WorksheetsKATA ADJEKTIF TING: 3 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
kelat
pahit
manis
masin
Pusat peranginan itu terletak ______daripada kebisingan kota.
jauh
dekat
hampir
lama
Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
lembut
halus
kasar
licin
Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujann semasa dalam perjalanan ke sekolah.
halus
basah
kembang
sejuk
Semua kenderaan bergerak ______kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
perlahan
deras
laju
gopoh
Pihak polis telah mengambil tindakan ______untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang.
lama
segera
lampau
lewat
Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
merah
biru
kuning
putih
Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______itu di dalam stor sukan.
lonjong
kempis
lurus
kemik
Tikar yang diperbuat daripada mengkuang itu _________buatannya.
jelas
keras
tegap
halus
Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.
pantas
perlahan
lembut
gelojoh
Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
bengkok
bujur
kempis
lonjong
Penghulu itu berasa sungguh _______terhadap penduduk kampung kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
rindu
malu
sayang
benci
Bunyi jeritan yang __________dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.
merdu
nyaring
mersik
bising
Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.
lama
uzur
hodoh
tua
Tiang rumah itu sudah ______kerana dimakan anai-anai.
reput
kuat
lembut
rapuh
Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________dengan rumahnya.
awal
jauh
dekat
nyaris
Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.
sangsi
hairan
kagum
kaget
Dia didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan fikiran yang _______________.
bersih
betul
baik
waras
Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.
laju
deras
kencang
pantas
Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.
cermat
baik
bijak
teliti
Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.
kuat
bising
teguh
hebat
Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.
keras
liat
empuk
lembut
Pengantin perempuan itu sungguh _______________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu.
rapi
segak
anggun
unggul
Kakinya terasa _____________ kerana terlalu jauh berjalan.
lemau
lenguh
lembik
kecut
Semua seluarnya sudah menjadi _____________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Teluk Cempedak.
luas
sempit
senang
besar
Dahi adik kelihatan _____________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lompong
Rambut Kok Teng kelihatan _________ kerana tidak disikat.
karut
bolos
kusut
hapak
Arnab-arnab putih yang dipelihara oleh Encik Wong itu kelihatan cantik kerana bulunya ____________.
comel
empuk
gebu
hebat
Mata saya terasa _________ semasa menolong ibu menghiris bawang merah.
pedas
pekak
perkasa
pedih
Ayah duduk bersantai di atas kerusi sandar untuk menikmati pemandangan yang __________ di tepi pantai.
indah
kagum
kacak
ramping
Tikar mengkuang yang sudah usang dan lama tersimpan di dalam stor itu dibuang oleh emak kerana berbau ___________.
hancing
hapak
hanyir
hamis
Tepukan ________ para penonton yang menyaksikan pertarungan antara dua orang peserta pertandingan silat itu telah menggegarkan stadium.
keras
sengit
hangat
gemuruh
Angin taufan yang bertiup ___________ semalam telah mengakibatkan pokok besar itu tumbang.
besar
kencang
lebat
ganas
Datuk Swee Lan dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan ___________ walaupun dia tidak pernah bersekolah.
licin
fasih
pelat
pintar
Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Malau.
muat
ketat
berat
sarat
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
terkilan
runsing
murung
sengsara
