wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEND. ISLAM TING.4 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Total questions: 10

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud batalnya iman melalui iktiqad?

a)

Tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang berkaitan dengan uluhiyyah (ketuhanan), perkara ghaibiyyat (ghaib) dan syariah.

b)

Percaya wujudnya Allah yang berkuasa untuk menghidupkan sesuatu di dunia ini.

c)

Menunaikan solat setiap hari, lima waktu sehari semalam dan ditambah dengan melaksanakan ibadah sunnah seperti berpuasa sunat Isnin.

d)

Bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dan tidak mati selain dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

2.

Berikan contoh iktiqad yang membatalkan iman sesuai dengan nubuwwah.

a)

Mempercayaai Rasulullah s.a.w. adalah rasul dan nabi terakhir yang diutus Allah SWT.

b)

Mentaati kenabian dan kerasulan salah seorang atau semua nabi dan rasul.

c)

Mengingkari kenabian dan kerasulan salah seorang atau semua nabi dan rasul.

d)

Mengingkari sifat kesempurnaan nama-nama All

3.

Yang manakah bukan contoh bagi syariah?

a)

Mengingkari rukun Islam atau salah satu daripadanya.

b)

Mengingkari hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT seperti mengingkari pengharaman zina atau menghalalkan liwat dan musahaqah.

c)

Beriktiqad bahawa undang-undang syariah berteraskan al-Quran dan as-sunnah ialah undang-undang yang lapuk dan tidak relevan diamalkan.

d)

Beriktiqad bahawa undang-undang syariah bukanlah undang-undang yang lapuk dan sentiasa relevan diamalkan.

4.

Batalnya iman melalui perkataan adalah kerana...

a)

Percakapan mengandungi pengakuan kufur.

b)

Percakapan mengandungi penafian aqidah Islam.

c)

Percakapan yang mempersenda hukum-hukum Islam.

d)

Kesemua jawapan tersebut.

5.

"Meletakkan peralatan agama lain dan memberikan perhormatan kepadanya."


Berikut merupakan contoh kepada...

a)

Batal iman melalui perkataan.

b)

Batal iman melalui perbuatan.

c)

Syarat batal iman.

d)

Batal iman melalui iktiqad.

6.

Pilih 3 syarat terbatal iman?

a)

Mengetahui perkara yang dilakukan membawa kepada kufur.

b)

Mengingkari perkara asas dalam Islam seperti rukun iman dan rukun Islam.

c)

Mendalami ilmu aqidah Islam supaya kukuh batas keimanan dan menjauhi kufur.

d)

Melakukan sesuatu kemungkaran dengan sengaja dan atas kehendak diri tanpa paksaan dari orang lain.

7.

Ahmad telah menyatakan bahawa, "Saya tidak percaya adanya malaikat Izrail atau mana-mana malaikat". Apakah kesan yang akan Ahmad terima?

a)

Rosak segala amalan soleh dan ibadah yang telah dilakukan.

b)

Tidak dianmpunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak bertaubat bersungguh-sungguh dan kembali kepada Islam.

c)

Diharamkan memasuki syurga, sebaliknya akan kekal dalam neraka.

d)

Tidak mengapa. Ahmad tetap beragama Islam.

8.

Berikut merupakan cara untuk menjauhi perkara-perkara yang membatalkan iman Kecuali..

a)

Mendalami ilmu aqidah Islam.

b)

Memperbanyakkan bercakap perkara yang tidak penting dan hal-hal keduniaan sahaja.

c)

Bersahabat dengan orang soleh yang dapat membimbing diri kepada kebaikan.

d)

Memeriksa sesuatu kepercayaan dan amalan berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.

9.

Pilih 3 cara menjauhi perkara-perkara yang membatalkan iman.

a)

Amal soleh

b)

Doa kepada Allah Ta'ala

c)

Taubat memohon keampunan kepada Allah SWT

d)

Ilmu yang tidak bermanfaat

10.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٠٢

Nyatakan maksud ayat daripada Surah Ali Imran, ayat 102 di atas.

a)

"Sesiapa yang kufur kepada Allah SWT sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah" SWT) kecuali bagi orang yang dipaksa (melakukan kufur)."

b)

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar benar taqwa dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan seorang Muslim".

c)

"Serta diperintahkan aku taat dan berbuat baik kepada ibu bapaku dan Dia tidak menjadikan aku takbur sombong dan derhaka."