wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Pasangan kembar itu bergaduh tetapi akhirnya mereka berbaik-baik semula.

a)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

b)

seperti gagak pulang ke benua

2.

Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya.

a)

biduk lalu kiambang bertaut

b)

seperti belut pulang ke lumpur

3.

Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga.

a)

bagaimana tepuk, begitulah tarinya

b)

api dalam sekam

4.

Peribahasa yang sama maksud dengan;

gagak pulang ke benua

a)

ikan pulang ke lubuk

b)

kelik-kelik dalam baju

5.

Peribahasa yang sama maksud dengan;

musuh dalam selimut

a)

gunting dalam lipatan

b)

alah bisa tegal biasa

6.

Peribahasa yang sama maksud dengan;

harapkan pegar, pegar makan padi

a)

harapkan sokong, sokong membawa rebah

b)

di mana ada kemahuan di situ ada jalan

7.

Peribahasa yang sama maksud dengan;

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

a)

yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

b)

buang yang keruh ambil yang jernih

8.

Osman tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.

a)

seperti cacing kepanasan

b)

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

9.

Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya penuh kasih sayang.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

menahan lukah di pergentingan

10.

Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir.

a)

budi bahasa budaya kita

b)

menangguk di air keruh

11.

Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini.

a)

tak lekang dek panas, tak basah dek hujan

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

12.

Dato' Rashid mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh.

a)

seperti pahat dengan penukul

b)

menahan lukah dipergentingan

13.

Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amy sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang.

a)

di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

b)

Biar mati anak, jangan mati adat

14.

Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim cepat kaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini.

a)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

b)

siapa makan cili, dia terasa pedas

15.

Shah telah tersilap kerana menegur wanita itu yang disangkanya penyanyi terkenal, Aina Abdul.

a)

pelanduk dua serupa

b)

budi bahasa budaya kita

16.

Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza.

a)

bagai langit dengan bumi

b)

seperti anjing dengan kucing

17.

Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu sama cantik dan sama padan.

a)

seperti cincin dengan permata

b)

bertemu buku dengan ruas

18.

Maksud rendah hati

a)

tiada semangat

b)

tidak sombong

19.

Maksud tepian gelanggang

a)

tempat mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

b)

tempat berkumpul

20.

Maksud memerah otak

a)

orang yang bijak

b)

berfikir dengan serius

21.

Maksud akal budi

a)

fikiran yang sihat

b)

budi pekerti yang baik

22.

Maksud sekali air bah, sekali pasir berubah

a)

suasana akan berubah apabila keadaan berubah

b)

pemimpin yang disayangi rakyat

23.

Maksud langkah bendul

a)

gadis yang berkahwin sebelum adiknya

b)

gadis yang berkahwin sebelum kakaknya

24.

Maksud jauh perjalanan, luas pengalaman

a)

semakin jauh kita berjalan, pengetahuan semakin bertambah

b)

bijak dalam membuat keputusan

25.

Maksud biar mati anak jangan mati adat

a)

Jika anak sendiri melanggar adat maka dia mesti dihukum

b)

mengamalkan adat jika dipaksa

26.

Maksud seperti abu di atas tunggul

a)

kedudukan yang tidak tetap atau tidak selamat

b)

orang yang susah baru memperoleh kesenangan

27.

Maksud umpama bersuluh di tengah hari

a)

Perbuatan yang bodoh atau bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui

b)

Menceritakan keaiban diri atau keluarga sendiri

28.

Maksud mata pena lebih tajam daripada mata pedang

a)

berbuat baik tidak pada tempatnya

b)

pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadang kala lebih berbisa.

29.

Maksud indah khabar daripada rupa

a)

cerita atau gambaran lebih hebat dari keadaan yang sebenar

b)

tersalah cakap maka diri sendiri yang mendapat susah

30.

Maksud kalau kail panjang sejengkal lautan yang dalam diduga jangan

a)

jika pengetahuan cetek jangan cuba hendak melawan orang yang lebih luas pengetahuannya.

b)

kalau malas berusaha pasti akan susah

31.

Maksud asam garam

a)

segala pengalaman

b)

pendirian yang teguh

32.

Mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain.

a)

menahan lukah di pergentingan

b)

lintah darat

33.

Pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar.

a)

mencurah garam ke laut

b)

kacang lupakan kulit

34.

Maruah

a)

air muka

b)

awan larat

35.

Orang yang menjadi harapan dalam satu pasukan kerana kehebatannya.

a)

anak emas

b)

ayam tambatan

36.

Dendam yang telah lama terpendam

a)

seperti api dalam sekam

b)

bagai telur di hujung tanduk

37.

Sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita

a)

tangan terbuka

b)

tangan kosong

38.

Kata-kata hikmat daripada orang yang bijaksana dan mempunyai pengertian yang tinggi untuk dijadikan panduan hidup.

a)

lidah pendeta

b)

berhati waja

39.

Zaman purbakala

a)

zaman pasca merdeka

b)

zaman bahari

40.

Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu

a)

bertangguh itu pencuri masa

b)

cegah sebelum parah

41.

Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan yang menentukannya.

a)

Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa

b)

hidup tidak kerana tulah, mati tidak kerana sumpah

42.

Cita-cita tidak akan tercapai jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.

a)

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

b)

setitik dijadikan laut sekepal dijadikan gunung

43.

Keputusan sebulat suara melalui mesyuarat

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia melalui muafakat

b)

Besar pasak dari tiang

44.

Membuat sesuatu pekerjaan tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuan tentang pekerjaan itu.

a)

membuat mahu menuras tidak

b)

orang penyegan susah makan

45.

Keazaman yang bersungguh-sungguh

a)

bulat kata

b)

bulat mata

46.

Melaga-lagakan seseorang dengan orang lain.

a)

Adu domba

b)

Akal budi

47.

Bahasa istana

a)

bahasa dalam

b)

bahasa luar

48.

Saling menyokong

a)

bagai aur dengan tebing

b)

seperti meniup api dalam air

49.

Orang yang pendiam jangan disangka penakut.

a)

Burung terbang dipipiskan lada

b)

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

50.

Orang susah baru memperoleh kesenangan.

a)

umpama si buta baru celik

b)

umpama meniup api di dalam air