wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Bab 1 1.4 Klasifikasi Perniagaan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kos overhed yang rendah

b)

Kos pengeluaran yang rendah

c)

Mudah untuk mengubah strategi perniagaan

d)

Mudah untuk memperoleh pekerja yang mahir

2.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

3.

Kriteria manakah yang menetukan saiz perniagaan

a)

Bilangan pekerja dan jumlah aset syarikat

b)

Bilangan pekerja dan jumlah jualan tahunan

c)

Jumlah aset syarikat dan jumlah bahan mentah

d)

Jumlah bahan mentah dan jumlah jualan tahunan

4.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Kos upah yang tinggi

c)

Sukar untuk mengubah strategi perniagaan

d)

Susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

5.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana berbanding dengan perniagaan bersaiz besar?

a)

Dapat menguasai pasaran

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Berupaya membuat perubahan dengan cepat

d)

Senang mendapat pekerja yang berpengalaman

6.

Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

7.

Antara yang berikut, manakah yang digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kilang kek

b)

Kedai perabot

c)

Pengeluaran kereta

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

8.

Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder?

a)

Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah

b)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

c)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat umum

d)

Penghasilan peralatan saintifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran

9.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan sektor ketiga?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Melibatkan aktiviti peruncit dan pemborong

b)

Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan

c)

Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara

d)

Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama

10.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...

a)

antara penduduk luar negara.

b)

antara negara dengan negara.

c)

antara penduduk dalam negara

d)

antara sempadan sesebuah negara

11.

Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

MATRADE

12.

Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Saiz pasaran adalah kecil

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Tidak melibatkan operasi yang besar

d)

Kos yang ditanggung adalah rendah

13.

Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa?

a)

Skala zon

b)

Skala negeri

c)

Skala tempatan

d)

Skala kebangsaan

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Roti Aisyah.


[ Kilang Roti Aisyah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh. Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai]


Kriteria di atas merujuk kepada ...

a)

syer pasaran

b)

bilangan buruh

c)

jumlah modal

d)

jumlah jualan

15.

Pernyataan manakah menerangkan perusahaan kecil kategori pembuatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Jumlah jualan daripada RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta

b)

Jumlah jualan daripada RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta

c)

Jumlah pekerja daripada 75 orang hingga tidak melebihi 200 orang pekerja

d)

Jumlah pekerja daripada 5 orang hingga tidak melebihi 75 orang pekerja

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.


Syarikat Speedway merupakan sebuah syarikat automobil yang mempunyai bilangan pekerja seramai 250 pekerja dan jumlah jualan sebanyak RM75 juta.


Syarikat Speedway boleh dikenali sebagai ?

a)

Perusahaan kecil

b)

Perusahaan mikro

c)

Perusahaan besar

d)

Perusahaan sederhana

17.

Gambar di atas menunjukkan sejenis aktiviti.

Aktiviti manakah yang boleh digolong dalam sektor yang sama dengan aktiviti tersebut?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Pembinaan

b)

Perkilangan

c)

Perlombongan

d)

Perhutanan

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti.


[Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan]


Aktiviti di atas digolong sebagai aktiviti dalam sektor ...

a)

utama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

19.

Apakah kekurangan bagi perniagaan bersaiz sederhana?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Sukar untuk ditubuhkan

b)

Melibatkan pengkhususan kerja yang rumit

c)

Pekerja tiada peluang naik pangkat dalam organisasi

d)

Tiada sumber yang mencukupi untuk melatih pekerja

20.

Syarikat XYZ ialah sebuah syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak 400 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM80 juta. Namun syarikat ini telah menghadapi cabaran. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi?

a)

Bebanan kerja

b)

Masalah aliran tunai

c)

Ketidak pastian pasaran

d)

Kos overhed yang tinggi

21.

Pernyataan yang manakah menerangkan sektor ketiga?

a)

Menyediakan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

b)

Memproseskan bahan mentah menjadi barang kegunaan

c)

Menggunakan sumber semula jadi dalam proses pengeluaran

d)

Memproseskan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap

22.

Pasaran domestik terbahagi kepada ...

a)

zon dan global

b)

tempatan dan global

c)

daerah, zon dan kebangsaan

d)

tempatan, negeri dan kebangsaan

23.

Apakah sektor yang banyak penduduk Malaysia ceburi selepas Merdeka?

a)

Sektor pertanian

b)

Sektor pembinaan

c)

Sektor perindustrian

d)

Sektor perkhidmatan

24.

Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Layanan peribadi yang diberikan menarik lebih ramai pelanggan

b)

Risiko perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah lebih rendah

c)

Pekerja dapat membantu membuat perubahan dengan lebih cepat

d)

Proses membuat keputusan lebih mudah untuk pemilik perniagaan kecil

25.

Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

c)

Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman

d)

Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan