

Peristiwa > Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

Kempen > Ganyang Malaysia


Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut?


I. Menceroboh ruang udara

II. Menghantar bantahan rasmi

III. Melancarkan pemberontakan

IV. Menyerang kapal - kapal nelayan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

22.

SPM 2014 (Soalan 33)


Mengapakah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bimbang penyertaan Sarawak dalam Malaysia?

a)

A. Kerajaan British menentang

b)

B. Ancaman komunis meningkat

c)

C. Tanah Melayu terlalu berkuasa

d)

D. Serangan tentera Kalimantan Utara

23.

SPM 2015 (Soalan 34)


Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?


> Sarawak Chinese Association

> Parti Pesaka Anak Sarawak

a)

A. Bimbang ancaman komunis

b)

B. Tekanan daripada Indonesia

c)

C. Ingin merdeka terlebih dahulu

d)

D. Menyokong Persekutuan Borneo

24.

SPM 2016 (Soalan 32)


Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh yang melancarkan pemberontakan di Brunei.


A.M. Azahari > 1962 > Melancarkan Pemberontakan Brunei


Mengapakah tokoh tersebut bertindak demikian?

a)

A. Menghalang penjajahan Barat

b)

B. Mempertahankan hak pemerintah

c)

C. Menentang gagasan Malaysia

d)

D, Menuntut kemerdekaan

25.

SPM 2016 (Soalan 33)


Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baharu?

a)

A. Parti Komunis

b)

B. Orientalis Barat

c)

C. Golongan agama

d)

D. Penjajah Belanda

26.

SPM 2016 (Soalan 34)


Parti politik berikut menetang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal.


> Sarawak Chinese Association

> Parti Pesaka Anak Sarawak


Mengapakah parti tersebut bertindak demikian?

a)

A. Inginkan pengutan suara dijalankan

b)

B. Mahukan kemerdekaan terlebih dahulu

c)

C. Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing

d)

D. Bimbang hak istimewa penduduk tempatan terjejas

27.

SPM 2017 (Soalan 33)


Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal?

a)

A. Menghormati keputusan pemerintah tempatan

b)

B. Mempertahan kepentingan pembesar setempat

c)

C. Mengelakkan ancaman tentera Filipina

d)

D. Mengekalkan pentadbiran British

28.

SPM 2017 (Soalan 34)


Apakah kesan peristiwa berikut?


1965 > Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno.

a)

A. Perang Dingin merebak

b)

B. Pakatan tentera dibentuk

c)

C. Dasar konfrontasi berakhir

d)

D. Sistem beraja dipulihkan

29.

SPM 2012 (Soalan 34)


Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

A. Memujuk Singapura menyertai Persekutuan

b)

B. Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

C. Melaksanakan sistem birokrasi Barat

d)

D. Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

30.

SPM 2015 (Soalan 33)


Rajah 4 adalah garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.


September 1962

Referendum Singapura

^

Ogos 1962

X

^

Februari 1962

Memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold

^

Julai 1961

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum


Apakah X?

a)

A. Majlis Perundangan Persekutuan

b)

B. Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

C. Jawatankuasa Eksekutif

d)

D. Suruhanjaya Reid

31.

SPM 2017 (Soalan 39)


Rajah berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.


MAPHILINDO

Malaysia > Filipina > Indonesia


Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara - negara tersebut?

a)

A. Menghapuskan komunis

b)

B. Menamatkan persengketaan

c)

C. Menyelaras kawasan sempadan

d)

D. Membentuk kerjasama ketenteraan

32.

SPM 2017 (Soalan 39)


Rajah berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.


MAPHILINDO

Malaysia > Filipina > Indonesia


Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara - negara tersebut?

a)

A. Menghapuskan komunis

b)

B. Menamatkan persengketaan

c)

C. Menyelaras kawasan sempadan

d)

D. Membentuk kerjasama ketenteraan

33.

SPM 2015 (Soalan 26)


Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?


I. Desakan kumpulan radikal

II. Pemimpin dan rakyat bermuafakat

III. Semangat toleransi menjadi amalan

IV. Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

34.

SPM 2018 (Soalan 34)


Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda dari 31 Ogos 1963 ke 16 September 1963?

a)

A. Sekatan ekonomi oleh negara lain

b)

B. Tentangan daripada negara jiran

c)

C. Serangan Tentera Nasional Kalimantan Utara

d)

D. Halangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

35.

SPM 2013 (Soalan 34)


Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

a)

Membubarkan Parlimen

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memilih ahli Dewan Rakyat

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya

36.

SPM 2013 (Soalan 35)


Apakah syarat untuk menjadi Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia?

a)

Menang dalam pilihan raya

b)

Aktif dalam pertubuhan politik

c)

Berumur sekurang - kurangnya 21 tahun

d)

Cemerlang dalam perkhidmatan awam

37.

SPM 2014 (Soalan 35)


Penyataan berikut berkaitan dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.


> Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak


Apakah keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dimaksudkan dalam penyataan tersebut?

a)

Menjadi ahli Dewan Rakyat

b)

Penerimaan pangkat kebesaran

c)

Jawatan dalam perkhidmatan awam

d)

Kebebasan menganuti mana-mana agama

38.

SPM 2014 (Soalan 36)


Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman.


Siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Yang di-Pertuan Agong

39.

SPM 2015 (Soalan 35)


Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus?

a)

Menyediakan jadual waktu berkempen bagi calon

b)

Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding

c)

Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi

d)

Melarang pemerhati dari negara luar memantau pengundian

40.

SPM 2015 (Soalan 36)


Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia.


16 Januari 2007

v

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang.


Mengapakah pilihan raya kecil tersebut diadakan?

a)

Pembubaran rasmi parlimen

b)

Wakil rakyat meninggal dunia

c)

Persempadanan semula kawasan

d)

Pertambahan bilangan penduduk

41.

SPM 2016 (Soalan 35)


Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?


I. Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

II. Boleh menggunakan kuasa budi bicara

III. Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

IV. Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

SPM 2016 (Soalan 36)


Rajah 1 berkaitan dengan sistem pemerintahan dalam Persekutuan Malaysia.


Yang di-Pertuan Agong

> Badan Perundangan

> Badan Pelaksana

> Badan Kehakiman


Berdasarkan sistem tersebut, Malaysia mengamalkan

a)

pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

konsep pengasingan kuasa

c)

prinsip negara kesatuan

d)

dasar pintu terbuka

43.

SPM 2017 (Soalan 35)


Rajah 4 berkaitan dengan Badan Berkanun di Malaysia.


Badan Berkanun

> Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

> Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

> Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)


Antara berikut yang manakah berkaitan dengan badan berkanun tersebut?


I. Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu

II. Mempunyai peruntukan kewangan sendiri

III. Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara

IV. Memiliki bilik gerakan di setiap negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

SPM 2017 (Soalan 36)


Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil.


Pegawai Pilihan Raya : Maaf, saya terpaksa menolak borang pencalonan encik.

.

Calon : Kenapa pula?


Mengapakah borang penamaan calon tersebut ditolak?

a)

Tidak menganggotai parti politik

b)

Belum mendaftar sebagai pemilih

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan

d)

Tersenarai dalam individu muflis

45.

SPM 2018 (Soalan 35)


Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.


Penyataan manakah yang berkaitan dengan sistem tersebut?

a)

Perlembagaan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong

b)

Badan Kehakiman menggubal undang-undang

c)

Pentadbiran dikuasai monarki berkuasa Mutlak

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

46.

SPM 2018 (Soalan 36)


Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Apakah fungsi SPR?


I. Memilih calon

II. Menetapkan parti

III. Menetapkan sempadan

IV. Mendaftar pemilih

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

SPM 2012 (Soalan 35)


Antara berikut yang manakah lambang negara Malaysia?


I. Wau

II. Keris

III. Jata Negara

IV. Lagu Kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

48.

SPM 2012 (Soalan 36)


Gambar 3 adalah bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan bangsa dan negara Malaysia.


Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bendera tersebut kerana ia adalah lambang

a)

keagungan

b)

kegigihan

c)

kemajuan

d)

kedaulatan

49.

SPM 2012 (Soalan 37)


Gambar 4 menunjukkan Buku Merah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam Rancangan Malaya Kedua.


Mengapakah buku tersebut diperkenalkan?

a)

Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan

b)

Memantau pengurusan kewangan negara

c)

Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan

d)

Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan

50.

SPM 2014 (Soalan 37)


Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.


Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

a)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengawal kemasukan buruh luar

d)

Menyusun semula masyarakat

51.

SPM 2014 (Soalan 38)


Jadual 3 menerangkan matlamat rancangan pembangunan ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1970-an.


1971 - 1975

Rancangan Malaysia Kedua

Membasmi Kemiskinan


Apakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut?


I. Memulakan industri berat

II. Memajukan sektor pelancongan

III. Menambahkan peluang pekerjaan

IV. meningkatkan pendapatan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

52.

SPM 2015 (Soalan 38)


Dasar Penswataan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.


Apakah matlamat dasar tersebut?


I. Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

II. Mengurangkan beban kewangan kerajaan

III. Meningkatkan kemajuan ekonomi

IV. Memperhebatkan pembukaan tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

53.

SPM 2017 (Soalan 37)


Rajah 5 menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.


Matlamat Rancangan Malaya Pertama

> Membangunkan kawasan luar bandar

> Merapatkan jurang perbezaan pendapatan


Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai?

a)

Bahan mentah terhad

b)

Ancaman komunis

c)

Kelemahan pentadbiran

d)

Kekurangan kemudahan asas

54.

SPM 2018 (Soalan 37)


Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi baru pada tahun 1970?


I. Membasmi kemiskinan

II. Menyusun semula masyarakat

III. Menyeragamkan sistem kewangan

IV. Menyekat kemasukan imigran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

SPM 2018 (Soalan 38)


Apakah matlamat penubuhan agensi berikut?


> Majlis Amanah Rakyat (MARA)

> Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

a)

Memacu pertumbuhan sektor perindustrian baharu

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

c)

Mengurangkan beban kewangan kerajaan

d)

Menggiatkan peranan sektor swasta

56.

SPM 2012 (Soalan 38)


Dasar berikut memberi sumbangan ke arah mencapai Wawasan 2020.


> Dasar Bahasa Kebangsaan

> Dasar Kebudayaan Kebangsaan

> Dasar Pendidikan Kebangsaan


Apakah sumbangan dasar berikut?

a)

Mewujudkan integrasi kaum

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

c)

Menjamin kecemerlangan negara

d)

Membina masyarakat berdaya saing

57.

SPM 2013 (Soalan 36)


Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

58.

SPM 2015 (Soalan 37)


Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Mengurangkan sekolah vernakular

c)

Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

Menempatkan murid kelainan upaya

59.

SPM 2016 (Soalan 37)


Gambar 2 menunjukkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali.


Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia?

a)

Mengeratkan perpaduan kaum

b)

Memantapkan hubungan serantau

c)

Memperkasa semangat kenegerian

d)

Memudahkan perkongsian kepakaran

60.

SPM 2013 (Soalan 38)


Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.


Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?

a)

Menguji senjata

b)

Permintaan Britian

c)

Mempertahankan Siberia

d)

Menyekat ideologi komunis

61.

SPM 2013 (Soalan 39)


Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.


> Blok kapitalis

> Blok komunis


Apakah ciri blok kapitalis?


I. Mengamalkan pemerintahan demokratik

II. Mengamalkan sistem satu parti

III. Memiliknegarakan perniagaan

IV. menjamin kebebasan individu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

62.

SPM 2014 (Soalan 40)


Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.


Kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman

> Kehilangan tanah jajahan

> Bayaran pampasan tinggi


Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?

a)

Mendapatkan sokongan rakyat

b)

Memperbesar angkatan tentera

c)

Mengukuhkan kedudukan ekonomi

d)

Menggabungkan wilayah-wilayah kecil

63.

SPM 2015 (Soalan 40)


Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.


Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britian dan Perancis menyertai perang.


Apakah alasan Britian dan Perancis menyertai perang tersebut?

a)

Menguji kekuatan senjata

b)

Mempertahan keselamatan

c)

Merampas kembali wilayah

d)

Menyekat pengaruh komunis

64.

SPM 2016 (Soalan 40)


Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.


Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?


I. Penubuhan Franz Ferdinand di Sarajevo

II. Perkembangan kuasa imperialias di baharu

III. Kegagalan Perjanjian Versailles

IV. Kemelesetan ekonomi dunia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

65.

SPM 2013 (Soalan 38)


Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.


Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?

a)

Membentuk pertubuhan serantau

b)

Mengisytiharkan ZOPFAN

c)

Menaja kegiatan subversif

d)

Melakukan serangan bom atom

66.

SPM 2018 (Soalan 40)


Jerma telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.


Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles?

a)

Memperkuat angkatan tentera

b)

Menjalin kerjasama dengan Rusia

c)

Menamatkan hubungan diplomatik

d)

Mengeksport senjata ke luar negara

67.

SPM 2012 (Soalan 39)


Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia


Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?

a)

Membangunkan wilayah pembangunan baru

b)

Mewujudkan keseimbangan ekonomi

c)

Merancakkan perkembangan perindustrian

d)

Membentuk masyarakat yang bermaklumat

68.

SPM 2012 (Soalan 40)


Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.


Apakah sumbangan tersebut?


I. Menentangdasar aparteid

II. Menghantar pasukan pemerhati

III. Membebaskan negara yang dijajah

IV. Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

69.

SPM 2013 (Soalan 40)


Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.


Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?

a)

Penyelarasan bantuan teknikal

b)

Menyediakan dana pendidikan

c)

Mengatasi masalah pencemaran

d)

Membanteras penyalahgunaan dadah

70.

SPM 2014 (Soalan 39)


Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.


> Komanwel

> Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

> Negara-Negara Selatan


Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?


I. Ekonomi maju

II. Keselamatan terjamin

III. Identiti bangsa mantap

IV. Kawasan periairan terkawal

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

71.

SPM 2015 (Soalan 39)


Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut.


> Britian

> Australia

> New Zealand


Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

Memperkuat pertahanan

b)

Menambah aset ketenteraan

c)

Mengekalkan hubungan diplomatik

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

72.

SPM 2016 (Soalan 39)


Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada proBarat kepada dasar berkecuali.


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Kejatuhan harga komoditi

b)

Kemerosotan pengaruh British

c)

Desakan daripada pedagang asing

d)

Mematuhi arahan kuasa besar dunia

73.

SPM 2018 (Soalan 39)


Negara berikut telah menganggotai Kumpulan 15 (G15).


> Malaysia

> Yugoslavia

> Nigeria


Apakah hasrat negara-negara tersebut?

a)

Mengawal kawasan perairan bersama

b)

Mewujudkan pakatan tentera antarabangsa

c)

Mewujudkan sistem mata wang yang seragam

d)

Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju

74.

SPM 2012 (SOALAN 28)


Rajah 3 berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.


Asas Kerakyatan Malayan Union

> Kewarganegaraan sama rata

> Prinsip jus soli


Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?

a)

A. Perkembangan ekonomi luar bandar

b)

B. Pengukuhan kuasa pembesar tempatan

c)

C. Pengurangan jumlah penduduk peribumi

d)

D. Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas

75.

SPM 2013 (SOALAN 28)


Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union?

a)

A. Menumpukan taat setia

b)

B. Menguatkan pasukan tentera

c)

C. Membantu dalam pentadbiran

d)

D. Membanteras ancaman komunis

76.

SPM 2013 (SOALAN 28)


Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union?

a)

A. Menumpukan taat setia

b)

B. Menguatkan pasukan tentera

c)

C. Membantu dalam pentadbiran

d)

D. Membanteras ancaman komunis

77.

SPM 2014 (SOALAN 28)


Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an.


> Pengenalan Malayan Union

> Penyerahan Sarawak kepada British


Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

a)

A. Mencampuri adat istiadat tempatan

b)

B. Menjejaskan hak kaum peribumi

c)

C. Menghalang perpaduan kaum

d)

D. Mengubah sempadan negeri

78.

SPM 2015 (SOALAN 29)


Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.


> Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

> Angkatan Pemuda Insaf (API)

> Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?

a)

A. Mengekalkan sistem beraja

b)

B. Melicinkan sistem pentadbiran

c)

C. Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

D. Mengukuhkan pemerintahan tradisional

79.

SPM 2015 (SOALAN 30)


Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.


Dari Bentan ke Kuala Sedili,

Singgah berjaja di Batu Pahat,

Syarat kerakyatan secara jus soli,

Kuasa raja turut tergugat.


Apakah tindakan orang Melayu?

a)

A. Memohon bantuan luar

b)

B. Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

C. Menggubal perlembagaan alternatif

d)

D. Mengadakan demonstrasi secara aman

80.

SPM 2017 (SOALAN 30)


Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada tahun 1948.


> Pegawai kanan British

> Pemimpin UMNO

> Wakil Raja-Raja Melayu


Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk?

a)

A. Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran

b)

B. Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan

c)

C. Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union

d)

D. Menetapkan tarikh pilihan raya umum persekutuan Tanah Melayu

81.

SPM 2012 (SOALAN 29)


Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuai dengan Piagam Atlantik 1945?

a)

A. Mengadakan rundingan dengan AMCJA - PUTERA

b)

B. Membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

c)

C. Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

d)

D. Mengekalkan kedudukan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu

82.

SPM 2014 (SOALAN 29)


Rajah 4 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1948.


Sultan

v

Menteri Besar

v

Majlis Eksekutif Negeri & Majlis Perundangan Negeri


Apakah tugas Menteri besar?

a)

A. Mengetuai angkatan tentera

b)

B. Mengetuai updacara rasmi

c)

C. Mengetuai pentadbiran

d)

D. Menabalkan raja