wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PI TING 5 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Total questions: 19

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

___________ قد أفلح

a)

خشعون

b)

فعلون

c)

المؤمنون

d)

حفظون

2.

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ {1}


Berikan maksud ayat di atas.

a)

Sesungguhnya berjayalah orang yang bertaqwa

b)

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman

c)

Dan mereka yang menjaga kehormatannya

d)

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya

3.

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ {5}


Nyatakan maksud ayat di atas.

a)

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta

b)

Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia

c)

Dan mereka yang tetap memelihara solatnya

d)

Dan mereka yang menjaga kehormatannya

4.

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {11}


Nyatakan maksud ayat di atas.

a)

Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat

b)

Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya

c)

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela

d)

Kemudian sesiapa yang mengingini selain daripada itu, maka merekalah orang yang melampaui batas

5.

Berikut adalah ciri-ciri mukmin berjaya yang terdapat dalam ayat kecuali...

a)

Sentiasa memelihara solat

b)

Menjaga amanah dan janji

c)

Melakukan perkara sia-sia

d)

Menjaga kehormatan diri

6.

Menumpukan sepenuh hati dan penghayatan dengan cara menetapkan anggota, memahami bacaan dan perbuatan ketika mendirikan solat.


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri...

a)

Beriman kepada Allah SWT

b)

Khusyuk dalam solat

c)

Menunaikan zakat

d)

Memelihara solat

7.

Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud...

a)

Zina

b)

Liwat

c)

Seks luar tabi'e

d)

Sumbang mahram

8.

Persetubuhan haram dengan bapa kandung, bapa tiri, adik beradik kandung atau adik beradik tiri.


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh...

a)

Zina

b)

Liwat

c)

Seks luar tabi'e

d)

Sumbang mahram

9.

Berikut adalah contoh hubungan seks luar tabi'e kecuali...

a)

Musahaqah

b)

Onani

c)

Nikah

d)

Liwat

10.

Manakah antara berikut merupakan akibat salah laku seksual?

a)

Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat

b)

Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga

c)

Layak mewarisi harta pusaka

d)

Terhindar daripada penyakit

11.

Pengajaran ayat, sebagai umat Islam, kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan ______________________________________

a)

Melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNya

b)

Melaksanakan larangan dan meninggalkan suruhanNya

c)

Melakukan perbuatan dan perkataan yang sia-sia

d)

Menunaikan solat apabila ada kelapangan waktu

12.

Antara berikut merupakan ciri-ciri mukmin yang berjaya seperti yang dinyatakan didalam surah al mukminun KECUALI?

a)

Beriman kepada allah

b)

Menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan sia sia

c)

Bersedekah

d)

Menunaikan solat dengan khusyuk

13.

Apakah maksud khyusuk?

a)

Menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah swt ketika solat serta tunduk dan berasa rendah diri

b)

Memberi perhatian sepenuhnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling

c)

Memberi perhatian sepenuhnya ketika solat demi pujian..

d)

Memberi perhatian sepenuhnya ketika solat sambil menutup kedua dua mata...

14.

Antara yang berikut yang manakah bukan cara khusyuk dalam solat..

a)

Memahami maksud setiap ayat yang dibaca

b)

Melakukan solat dengan ikhlas

c)

Menumpukan pandangan ke tempat sujud

d)

Memejamkan mata ketika solat

15.

Yang manakah bukan ciri-ciri mukmin berjaya berasarkan ayat al-Mukminun 1-11

a)

menjaga kehormatan diri

b)

mengeluarkan zakat

c)

berpuasa di bulan ramadhan

d)

memelihara solat

16.

Apakah yang anda faham tentang orang yang berjaya?

a)

Melakukan segala perintah Allah

b)

Meletakkan dunia dalam hatinya

c)

Meninggalkan perintah Allah

d)

Mendambakan syurga Firdaus

17.

Maksud ayat bagi

وٱلذين هم عن اللغو معرضون

a)

Orang yang menjauhi daripada perkara yang sia-sia

b)

Sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman

c)

Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya

d)

Dan orang yang mengeluarkan zakatnya

18.

Maksud ayat bagi

وٱلذين هم لفروجهم حفظون

a)

Mereka kekal didalamnya selama-lamanya

b)

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

c)

Orang yang menjaga kemaluannya

d)

Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya

19.

Adakah anda lebih memahami tajuk ini selepas menjawab soalan

a)

YA

b)

TIDAK