wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Guru Berpengetahuan, Hati Murid Tertawan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah komponen pengetahuan untuk guru?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

2.

Apakah konsep pengetahuan?

a)

Guru-guru perlu tahu “di mana” lokasi yang akan diajar dan “bagaimana” untuk mengajar perkara-perkara tertentu kepada murid-murid di sekolah.

b)

Guru-guru perlu tahu “apa” yang akan diajar dan “bagaimana” untuk mengajar perkara-perkara tertentu kepada murid-murid di sekolah.

c)

Guru-guru perlu tahu "siapa" yang diajar dan "apa" kandungan yang diajar kepada murid-murid di sekolah.

d)

Guru-guru perlu tahu “bagaimana” untuk mengajar perkara-perkara tertentu kepada murid-murid di sekolah.

3.

Berapakah jenis pecahan komponen pengetahuan guru?

a)

1

b)

3

c)

4

d)

5

4.

Apakah komponen pengetahuan pertengahan guru?

a)

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Pengetahuan Teknologi dan Pengetahuan Pedagogi

b)

Pengetahuan Kontekstual, Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Pengetahuan Teknologi

c)

Pengetahuan Teknologi Pedagogi, Pengetahuan Teknologi Kontekstual dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi

d)

Pengetahuan Teknologi Pedagogi, Pengetahuan Teknologi Kandungan dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi

5.

Guru boleh diibaratkan seperti :

a)

Pembuat layang-layang

b)

Pengukir layang-layang

c)

Pemain layang-layang

d)

Pengendali layang-layang

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengetahuan Teknologi?

a)

Pengetahuan guru yang berkaitan dengan keseluruhan isi kandungan kurikulum dalam sesuatu mata pelajaran atau subjek yang perlu dipelajari dan diajar kepada murid-murid di sekolah

b)

Pengetahuan guru berkaitan dengan proses dan amalan pengajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan isu-isu pembelajaran, pengurusan kelas, pendekatan dan teknik pengajaran, penyediaan dan pelaksanaan rancangan pengajaran serta penilaian proses pembelajaran yang sesuai diberikan kepada murid-murid

c)

Pengetahuan guru berkaitan dengan penggunaan, pengoperasian sistem perkakasan komputer serta potensi untuk menggunakan perisian teknologi secara asas

d)

Pengetahuan guru mengaplikasikan teknologi untuk melaksanakan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan pengajaran yang sesuai, sistematik dan berkesan

7.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi merupakan kombinasi antara :

a)

Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Teknologi

b)

Pengetahuan Teknologi dan Pengetahuan Kandungan

c)

Pengetahuan Kontekstual dengan Pengetahuan Kandungan

d)

Pengetahuan Teknologi dengan Pengetahuan Kandungan

8.

Siapakah pelopor Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan?

a)

Mishra dan Khoehler

b)

Mishra dan Omar

c)

Mishra dan Keohler

d)

Mishra dan Koehler

9.

Berdasarkan komponen Pengetahuan Kontekstual, guru perlu mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu :

a)

Bagaimana mengajar, apa yang diajar dan mengapa mengajar

b)

Siapa diajar, di mana mengajar dan apa yang diajar

c)

Mengapa mengajar, bagaimana cara mengajar dan di mana mengajar

d)

Siapa diajar, bagaimana mengajar dan apa yang diajar

10.

Apakah takrifan bagi Pengetahuan Teknologi Kandungan

a)

Pengetahuan guru mengaplikasikan teknologi untuk melaksanakan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan pengajaran yang sesuai, sistematik dan berkesan

b)

Pengetahuan guru tentang bagaimana dan sejauh mana teknologi boleh digunakan dan diaplikasikan secara inovatif untuk menyediakan teknik-teknik pengajaran yang terbaik bagi menyampaikan sesuatu isi kandungan dalam mata pelajaran tertentu kepada murid-murid

c)

Pengetahuan guru berkaitan dengan penggunaan, pengoperasian sistem perkakasan komputer serta potensi untuk menggunakan perisian teknologi secara asas

d)

Pengetahuan guru berkaitan dengan proses dan amalan pengajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan isu-isu pembelajaran, pengurusan kelas, pendekatan dan teknik pengajaran, penyediaan dan pelaksanaan rancangan pengajaran serta penilaian proses pembelajaran yang sesuai diberikan kepada murid-murid

11.

Apakah pengetahuan asas untuk guru?

a)

Pengetahuan Kandungan, Pengetahuan Teknologi dan Pengetahuan Pedagogi

b)

Pengetahuan Kontekstual, Pengetahuan Teknologi dan Pengetahuan Generik

c)

Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Teknologi dan Pengetahuan Kontekstual

12.

Sekiranya murid dapat menghadiri kelas atau dapat menyiapkan tugasan, murid layak diberikan :

a)

Hadiah

b)

Hukuman

c)

Ganjaran

d)

Carutan

13.

Apakah yang perlu dilakukan oleh guru untuk menarik hati murid?

a)

Menyelami hati murid

b)

Masuk ke dalam dunia murid

c)

Fahami kemampuan murid

d)

Semua di atas

14.

Mengapakah guru boleh diibaratkan sebagai pemain layang-layang?

a)

Guru perlu melepaskan murid tanpa bimbingan

b)

Guru perlu tegas dan dalam masa yang sama menjadi pembimbing yang baik

c)

Guru perlu menjadi idola kepada murid

d)

Perlu menjadi guru popular

15.

Apakah singkatan komponen Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dalam Bahasa Inggeris?

a)

TPAK

b)

TPACKK

c)

TPACK