wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Sebelum kedatangan British, negara diperintah berdasarkan pemerintahan

a)

beraja

b)

diktator

c)

bangsawan

d)

ketua bebas

2.

Ciri tradisional dalam perkembangan perlembagaan ialah

a)

bahasa melayu

b)

kewarganegaraan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen

3.

X bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain selepas negara mencapai kemerdekaan. Siapakah X ?

a)

Yang Di-Pertuan Agong

b)

Raja

c)

Ketua Peribumi

d)

Penasihat British

4.

Pada zaman penjajahan British, raja berkuasa di dalam hal yang berkaitan dengan hak dan kedudukan raja, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan ialah

a)

Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera

b)

Kesultanan dan Pemerintahan Beraja

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Bahasa Melayu

6.

Undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) digubal oleh Majlis Negeri.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Charter of Justice 1 pada tahun 1807 telah mewujudkan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Raja Muda Yusuf telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 yang telah menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara.

a)

Betul

b)

Salah

9.

X memberikan kuasa kepada Gabenor untuk membuat undang-undang. Apakah X?

a)

Majlis Kerja

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Tertinggi

d)

Majlis Undangan

10.

Apakah asas pembentukan perlembagaan bagi undang-undang negeri Melayu? Berikan tiga.

a)

Raja sebagai pemerintah

b)

Undang-undang dan sistem ditentukan oleh raja

c)

Undang-undang digubal di England

d)

Undang-undang yang wujud zaman kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka

11.

Mengapakah British memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS)?

a)

Untuk melicinkan pentadbiran

b)

Melindungi penduduk asal dari ditindas

c)

Menghalang rakyat berpindah ke Negeri-negeri Bersekutu

12.

(i) Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang

(ii) Menyatukan mahkamah di Singapura

(iii) Mewujudkan mahkamah Singapura dan Melaka


Yang manakah menunjukkan pernyataan berikut?

a)

The Sarawak Application Laws Ordinance 1949

b)

Sabah Application of Laws Ordinance 1951

c)

Suruhanjaya Reid

d)

Charter of Justice

13.

Berikan perkara terma rujukan utama dalam perjanjian persekutuan 1957

a)

Kerajaan Persekutuan yang kukuh

b)

Menjamin kedudukan Raja-raja

c)

Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain

d)

Kewarganegaraan yang sama

14.

Yang manakah ciri tradisional perlembagaan persekutuan? Berikan dua.

a)

Raja Melayu tidak terima nasihat daripada penasihat British berkaitan hak dan kedaulatan raja, adat, agama

b)

Bahasa Melayu sebagai lingua franca

c)

Kewarganegaraan diperkenalkan

15.

Bagaimanakah pindaan dilaksanakan?

a)

Memasukkan klausa baharu

b)

Mengubah peraturan

c)

Menghapuskan peraturan

16.

Apakah maksud perlembagaan?

a)

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara

b)

Peraturan yang digubal untuk kesalahan kecil

c)

Perlembagaan merupakan undang-undang dunia

17.

Apakah yang berlaku dalam pindaan perlembagaan 1965?

a)

Singapura keluar dari Malaysia

b)

Pindaan dilakukan Dato Onn Jaafat

c)

Penyatuan Singapura-Malaysia

18.

Yang manakah penyataan salah berkenaan pembentukan mahkamah tinggi Borneo?

a)

Berperanan menguruskan soal kehakiman di Sabah dan Sarawak

b)

Tahun 1963, jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dengan berpusat di Kuching , Sarawak

c)

Nama jawatan diubah kepada Ketua Peguam Sarawak dan Sabah

19.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem pemerintahan negara.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Perlembagaan Persekutuan Malayisa hanya mempunyai ciri moden yang menjadikan perlembagaan di negara ini unik.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Sebelum kedatangan kuasa Barat negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang digunakan sebagai asas perlembagaan.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Apakah asas pembentukan perlembagaan bagi undang-undang negeri Melayu? Berikan tiga.

a)

Raja sebagai pemerintah

b)

Undang-undang dan sistem ditentukan oleh raja

c)

Undang-undang digubal di England

d)

Undang-undang yang wujud zaman kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka

23.

Berikut adalah undang-undang negeri Melayu yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Malaysia, kecuali

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Kelantan

c)

Undang-undang 66 Perak

d)

Undang-undang Laut Melaka

24.

Penubuhan ______________________di Sabah memberikan kuasa kepada Gabenor untuk membuat undang-undang.

a)

Majlis Kerja

b)

Majlis Negeri

c)

Najlis Tertinggi

d)

Majllis Undangan

25.

Apakah maksud perlembagaan?

a)

Dokumen yang menyatakan peranan jemaah menteri

b)

Pernyataan yang diwujudkan untuk menjalankan perniagaan

c)

Undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan negara

d)

Simbol identiti sebuah negara.

26.

Perlembagaan Persekutuan dibentuk berasaskan


I. prinsip undang-undang Inggeris

II nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka

III prinsip undang-undang manu

iv prinsip undang-undang legalisme

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Pilih pernyatan yang TIDAK BENAR.

a)

A. Sebelum kedatangan British , negara diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.

b)

B.Semasa pentadbiran British , raja tidak diterima sebagai pemerintah berdaulat.

c)

C. Raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal.

d)

D.Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan menjadi unsur penting dalam negara .

28.

Undang-undang di Negeri-Negeri Selat (NNS) atau Charter of Justice diambil daripada............................

a)

Undang-Undang London

b)

Undang-Undang Negeri Melayu

c)

Undang-Undang Sabah Sarawak

d)

Undang-Undang England

29.

Tahun 1877 Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dilakukan. Apakah peranan Majlis tersebut?

a)

Menasihati Sultan

b)

Menentang penjajahan British

c)

Menggubal undang-undang Perak

d)

Mengutip cukai

30.

Charter of Justice telah diperkenalkan di

a)

A. Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

B.Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

C. Negeri-negeri Selat

d)

D. Singapura

31.

Apakah peranan Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka perlembagaan Malayan Union 1946

b)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1963

d)

Merangka perlembagaan baru negara yang bakal merdeka

32.

Antara perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 ialah...............

a)

Kedudukan Raja-Raja Melayu

b)

Kewarganegaraan

c)

Peluang Pekerjaan

d)

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

e)

Taraf Pendidikan Masyarakat

33.

Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, tangungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah diserahkan kepada

a)

Gabenor

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di_pertuan Agong

34.

(i) mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang

(ii) menyatukan mahkamah di Singapura

(iii) mewujudkan mahkamah Singapura dan Melaka


Yang manakah menunjukkan pernyataan tersebut?

a)

The Sarawak Application Laws Ordinance 1949

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Sabah Application of Law Ordinance 1951

d)

Charter of Justice

35.

Mengapakah pindaan Perlembagaan 1965 dibuat?

a)

berakhirnya zaman darurat

b)

negara mencapai kemerdekaan

c)

pembentukan gagasan Malaysia

d)

pemisahan Singapura dari Malaysia

36.

Apakah ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

agama Islam

b)

bahasa Melayu

c)

kedudukan orang Melayu

d)

sistem demokrasi berparlimen

37.

X berkuasa menggubal undang-undang dalam Perlembagaan negeri Sabah 1950.

Siapakah X?

a)

Setiausaha Kewangan

b)

Gabenor

c)

Peguam Negara

d)

Ketua Setiausaha

38.

Undang-undang Inggeris yang digunakan di Malaysia semuanya digubal di negara ini.

a)

Betul

b)

Salah

39.

Apakah yang dilakukan semasa Pindaan Perlembagaan 1963?

a)

Struktur Mahkamah Atasan

b)

Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

c)

Jawatan Yang di-Pertua Negeri

d)

Jawatan Yang di-Pertua Agong

40.

Apakah ciri-ciri bagi undang-undang negeri melayu?

a)

Rakyat berkuasa mutlak

b)

Rakyat memberi taat setia

c)

Raja dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya

d)

Raja sebagai pemerintah

41.

Mengapakah perlembagaan Sarawak memberikan kuasa kepada Council Negri( Majlis Negeri)?

a)

untuk melindungi kegiatan ekonomi

b)

untuk membuat undang-undang

c)

untuk memerintah negeri

d)

untuk mewujudkan mahkamah

42.

Pada zaman penjajahan British, raja berkuasa di dalam hal yang berkaitan dengan hak dan kedudukan raja, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam.

a)

Betul

b)

Salah

43.

Sabah dikenali sebagai North Borneo sebelum pembentukan Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

44.

Pilih undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan British.

a)

Undang-undang Laut Melaka

b)

Undang-undang Kedah

c)

Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan

d)

Hukum Kanun Melaka

45.

Mengapakah kuasa Sultan masih lagi diimplikasikan kepada pembentukan negara Malaysia?

a)

Lambang kuasa tertinggi

b)

Sebagai tanda penghormtan

c)

Mengekalkan acuan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

d)

Memiliki kuasa penuh yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa

46.

Mengikut pengetahuan sejarah anda, adakah bahasa Melayu masih lagi sesuai diamalkan pada masa kini?

a)

Ya, kerana Bahasa Melayu mudah difahami

b)

Ya, kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

c)

Tidak, keranan Bahsa Melayu sukar difahami

d)

Tidak, kerana pada masa kini, Bahasa Melayu mendapat saingan daripada bahasa lain

47.

Nyatakan implikasi yang berlaku sekiranya kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera tidak lagi dianggap istimewa

a)

Persaingan antara kaum

b)

Kurang kesefahaman kaum

c)

Dapat memajukan ekonomi komersial

d)

Menjadikan negara berdaulat

48.

Ramalkan sekiranya Singapura masih lagi berada di bawah naungan Persekutuan Malaysia

a)

Persaingan ekonomi

b)

Kecelaruan bahasa

c)

Pertambahan penduduk

d)

Pelbagai cabang politik

49.

Berdasarkan pengetahuan Sejarah anda, apakah kesan campur tangan British dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Mewujudkan undang-undang campuran

b)

Mewujudkan suasa harmoni dan aman

c)

Melahirkan golongan intelektual

d)

Mengembangkan kedaulatan negara

50.

Pada penilaian anda, apakah nilai yang diperolehi menerusi kronologi pindaan perlembagaan persekutuan yang telah dijalankan?

a)

Kejujuran

b)

Kasih sayang

c)

Kerjasama

d)

Kesabaran