WorksheetsSTPM 2019
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah ciri-ciri asas bagi sebuah negara berdaulat? (Pilih 2 jawapan)
Tidak dijajah oleh kuasa luar
Diterajui oleh parti politik tertentu
Berupaya menjalin hubungan diplomatik
Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi :
- Senarai Persekutuan
- Senarai Negeri
- Senarai Bersama
Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan
Penurunan kuasa
Pemusatan kuasa
Pengasingan kuasa
Pembahagian kuasa
Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?
Penerbitan majalah keagamaan
Pembukaan pusat pemulihan akhlak
Permohonan permit melombong pasir
Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam
I. Mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar rang undang-undang
Berdasarkan penyataan di atas, urutan yang manakah yang betul tentang proses penggubalan undang-undang negara?
I, III, II
II, I, III
III, II, I
III, I, II
Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia?
Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat
Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya
Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara
Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan
Pernyataan yang manakah yang benar tentang Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?
Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap
Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan raya? (Pilih 2 jawapan)
Rakyat bebas memilih wakil mereka
Undian rakyat ditentukan oleh ketua parti
Rakyat bebas mengundi mengikut kaedah pilihannya.
Parti politik bebas berkempen mengikut undang-undang
Dua aspek yang perlu diberi penekanan untuk mewujudkan tadbir urus baik ialah. (Pilih 2 jawapan)
Prestasi
Prosedur
Penglibatan yang menyeluruh
Pematuhan terhadap undang-undang
Perkara yang manakah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?
Mengurangkan saiz tenaga kerja
Meningkatkan prestasi kerja kakitangan
Mengamalkan sistem birokrasi dan prosedur kerja yang kompleks
Menambahkan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
- Cukai sewa filem
- Bayaran pendaftaran dan permit
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil di atas ialah
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Pihak Berkuasa Tempatan
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
- Menjadi penggerak perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam.
- Menjadi agen transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam
Peranan di atas dilaksanakan oleh
Unit Inovasi Khas
Unit Kerjasama Awam Swasta
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Fungsi Unit Perancang Ekonomi ialah
Memantau keberkesanan strategi program Satu Daeerah Satu Industri
Menyediakan draf belanjawan Kerajaan Persekutuan
Menyediakan rancangan pembangunan negara
Menyelaras Projek Kesejahteraan Rakyat
Menyelia pelaksanaan dan menilai kemajuan program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi merupakan bidang tugas
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
Majlis Pembangunan Negara
Jabatan Audit Negara
Kabinet
Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah? (Pilih 2 jawapan)
Kemerosotan keyakinan orang ramai
Peningkatan perkhidmatan agensi swasta
Penurunan permohonan ke perkhidmatan awam
Menjejaskan sasaran pencapaian program transformasi kerajaan
Strategi untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dalam menempuh cabaran globalisasi adalah dengan
Mengurangkan kerenah birokrasi
Memperbanyak perniagaan dalam talian
Meningkatkan perkhidmatan kaunseling
Meluaskan pendidikan teknik dan vokasional
