WorksheetsKUIZ KATA GANTI NAMA DIRI
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1) ................. merupakan seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia.
Dia
Mereka
Beliau
Kami
2) Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul
Dia, Kami, Kita
Mereka, Beliau, Baginda
Saya, Kami, Beta
Baginda, Dia, Kalian
3) “......... mohon maaf atas kesalahan ..........,” kata Paduka Ali kepada Sultan Shah.
Saya
Beta
Patik
Kami
4) “............ tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kami
Saya
Mereka
Kita
5) Beliau digunakan untuk .............................
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
6) "........... belum mandi lagi, man?” tanya ibu kepada Rosman.
Engkau
Aku
Kalian
Tuanku
7) ............. telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kolej Vokasional Kuala Klawang.
Beliau
Mereka
Baginda
Dia
8) “........... ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda
Aku
Beta
Baginda
Tuanku
9) Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama diri yang betul
Baqi dihukum kerana beliau ponteng sekolah.
“Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Mugesh kepada Harith.
Kereta baharu itu dibeli oleh Ayah semalam
Basikal itu dibeli oleh saya semalam
10) Pilih pasangan kata ganti nama diri yang betul
Pertama : Saya, Kamu, Kita
Kedua : Kamu, Kalian, Tuanku
Ketiga : Mereka, Baginda, Kita
Keempat : Nya, Mu, Ku
"Ibu,duit ___________ hilang," kata Razak kepada ibunya.
A. kamu
B. saya
C. kami
D. anda
Intan dan Dania bersahabat baik. _______ tinggal sekampung.
Beliau
Kalian
Mereka
Kami
Encik Sulaiman ialah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, _____________ juga seorang yang dermawan.
Beliau
Dia
Awak
Kita
Sultan Muzaffar Shah merupakan seorang sultan yang amat dihormati oleh rakyat jelata kerana _______ seorang ketua negara yang adil lagi bijaksana.
baginda
tuanku
patik
tuan hamba
“Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
dia
kita
kami
saya
"Jika _______ ada masalah sila berjumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada Rohaya.
engkau
kamu
tuanku
dia
.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
beta…hamba
baginda…hamba
yang mulia…beta
tuanku…patik
Amin bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.
Mereka
Dia
Kami
Engkau
“Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Taha.
kami
awak
mereka
saya
Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.
kita
awak
saya
kami
