WorksheetsBAHASA MELAYU ( TAHUN 4 & TAHUN 5)
Total questions: 18
Worksheet time: 24mins
Pak Cik Rahmad ________________ seguni dedak untuk ayam-ayamnya.
menarik
memikul
mengandar
menjunjung
Racun perosak untuk tanaman padi _____________ menggunakan dron yang dikawal.
dijirus
ditabur
direnjis
disembur
Bongkah cendawan yang telah siap akan ___________ pada suhu 100°C selama lapan jam.
direbus
ditanak
dikukus
dijerang
Badannya berbau ________________ selepas pulang dari kandang kambing.
hanyir
tengik
hamis
harum
Harga daging lembu Wahyu sangat mahal kerana isinya yang sangat __________________.
licin
empuk
lembik
lembut
Kami sekeluarga akan pergi _________ Serdang ___________ bulan hadapan untuk mengahdiri pameran MAHA.
di .... pada
ke .... pada
di .... dalam
ke .... dalam
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
Penciptaan pelbagai alat teknologi telah (a) beban kerja petani.
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
Abang (a) baja pada tanamannya dengan menggunakan dron.
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
Imran (a) sayur-sayuran di kebun ayahnya pada setiap hujung minggu.
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
Sofea makan buah durian yang (a) oleh neneknya.
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
Sayur-sayuran itu akan (a) oleh Pak Ariffin pada setiap hari.
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
Taklimat tentang penternakan rusa itu (a) oleh Encik Ismail.
Kulit pisang itu dikisar sehingga ____________ untuk dijadikan tepung.
remuk
lumat
kecil
Irfan berasa _____________ kerana dapat makan buah-buahan yang _______________ di dusun datuknya.
seronok .... cerdas
bangga .... cergas
gembira .... segar
Perkataan bergaris dalam ayat di bawah ini salah penggunaannya. Tuliskan perkataan yang betul.
Abang Firdaus membersihkan kandang ternakan ayamnya di setiap hari.
(a)
Perkataan bergaris dalam ayat di bawah ini salah penggunaannya. Tuliskan perkataan yang betul.
Murid-murid tahun empat berasa gembira ketika melawat kepada muzium pertanian.
(a)
Perkataan bergaris dalam ayat di bawah ini salah penggunaannya. Tuliskan perkataan yang betul.
Beberapa orang pengusaha dusun durian daripada Kedah telah terpilih untuk mengeksport durian sejuk beku.
(a)
Perkataan bergaris dalam ayat di bawah ini salah penggunaannya. Tuliskan perkataan yang betul.
Cikgu Aiman memberitahu murid-muridnya yang sektor pertanian ialah sumber pendapatan negara.
(a)
