wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN DAN PENDIDIKAN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?

a)

Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

b)

Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

c)

Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

2.

Perlembagaan Malaysia menetapkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa baginda?

I) Membubarkan Parlimen

II) Mengisytiharkan darurat

III) Mengetuai Kerajaan persekutuan

IV) Mempengerusikan perkhidmatan awam

a)

A) I dan II

b)

B) I dan IV

c)

C) II dan III

d)

D) III dan IV

3.

Pilih dua bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia?

a)

Membubarkan parlimen

b)

Memilih ahli Dewan Rakyat

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mengisytiharkan undang-undang darurat

4.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?

a)

Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

b)

Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

d)

Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

5.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Mendengar petisyen pilihan raya

b)

Menyemak sempadan pilihan raya

c)

Meminda undang-undang pilihan raya

d)

Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

6.

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana

a)

rombakan kabinet

b)

kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

7.

Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun

b)

Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan

c)

Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen

d)

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan

8.

Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut

a)

diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan

b)

didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh

c)

dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

d)

didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan

9.

Berikut merupakan ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia KECUALI

a)

PILIHAN RAYA

b)

PARLIMEN

c)

PARTI-PARTI POLITIK

d)

RAJA BERKUASA MUTLAK

10.
Antara berikut, faktor yang manakah TIDAK berkaitan dengan keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya?
a)
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya.
b)
Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya oleh mana-mana pihak.
c)
Perbuatan rasuah
d)
Cuaca yang tidak mengizinkan semasa pilihanraya berlangsung.
11.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon
→ Penamaan Calon→Menyiapkan manifesto → Y  → Makluman tempat mengundi dan kiraan undi.
Berikut merupakan sebahagian daripada proses pilihanraya mengikut turutan. Y ialah ....
a)
Proses mengundi
b)
Kempen pilihanraya
c)
Pengiraan undi
d)
Cabut undi
12.

1.  Apakah nama kementerian yang bertanggungjawab ke atas dasar luar Malaysia?

a)

Kementerian Hal Ehawal Luar

b)

Kementerian Luar Negeri

c)

Kementerian Dalam Negeri

d)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa

13.

Pada   tahun   1963,   Malaysia,   Filipina   dan   Indonesia   telah   membentuk   satu persefahaman yang dinamakan MAPHILINDO.

Mengapakah persefahaman ini dibentuk?

a)

Menyelesaikan persengketaan

b)

Meningkatkan ekonomi serantau

c)

Memperkukuh kebudayaan nusantara

d)

Menggalakkan semangat kesukanan

14.

Pertubuhan yang bertanggungjawab untuk merancang perkembangan bahasa Melayu ialah

a)

Institut Bahasa

b)

Universiti Malaya

c)

Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan

15.

Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh

a)

writ pilihan raya dikeluarkan

b)

keputusan pilihan raya diwartakan

c)

Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan

16.

Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

pemusatan kuasa

b)

pengasingan kuasa

c)

penyelarasan kuasa

d)

pembahagian kuasa

17.

Kes

Serina dari Australia ditangkap ketika berada di dalam pesawat Air Asia yang didaftarkan di Malaysia kerana membawa senjata berbahaya.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah bagi kes di atas?

a)

Mahkamah Harta Intelek

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Khas

d)

Mahkamah Tentera

18.

Prosiding dibuat secara tertutup berkaitan dengan

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Syariah

d)

Mahkamah kanak-kanak

19.

-sumbangannya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam

-Telah mencapai dalam kepujian dalam lapangan tertentu

-mewakili kaum minoriti


Kriteria di atas adalah pelantikan jawatan.....

a)

Ahli Dewan Undangan Negeri

b)

Pengerusi suruhanjaya pilihanraya

c)

speaker dewan rakyat

d)

senator

20.

Apakah matlamat penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Mencari kepentingan individu

b)

Mempertahankan maruah negara

c)

Memupuk hubungan baik dengan negara luar

d)

Bersaing dengan negara maju dalam bidang ekonomi