WorksheetsKATA GANTI NAMA DIRI
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab _____________ bersama.
saya
awak
kita
kami
" Cikgu Suhaila menyuruh ___________ membawa ______________ menemuinya di bilik guru," kata Misha dan Merveen kepada Kavina.
kita....awak
saya....kamu
kami....kamu
kami....kalian
3. “ ___________ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya," kata ketua pasukan bola sepak itu kepada ahli-ahlinya.
Kita
Kami
Kalian
Kamu
4. Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. _________ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
Patik
Beliau
Baginda
Beta
5. Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. ______________ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.
Kami
Kita
Kalian
Mereka
6."Bukan ____________ yang koyakkan buku ini", kata Ali.
Engkau
Aku
Saya
dia
7. "Bilakah ____________ akan datang ke Malaysia", tanya Gilbert kepada rakannya yang sedang berada di negara Australia.
saya
kamu
engkau
kalian
8."___________ ingin menyertai lawatan itu", kata Fiona dan Ziona kepada ibu mereka.
Kami
Kita
9. Sebagai seorang anak, _____________ mestilah menghormati orang yang lebih tua seperti datuk dan nenek.
aku
saya
kami
kita
10. "Ampun ____________, patik datang menghadap", kata Hang Ruddin kepada Sultan Musa.
tuanku
hamba
baginda
beta
11. "____________ patut menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat", kata ketua pengawas kepada ahli pengawas yang lain.
Dia
Mereka
Kami
Kita
12. Pengetua telah memberi ucapan pada hari pertama sekolah._____________ mahukan murid-murid belajar dengan bersungguh-sungguh.
Dia
Beliau
Ia
Kamu
13. Kanak-kanak itu adik saya.____________ baru berumur lima tahun.
Dia
Mereka
awak
kamu
14. "Ali, suruh ___________ datang ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan,” kata Cikgu Maimun kepada saya.
kami
kamu
kalian
mereka
15. " Sebagai tentera, ____________ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
kami
mereka
beliau
kita
16. Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan
pertandingan bercerita. (a) telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.
17. Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah bekas Perdana Menteri yang berwibawa. ___________ digelar sebagai Bapa Pemodenan.
Beta
Beliau
Saya
Kalian
18. ___________ mesti belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir," kata Cikgu Milah kepada muridnya.
Saya
Kamu
Kalian
Dia
"___________ menurut pertintah tuanku", kata Hang Kasturi.
Hamba
Patik
20." ____________ berasa amat bangga kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3", kata Roslan.
Aku
Saya
